31 August 2011

:: Perutusan Merdeka-Raya ::


Bismillahirrahmannirrahim.
Assalamualaikum, Salam Sejahtera Dan Salam 1 Malaysia.

Alhamdulillah sekali lagi kita dipertemukan dengan bulan Syawal setelah berakhirnya Ramadhan. Ditambah, Hari Kemerdekaan negara Malaysia tahun ini jatuh pada bulan Syawal. Semoga hati kita lebih terbuka dan bersemangat dalam menyambut hari lebaran sekali gus menghayati Hari Kemerdekaan.

Dikesempatan ini saya ingin memohon ampun dan maaf kepada semua, sekiranya sepanjang persahabatan, perhubungan dan pentadbiran bersama saya ini terdapat salah dan silap dari saya. Sesungguhnya saya bukanlah seorang insan yang sempurna yang tidak pernah melakukan kesalahan. Tegurlah saya sekiranya saya  tersilap.

Selain itu, saya juga ingin mengucapkan selamat Hari Merdeka yang ke-54 kepada semua. Semoga kita sentiasa bersatu padu dalam mengekalkan perpaduan negara kita dan sanggup berjuang dalam mempertahankan negara kita agar tidak lagi dijajah penjajah kelak. Kitalah penentu masa hadapan.

Akhir kata, tidak lain selain menyeru kepada semua untuk bersama-sama melahirkan rasa kesyukuran kepada Allah kerana kali ini dapat kita meraikan hari raya dan kemerdekaan dengan kelengkapan sedangkan saudara kita di bumi Palestin, Somalia, Iraq dan lain-lain lagi tidak seperti kita. Insya-Allah berdoalah kita agar mereka diberi rahmat dan kenikmatan serta kejayaan oleh Allah. Wallahualam.

Setulus Ingatan Dan Sepenuh Keikhlasan Dari Saya,

Muhamad Khairul Fitri Bin Sarimin
Naib Presiden Kampus Antarabangsa
UTM International Campus Kuala Lumpur
Tel : 013-7859912 begin_of_the_skype_highlighting            013-7859912      end_of_the_skype_highlighting
Emel : khairulfitri_mpmutm@live.utm.my


Ucapan khusus kepada :
-YAB Dato' Seri Najib Bin Tun Haji Abdul Razak & Pentadiran Negara Malaysia
-Keluarga Dan Saudara-Mara Tersayang.
-Mahasiswa Tahun 1,2,3 serta pegawai dan staff UTM IC Kuala Lumpur.
-Barisan Majlis Perwakilan Mahasiswa (MPMUTM IC)
-Barisan Majlis Perwakilan Mahasiswa (MPMUTM JB)
-Barisan Majlis Perwakilan Pelajar IPT Malaysia.
-Presiden-Presiden Persatuan UTM IC.
-Kelab Kaunseling Dan Kerjaya UTM IC (KKDK)
-UTM IC Student Ambassador
-Persatuan Mahasiswa Kejuruteraan Awam (PEMKA)
-Kursus 3 Diploma Kejuruteraan Awam.
-Krew-Krew MTM 
-PLKN Kump 1 Siri 6, Asahan, Jasin Melaka.
-Guru & Sahabat SM Sains Johor, 5T1 2008.
-Guru & Sahabat SMK Sri Gading, 3RK1 2006.
-Cikgu & Teman SK Pintas Puding, 6T 2003.
-Ustaz/Ustazah & Teman SA Kampung Sengkuang.
-Ustaz/Ustazah & Teman SA Pintas Puding.
-Orang Kampung Parit Rasipan, Parit Raja.
-Sahabat blogger & facebook.
-Serta Semua Rakan-rakan yang mengenali saya.

No comments:

-Paparan Terhangat-

Para Pujangga