31 August 2011

:: Perutusan Merdeka-Raya ::


Bismillahirrahmannirrahim.
Assalamualaikum, Salam Sejahtera Dan Salam 1 Malaysia.

Alhamdulillah sekali lagi kita dipertemukan dengan bulan Syawal setelah berakhirnya Ramadhan. Ditambah, Hari Kemerdekaan negara Malaysia tahun ini jatuh pada bulan Syawal. Semoga hati kita lebih terbuka dan bersemangat dalam menyambut hari lebaran sekali gus menghayati Hari Kemerdekaan.

19 August 2011

:: Situasi Semalam ::


Semalam aku telah menghadiri Majlis Berbuka Puasa bersama Ketua Menteri Sabah di PWTC. Tapi bukan itu yang mahu aku ceritakan. Sepanjang di PWTC ada situasi yang ingin ku kongsikan. Pemikiran antara dua darjat mungkin.

12 August 2011

:: Maklumat Peribadi Kita Di Facebook ::


Sama ada kita sedar ataupun tidak, semasa pertama kali kita mendaftar facebook, terdapat beberapa perkara yang perlu kita penuhi termasuk mengisi butir-butir peribadi. Bila mana kita mengisi bermaksud kita bersetuju memberikan butiran peribadi kita kepada facebook.

11 August 2011

:: Ini Sahaja Yang Mampu Aku Bantu ::


Tadi ada seorang kawan aku mengadu di FB yang bilik dia telah diceroboh dan dia telah kehilangan duit termasuk dengan dompetnya sekali dan handphone kesayanganya. Bayangkan barang penting dalam dompet, No. penting dalam handphone turut lesap bersama. Menurut kisah yang diceritakan dia sekarang tiada duit langsung. Bagaimana hendak berbuka dan bersahur nanti? Sedih aku dengar luahannya.

10 August 2011

:: Pandangan Peribadi : Isu Yuran UTM ::

Bismillahirahmanirrahim.
Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh.
Salam sejahtera, salam satu Malaysia dan salam segala salam.

Sebenarnya saya tertarik untuk memberi pandangan peribadi saya mengenai isu terhangat dan terbaru di UTM ini. Lebih hangat dan panas lagi di UTM kampus induk. Iaitu mengenai isu peningkatan yuran bagi semester hadapan. Pertama sekali kemunculan Yuran UTM Professional Course yang mencecah RM200. Kedua isu kenaikan yuran bagi mahasiswa Latihan Industri dan yang ketiga. mengenai kenaikan yuran mendadak bagi mahasiswa antarabangsa.

:: Kelebihan Bersahur Pada Bulan Puasa ::


Kita hanya akan bersahur bila mana kita hendak berpuasa sama ada puasa sunat atau puasa wajib dalam bulan Ramadhan. Sebenarnya terdapat banyak fadhilat bersahur yang mungkin tidak kita ketahui. Petikan kali ini mengajak kita untuk merungkai bersama-sama apakah kelebihan bersahur.

09 August 2011

:: Isu Kenaikan Yuran UTM (Profesional Course) ::


KENYATAAN RASMI MPMUTM sesi 2010/2011
by Wan Frâny Muhtaddin Masbak on Tuesday, August 9, 2011 at 2:08pm.

Salam dan salam sejahtera, berhubung dengan isu yang hangat diperkatakan, iaitu yuran naik sebanyak RM200, salah satu sektor yang perlu dibayar oleh para pelajar (samada tahun 1, 2, 3, 4 dan 5), iaitu Professional Course. Para pelajar boleh melihat slip pembayaran untuk semester hadapan di AIMSWEB UTM untuk mengetahui sektor-sektor pembayaran yang lain.

:: Ia Terpahat Dihatiku Selamanya (Episod 2) ::



Cerita ini bersambung di sini, terlalu dalam untuk diungkapkan.

Mesyuarat Agung KKDK sesi 09/11. Aku datang bersendiri, aku masih ingat aku datang melalui pintu belakang DK 2 dan terus duduk di belakang sekali, sendirian. Entah kuasa apa yang membuatkan aku datang. Mesyuarat berjalan lancar. Tampuk pentadbiran beralih. Saudara Wan Norrosaini telah menjadi presiden seterusnya yang akan membawa legasi KKDK. Semua tersenyum gembira.

06 August 2011

:: Bagaimana Mencipta Nama ::


Hari ini saya percaya bahawa semua percaya yang manusia generasi ini semakin cerdik dan berkebolehan. Langkahkan sahaja kaki kita ini ke mana sahaja pasti akan ada golongan pemimpin yang hebat, golongan ahli pemikir yang kreatif serta ahli sufi yang disegani. Mempunyai tahap pemikiran yang tinggi dan tahap kebolehan diri yang mantap. Persoalan yang ingin saya ajukan di sini adakah kita dalam golongan tersebut? Bagaimana kita hendak membezakan diri kita ini dengan yang lain?.

05 August 2011

:: Ia Terpahat Dihatiku Selamanya (Episod 1) ::


Ini Kisah Yang Panjang Untuk Diceritakan.

Sepanjang hampir tiga tahun aku di sini dan pelbagai ilmu kehidupan telah aku pelajari di sini. Dari seorang yang selalu duduk di kerusi belakang sehinggalah aku yang paling hadapan sekali. Siapa sangka aku telah mengalami satu transformasi dalam hidupku. Mencari arah kehidupan. Syukurlah ia satu perubahan yang positif.

:: Kelebihan Bangun Solat Malam (Qiyamullail) ::


APAKAH kehebatan bangun solat di malam hari terutama di sepertiga malam yang akhir? Sehinggakan Rasulullah sanggup melakukannya sehingga kedua-dua tapak kakinya pecah-pecah, sehinggakan juga Sallehuddin Al-Ayyubi memilih mereka yang bangun malam sebagai barisan mujahidin yang paling hadapan untuk menggempur musuh. Sehinggakan juga Umar Abd Aziz berkata: “Bagaimana mata ini dapat tertutup rapat dan tenteram sedangkan ia tak tahu di mana kelak ia akan kembali di antara dua tempat” berulang-ulang.

04 August 2011

:: Tips Sambung Pengajian Ke Luar Negara ::


Katakan sahaja, siapa yang tidak teringin untuk menyambung pengajian ke luar negara. Jika sebelum ini, ada sahabat-sahabat kita berjaya melanjutkan pelajaran ke luar negara. Kita pula menyambung pengajian di universiti tempatan. Jangan risau kita juga boleh melanjutkan pengajian ke luar negara untuk peringkat pengajian seterusnya nanti, asalkan kita membuat persediaan yang secukupnya.

:: Pemimpin Yang Tersilap ::


Sekiranya anda mendakwa diri sebagai pemimpin yang bagus,anda sedang menempah maut. Kejayaan bergerak daripada sikap rendah hati. Anda perlu tahu bahawa kejayaan lalu tidak menjanjikan kepastian kejayaan pada masa hadapan.Dunia sudah banyak berubah.Formula kemenangan semalam boleh menjadi formula kegagalan esok.Lebih baik kita mengetahui kepentingan membuka minda dan mencari sesuatu yang

02 August 2011

:: Wajah Baru ::


Di dunia ini pantai mana yang tidak berombak, langit mana yang tidak pernah berubah bentuk awannya, sungguh semua adalah ketentuan Allah. Bukanlah hendak berbicara tentang alam tetapi tentang isi hati blog ini. Akhirnya kerana hati yang gundah gulana selama ini menyebabkan wajah blog ini sekali lagi berubah.

:: Kebajikan : Nombor-Nombor Kecemasan UTM IC ::


Dalam sehari pasti kita akan menghadapi masalah bukan. Ada pandangan mengatakan bahawa hidup ini menyelesaikan masalah. Bila datang sesuatu masalah, panik dan tak tahu dengan siapa hendak di ajukan? Jangan pening kepala dan runsing. Jom saya tolong. InsyaAllah dapat membantu. Ini untuk mahasiswa UTM International Campus sahaja k (^_^)

5S :: Selamat Berpuasa, Selamat Beramal, Selamat Berprogram, Selamat Datang Dan Selamat Bercuti ::


Bismillahirahmanirrahim..
Assalamualaikum w.b.t. dan Salam Sejahtera dan Salam takzim UTM.

Alhamdulillah,sekali lagi kita dipertemukan dengan bulan yang penuh dengan Barakah ini iaitu Bulan Ramadhan. Dikesempatan yang ada ini kami Barisan Majlis Perwakilan Mahasiswa UTM IC ingin mengucapkan Selamat Berpuasa kepada semua mahasiswa Islam. Mudah-mudahan puasa dan amalan kita di bulan Ramadhan kali ini lebih baik daripada tahun-tahun sebelum ini.

-Paparan Terhangat-

Para Pujangga