06 November 2010

-MyBrain15-

MyBrain15
PENGENALAN
Modal insan terbaik penting untuk meningkatkan pertumbuhan ekonomi,mencetus kemajuan industri dan penerokaan bidang penyelidikan baharu yang akan meningkatkan daya saing negara. Kebanyakkan negara maju dan membangun mempunyai dasar serta strategi bagi menghasilkan modal insan yang berkualiti terutama dalam bidang sains dan teknologi di peringkat PhD

Strategi Malaysia untuk menghasilakan modal insan kelulusan PhD atau kelayakan setaraf perlu ditingkatkan. Pelajar berkualiti tinggi boleh diperoleh daripada sekolah berasrama penuh dan sekolah premier yang mempunyai infrastruktur dan kemudahan yang lengkap. Dasar sebelum ini menekankan usaha untuk meningkatkan bilangan pelajar di IPT boleh dijadikan asas bagi menambah bilangan calon pelajar meneruskan pengajian pada peringkat PhD.

TUJUAN
Bilangan penduduk kelulusan PhD atau kelayakan setaraf boleh meningkatkan daya saing Malaysia pada peringkat global terutama dalam sektor perindustrian. Malaysia tidak boleh lagi bergantung pada aktiviti perindustrian bersandarkan penyelidikan oleh organisasi komersial asing. Justeru adalah penting Malaysia membangunkan keupayaan penyelidikannya agar menikmati lebih manfaat.

MATLAMAT
  1. 21,000 pemegang PhD menjelang 2010
  2. Negara mempunyai 60,000 penduduk kelulusan atau Kelayakan Setaraf dalam tempoh 15 tahun akan datang dalam bidang berikut :
                 - 60 peratus dalam bidang sains, teknologi dan perubatan
                 - 20 peratus dalam bidang sains kemanusiaan dan sastera gunaan
                 - 20 peratus dalam bidang profesional


Berdasarkan Informasi di atas tidak perlulah saya mengulas lebih lanjut mengenai MyBrain15. Apa yang saya faham pihak kerajaan mula mengatur strategi bagi memantapkan lagi negara dengan melahirkan ribuan golongan teknokrat tempatan. Dalam erti kata lain bagi membolehkan negara bergerak secara berdikari tanpa bergantungan dengan teknologi luar.

Sebelum ini saya ada terbaca artikel dari surat khabar Berita Harian bertarikh 2 November 2010 di mana Kabinet masih lagi berbincang dan belum memutuskan mengenai mengurangkan kadar yuran pengajian atau pengajian percuma kepada golongan yang berumur atas 50 bagi menyambung Ijazah Doktor Falsafah (PhD). Sekira usul ini diluluskan maka sedikit sebanyak dapat menyuntik keingin para graduan untuk terus menyambung pengajian ke tahap yang lebih tinggi dan sekali gus menyahut cabaran MyBrain15 bagi mencapai sasaran 60ribu golongan teknokrat menjelang 15 tahun akan datang.

Akhir kata,marilah kita bersama-sama memantapkan diri kita sendiri dan menceburi bidang pilihan kita dengan bersungguh-sungguh dan sebaiknnya. Kerana keuntungan yang diperolehi tidak jatuh ke tempat lain kecuali diri kita sendiri. Sekirannya anjakan ini mampu kita lakukan maka secara tidak langsungnya negara juga akan mengalami satu perubahan secara drastik ke arah pembangunan negara mahupun peningkatan modal insan yang berterusan.

Jika dahulu rakyat berjuang mengangkat senjata dan berjuang sehabisnya kudrat empat kerat di medan pertempuran, hari ini kita berjuang dengan ilmu pengetahuan di kotak pemikiran dan bertempur di medan keilmuan yang global tiada sempadan dan penghujung. Sekiranya niat kita ikhlas Insya Allah, Allah akan mempermudahkan urusan kita. Amin.


Muhamad Khairul Fitri Bin Sarimin
Diploma Kejuruteraan Awam
Universiti Teknologi Malaysia International Campus


No comments:

-Paparan Terhangat-

Para Pujangga