Segala laporan aduan akan disiasat terlebih dahulu dan sekirannya laporan itu adalah benar maka aduan itu akan dibawa ke pihak berwajib dengan segera manakala segala cadangan yang diusulkan akan dibawa berbincang terlebih dahulu sebelum diguna pakai dan dilaksanakan. Sebagai makluman segala butiran pelapor akan dirahsiakan.
Semoga dengan Adu Online ini dapat mempertingkatkan UTM International Campus ke arah yang lebih berkualiti dari segi pengurusan, prasarana dan lain-lain lagi dari semasa ke semasa. Kami dari barisan Majlis Perwakilan Mahasiswa UTM IC amat mengalu-alukan sebarang aduan dan cadangan daripada mahasiswa. InsyaAllah kami akan berusaha memperjuangkan kebajikan mahasiswa. Minta sampai-sampaikan perkara ini kepada rakan-rakan yang lain.
InsyaAllah.
Laman Web : Borang Aduan & Cadangan Mahasiswa UTM IC Sesi 10/11 (Klik Di sini)
Muhamad Khairul Fitri Bin Sarimin
Naib Presiden 1
Majlis Perwakilan Mahasiswa
UTM International Campus Kuala Lumpur
Tel : 013-7859912
No comments:
Post a Comment