Jadual 1 : Kemahiran baru yang diperlukan dalam abad ke-21
No | Jenis Kemahiran | Huraian |
1. | Komunikasi | Pertukaran pemikiran dan idea menerusi lisan dan tulisan |
2. | Kepekaan Silang Budaya | Dapat memahami dan bekerjasama dalam pelbagai budaya |
3. | Pelbagai Bahasa | Keupayaan untuk berkomunikasi menggunakan lebih dari satu bahasa |
4. | Kemahiran Mengurus | Keupayaan untuk mengurus dan membantu orang lain melaksanakan, menyelesaikan masalah dan konflik |
5. | Kerja Berpasukan | Dapat bekerjasama dalam satu pasukan untuk mencapai sesuatu matlamat |
6. | Kreativiti | Dapat menyumbangkan pemikiran yang berbentuk kreatif dan artistik dalam menyelesaikan sesuatu masalah |
7. | Keupayaan Untuk Menyesuaikan Diri | Mempunyai kemampuan untuk menghadapi dan menyesuaikan diri dengan perubahan |
8. | Empati | Kemampuan untuk memahami perasaan dan idea orang lain dari sudut pandangan mereka |
9. | Pengurusan Stress (Relaxation) | Berkemampuan untuk mengawal situasi stress dan mengenal pasti punca stress |
10. | Etika Kerja | Dapat mempamerkan etika dan disiplin kerja yang baik dan tinggi |
11. | Disiplin Diri | Dapat mengawal diri dan tingkah laku dalam kaunseling dan hal peribadi |
12. | Tanggungjawab | Mempunyai aspirasi untuk mencapai tahap akauntabiliti yang tinggi |
13. | Pemikiran Diskriminatif | Keupayaan untuk menyesuaikan diri dengan pemikiran yang berbeza |
14. | Kemahiran Tatabahasa | Mempunyai keupayaan untuk mengeluarkan pandangan dan idea yang lebih baik |
15. | Kemahiran Analitikal | Kemampuan untuk menggunakan pemikiran logik dan abstrak |
16. | Ekonomi & Perniagaan | Kemampuan untuk menggunakan prinsip-prinsip ekonomi dan perniagaan dalam perhubungan |
17. | Kemahiran Matematik | Keupayaan untuk menggunakan dan mengaplikasikan teori asas matematik dalam kehidupan |
18. | Kemahiran Komputer | Keupayaan untuk menggunakan computer dalam perkhidmatan kaunseling |
19. | Telekomunikasi | Keupayaan untuk menggunakan talian komunikasi sebagai satu alat perhubungan dalam perkhidmatan kaunseling |
No comments:
Post a Comment