01 October 2012

PRK UTMKL 12/13 : kronologi dari saya


Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani,

Semoga petikan ini tidak memberikan mudarat kepada yang lain, niatnya tidak lain tidak bukan hanyalah untuk pemahaman mahasiswa mengenai proses PRK UTMKL kali ini. Semoga tidak timbul cakap belakang atau fitnah kerana tidak tahu perkara sebenar.

**************************************

08 May 2012

Penutupan Blog Nota Untuk Aku


Dengan lafaz suci Bismillahirrahmanirrahim saya Muhamad Khairul Fitri Sarimin.
Selaku penulis blog 'Nota Untuk Aku'
 secara rasminya menutup blog ini.

Memikirkan terdapat beberapa informasi penting dan bermanfaat untuk para pembaca. Saya tidak akan Deactivated kan blog ini. Blog ini akan dibiarkan tanpa dikemaskini, hanya sekadar informasi.
oleh itu sekiranya terdapat sebarang percanggahan maklumat atau sebarang pertanyaan. Saya tidak akan bertanggungjawab sepenuhnya.

Sekian terima kasih.

22 March 2012

:: Perkara Berkaitan Cuti Sem 2 11/12 ::

Petikan kali ini adalah hal berkaitan dengan perkara simpan barang di kolej semasa cuti, permohonan bilik untuk semester hadapan dan pemulangan kunci untuk semester ini.

A) PERMOHONAN BILIK UNTUK SEMESTER HADAPAN
Semua mahasiswa WAJIB mendaftar secara online untuk mendapatkan kolej di AIMSWEB. Pembukaan laman web akan dibuka dalam masa terdekat ini, mohon selalu kemaskini.
Log In Aimsweb>Pengawasan Rekod>Kolej>Permohonan

Disarankan kepada mahasiswa untuk juga mengisi BORANG PEMILIHAN RAKAN SEBILIK(boleh didapati di pejabat kolej).Sekiranya mahasiswa mengkepilkan 2 Borang Pemilihan Rakan Sebilik. Anda akan mendapat toiletmate mengikut borang yang dikepilkan. (pastikan ada mengisi borang ini dengan lengkap bagi mengelakkan permohonan ditolak).

Secara peribadi penghantaran borang ini juga sebagai salah satu tiket pemohonan bilik, (sekiranya laman web permohonan masih tidak lagi dibuka)

12 March 2012


Aku cari bukan harta bertimbun-timbun,
Untuk hidup kaya,
Aku cari bukan wang berjuta-juta,
Untuk hidup bergaya,
Aku cari bukan kawan-kawan,
Untuk hidup sekadar berfoya-foya,
Aku cari mana dia Al-Ghazali,
Aku cari mana dia Al-Shafie,
Kita bongkar rahsia kitab suci,
Cari pedoman
Kita bongkar rahsia sunnah nabi
Cari panduan
Aku hidup kerana Dia Rabbi
Dialah teman
Dialah wali
Dia mencukupi
Aku hidup bererti
Menikmati damai abadi

:: Kisah Disebalik Malam Pra Graduan UTM IC 2012 ::


Alhamdulillah malam tadi (11 Mac 2012) telah berlangsungnya Malam Pra Graduan UTM IC 2012. Jika pada tahun yang lepas malam MPG ini telah digabungkan antara UTMJB dan UTMIC. Dimana pengurusannya semua dibuat di UTMJB. Mahasiswa UTM IC cuma menjadi peserta sahaja. Namun pada tahun ini semuanya berbeza. Kerana kemasukan Mahasiswa Ijazah yang berbeza dengan kemasukan Diploma. Ijazah yang baru sahaja masuk semester kedua sedangkan diploma sudah ke penghujung semester, ia seakan tidak ada titik pertemuan antara Diploma dan Ijazah untuk diadakan program ini.

08 March 2012

Diskusi : Teknik Penyediaan Resume, Temuduga & Alam Pekerjaan 2012 (DISKUSI'12)

Bismillahirrahmanirahim.

Alhamdulilah, Program Diskusi : Teknik Penyediaan Resume, Temuduga & Alam Pekerjaan 2012 (DISKUSI'12)  telah pun berjaya dilaksanakan pada 7 Mac 2012. Program ini merupakan program anjuran Majlis Perwakilan Mahasiswa UTM IC. Program ini berlangsung selama 2 sesi. iaitu sesi 1 pada sebelah petang di Dewan Kuliah 7, UTM International Campus dan sesi 2 di Bilik Kebudayaan Kolej kediaman Siswa Jaya. Tahniah saya ucapkan kepada Pengarah Program iaitu Saudari Nurul Fatihah Binti Matdiah beserta Ahli Jawatankuasa program yang telah berusaha dan berinisiatif proaktif dalam memastikan perjalanan program yang lancar.

14 December 2011

:: Mak ::

KALAU SAYANG IBU, BACA LA , TAK LAMA PUN, 5 MINIT JE .


Orang kata aku lahir dari perut mak ! (Bukan Org kata , memang betul)


Bila dahaga , yang susukan aku . Mak .
Bila lapar , yang suapkan aku , Mak .
Bila keseOrangan , yang sentiasa di sampingku , Mak .
Kata mak , perkataan pertama yang aku sebut , Mak .
Bila bangun tidur, aku cari , Mak .

:: Apakah Ini ::

Aku terlalu sayang kepadanya. Mungkin mereka tak tahu apa yang kita rasa bilamana kadang-kadang cakap pun tak guna sebab ia bukannya manusia tapi ia satu perasaan yang tak terkata dan tak mampu diluahkan.

Perasaan yang aku rasa malam ni sama macam aku rasa macam setahun yang lalu. Di tempat yang sama. Ya suasana yang sama. Debaran dan rentak hati yang sama. Aku terlalu rindukan saat ini. Sekian lama menyepi dan tidak berkesempatan akhirnya aku tetap akan bersama di sini.

Aku suka, aku gembira, aku terasa nyaman dan bahagia. Inilah duniaku sebenarnya. Jatuh bangkit bersama. Menangis tertawa bersama. Pasti selamanya tidak akan ku lupa. Jangan diungkit kisah lalu jika ia akan mengundang air mata. Sedari pahit akan manis jua akhirnya.

Pasti ia tidak akan hanya sekadar di bibir kata. 

Ia bukan lagi sekadar sayang, Kerna Kasih Demi Keluarga.

-Paparan Terhangat-

Para Pujangga