11 August 2011

:: Ini Sahaja Yang Mampu Aku Bantu ::


Tadi ada seorang kawan aku mengadu di FB yang bilik dia telah diceroboh dan dia telah kehilangan duit termasuk dengan dompetnya sekali dan handphone kesayanganya. Bayangkan barang penting dalam dompet, No. penting dalam handphone turut lesap bersama. Menurut kisah yang diceritakan dia sekarang tiada duit langsung. Bagaimana hendak berbuka dan bersahur nanti? Sedih aku dengar luahannya.

Aku mula memikirkan apa yang boleh aku bantu, sebab setahu aku UTM memang tidak ada menyediakan sebarang bantuan terhadap kehilangan barangan sendiri. Tapi aku usahakan juga dengan bertanyakan kepada Pegawai yang sepatutnya. Aku ceritakan sepenuhnya dan memohon supaya pegawai tersebut dapat membantu walaupun sedikit.

Pegawai tersebut juga serba salah sebab memang UTM tidak menyediakan bantuan untuk kes kehilangan, beliau juga turut bertanyakan kepada pegawai yang lebih senior tapi menemui jawapan yang sama, sebelum ini memang tidak ada bantuan yang disediakan untuk kehilangan.

Akhirnya, pada 4.30 tadi beliau telah menemui cara untuk memberikan bantuan kepada kawan aku tadi. Beliau menelefon aku tapi aku tidak dapat mengangkatnya kerana ada hal yang sedang dilakukan. Dan aku menelefonnya semula. Beliau mengatakan sekiranya aku dapat hadir ke pejabatnya sebelum pukul 5petang, bantuan akan diberikan hari ini.

Aku tergesa-gesa meminjam motor kawan untuk ke pejabat beliau untuk mendapatkan bantuan untuk disalurkan kepada kawan aku yang kurang bernasib baik itu tadi. Sampai di pejabatnya, baru aku terperasan yang rupanya pegawai tersebut mesej aku untuk bawa bersama kawan tersebut. Macam mana lah aku boleh tak perasan. Mungkin masa tengah bawa motor tadi kot.

Aku mula tak tentu arah, sebab pegawai tu nak balik dah. Aku telefon kawan-kawan sekelas. Aku naik ke perpustakaan untuk mencarinya, aku tanya orang-orang yang aku jumpa. Hampa pencarian di kampus tidak berjaya. Aku mesej pegawai tersebut untuk mencari di kolej. Beliau setuju untuk tunggu dan balik lewat.

Sampai di kolej, aku ketuk bilik, rupanya tersalah tingkat tapi no bilik sama. Aku pergi ke biliknya ketuk, tidak bersahut, aku masuk melalui bilik toiletmate, pintu tandasnya juga berkunci. Aku turun melilau mencarinya di foyer tapi tiada. Masih juga menelefon kawan-kawan rapatnya untuk mengesan lokasi kawan aku tu. Pegawai tersebut mesej aku bertanyakan lama lagi kah? aku tak membalasnya.

Setelah jam menghampiri 5.30petang aku pasrah dan mengalah dalam usaha mencari. Aku telefon pegawai tersebut memberitahu aku tidak berjaya menjumpai dan memohon untuk ditangguh sehingga esok dan beliau bersetuju. Aku berterima kasih dan memohon maaf kerana membuatkan beliau menunggu lama.

Kenapa aku begitu bersungguh sangat. Pertama aku memikirkan buka kawan aku nanti sekiranya tidak berduit. Apa yang hendak dibukakan. Takkan sekadar air water cooler. Kedua peluang bantuan daripada aspek kehilangan sangat jarang diberikan. Jangan lepaskan peluang yang ada. Ketiga, pegawai tersebut sanggup tunggu sehingga lewat sedangkan rumah beliau agak jauh dari UTM dan juga memikirkan pegawai tersebut juga mahu pulang berbuka dan ke bazar mungkin.

Aku pulang ke bilik dan post di fb, sesiapa yang menjumpai kawan aku tu untuk suruh dia hubungi aku dan tidak lama selepas itu beliau menghubungi aku. Alhamdulillah,rupanya dia keluar, patutlah tak jumpa. Aku beritahu khabar pegawai tersebut kepadanya dan memintanya menemui pegawai tersebut pada hari esok.

Sekarang aku dah rasa lega (^_^). Harap akan ada perkara baik kepadanya esok. InsyaAllah. Maaf kawan setakat ini sahaja yang termampu untuk aku tolong. Musibah tu kita tak boleh jangka bila akan tiba dan ia boleh kepada sesiapa sahaja. Mungkin kali ini dia yang di uji, esok lusa? Hanya Allah sahaja yang Maha Mengetahui.Wallahualam.

2 comments:

Unknown said...

hanya Allah mampu mmbalas segala kebaikan yg kt lakukan...nice job fren!! alhamdulillah... btw,,im a UTM stud also...

Khairul Fitri said...

InsyaAllah..(^_^) Mungkin kamu UTM JB kot..sy UTM IC Kuala Lumpur..

-Paparan Terhangat-

Para Pujangga