06 August 2011

:: Bagaimana Mencipta Nama ::


Hari ini saya percaya bahawa semua percaya yang manusia generasi ini semakin cerdik dan berkebolehan. Langkahkan sahaja kaki kita ini ke mana sahaja pasti akan ada golongan pemimpin yang hebat, golongan ahli pemikir yang kreatif serta ahli sufi yang disegani. Mempunyai tahap pemikiran yang tinggi dan tahap kebolehan diri yang mantap. Persoalan yang ingin saya ajukan di sini adakah kita dalam golongan tersebut? Bagaimana kita hendak membezakan diri kita ini dengan yang lain?.

Persoalannya terjawab di sini. Ya kita adalah golongan yang hebat. Hanya mereka yang tidak pernah yakin pada diri sendiri lah yang tersingkir jauh daripada golongan ini. Apa yang ingin disampaikan adalah kita perlu yakin pada diri kita sendiri. Petikan kali ini akan saya cuba kongsikan bersama bagaimana mencipta kelainan pada diri kita atau penjenamaan diri kita,branding.


Pertama sekali, branding sebenarnya adalah satu janji. Di mana kita menjanjikan sesuatu kepada orang sekeliling. Seperti manifesto apa pulangan yang boleh kita berikan kepada mereka. Janji itu hendaklah sesuatu yang disukai atau diperlukan oleh orang lain dan mampu kita laksanakan bukan hanya sekadar bercakap kosong. Bercakap kosong itu adalah satu kesilapan yang terbesar dalam mencipta penjenamaan diri.


Kedua, branding memerlukan nama. Nama adalah penting bagi memudahkan orang mengingati kita dan mengetahui siapa kita walaupun hanya bersemuka. Perlu diingat elemen yang penting dalam memilih nama adalah nama yang senang disebut oleh orang lain dan lain daripada yang lain. Nama yang bermaksud baik dan elok itu akan membolehkan orang mempercayai dan berkeyakinan terhadap kita kerana itu persepsi yang pertama.


Ketiga, branding memerlukan pengiktirafan. Pengiktirafan ini bukan dari kita sendiri tapi pengiktirafan kita oleh orang lain kepada kita. Dengan pengiktirafan yang baik saya percaya makin bertambah keyakinan dan kepercayaan orang lain terhadap diri kita. Maka sudah pasti kita akan lebih dikenali dan mudah mendapat sebarang projek atau pekerjaan.


Keempat, branding adalah sesuatu yang unik. Unik tidak bermaksud pelik tapi bermaksud kreatif yang mana produktiviti kita tidak sama seperti orang lain dan hanya kita sahaja satu-satunya seperti itu. Ini akan menjadikan kita satu-satunya pusat tumpuan kepada produktiviti kita sama ada dari segi yang nyata ataupun buah fikiran. Oleh itu cuba lah kita berfikir diluar kotak sambil menggunakan strategi lautan biru.


Kelima, branding memerlukan reputasi. Sudah pasti reputasi yang memberansangkan dan konsisten dari dari kita. Reputasi yang mantap sudah sangat pasti dapat menjadikan kita seorang yang dikenali. Bermaksud dikenali dengan reputasi diri yang baik. Sama ada reputasi diri mahupun reputasi pekerjaan. Reputasi ini akan menjelaskan kredibiliti kita dalam sesuatu bidang kepada orang lain.


Keenam, branding memerlukan ekuiti. Ekuiti maksudnya lebih terarah kepada kualiti. Kualiti kepada sesuatu produk yang dihasilkan oleh kita. Kualiti yang baik akan membuatkan oleh tertarik dan berpuas hati. Jika mereka berpuas hati dengan kita sudah pasti selepas ini mereka akan kembali kepada kita sekali lagi untuk produk yang sama ataupun yang lain. Kerana kualiti yang baik itu memberi impak kepada nama kita.


Ketujuh, branding memerlukan nilai teras.  Teras diri seseorang individu itu penting dalam mencipta persepsi yang baik. Teras-teras itu akan menjadi kekuatan kepada diri kita seterusnya menjadikan peribadi diri kita sendiri. Orang ramai akan mengenali kita dengan nilai teras yang kita ada dan membolehkan mereka selesa apabila bersama dengan kita.


Yang terakhir dari saya, branding akan tercipta jika kita mampu memberikan penyelesaian yang terbaik kepada orang yang memerlukan. Bermaksud mampu memberikan jalan penyelesaian dengan idea yang bernas dan kreatif. Sudah pasti perkara ini akan membuatkan orang lain terpaut pada kita dan akan sentiasa merujuk kita sekiranya mereka mempunyai masalah.


Berikut merupakan secara ringkas penerangan dari saya mengenai bagaimana mencipta penjenamaan diri kita untuk lebih dikenali oleh orang ramai malahan lebih diyakini, dipercayai dan menjadi tempat bergantung harap. Bukan mudah hendak mencipta branding diri tetapi tidak susah untuk kita melaksanakannya. Semuanya bergantung kepada kegigihan dan keinginan masing-masing.




Muhamad Khairul Fitri Bin Sarimin
Mahasiswa UTM International Campus Kuala Lumpur.

No comments:

-Paparan Terhangat-

Para Pujangga