01 October 2012

PRK UTMKL 12/13 : kronologi dari saya


Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani,

Semoga petikan ini tidak memberikan mudarat kepada yang lain, niatnya tidak lain tidak bukan hanyalah untuk pemahaman mahasiswa mengenai proses PRK UTMKL kali ini. Semoga tidak timbul cakap belakang atau fitnah kerana tidak tahu perkara sebenar.

**************************************
Sebelum 14 Sept 2012
Mula menerima pertanyaan pegawai mengenai bagaimana proses PRK kali ini. Juga kerap kali dihubungi pegawai polis menanyakan tentang bagaimana PRK di UTM KL. Sering kali diajak berjumpa.

14 sept 2012 (JUMAAT) :
Selepas solat Jumaat, Menemui saudara Nur Ahmad zaim, mantan MPM sesi 10/11 membincangkan apakah peranan MPM lepas dalam PRK tahun ini. Kami menganggap ini adalah tanggungjawab kami untuk menguruskan proses tersebut bagi menggantikan Kami. Kami bersetuju untuk mengaplikasikan kesepakatan 5 org MPM sesi lepas iaitu :
- tiada penggunaan Parti Kampus di UTM KL.
- Calon adalah drp cadangan Presiden persatuan.
- Mantan MPM menguruskan hal ehwal calon tanpa campur tangan pegawai mahupun orang luar.

17 sept 2012 (ISNIN) :
Saya dan Ahmad Zaim menemui ketua jentera bagi kedua-dua parti. Persetujuan dicapai.
- Tiada penggunaan parti .
- PRK yang bebas dan bersih .
- cadangan nama calon oleh presiden persatuan.

18 sept 2012 (SELASA) :
Mesyuarat presiden-presiden persatuan :
- membentangkan perihal PRK sesi kali ini.
- cadangan nama pada awalnya 20 nama diketengahkan daripada presiden-presiden, kemudian setelah dibincangkan dan dibahaskan menjadi 10 nama sahaja.
- Mantan MPM akan menemui 10 nama tersebut untuk mengajaknya menjadi calon. Presiden akan menjadi orang tengah dalam pertemuan Mantan MPM dan calon.

Mesyuarat tersebut telah berbahas dalam mengetengahkan calon-calon yang berpotensi. Saya bertindak sebagai pengerusi majlis. Persetujuan diambil kira atas dasar persetujuan semua presiden yang hadir.

19 Sept 2012 (RABU)  :
- Petang tersebut saya telah membeli borang calon. Saya dahulukan duit saya terlebih dahulu.
- Terdapat seorang presiden baru sahaja memberikan dan menemukan 2 calon beliau. Kami KIV kan calon berikut kerana nama tersebut tidak dibincangkan semasa mesyuarat Presiden semalam.
- Mula menemui calon-calon daripada 10 nama tersebut. Ada yang bersetuju dan ada juga yang tidak.  Tidak mengapa kerana kami tidak memaksa.
- Lebih kurang 10.30malam , seorang pegawai UTM minta utk saya menemuinya sekarang juga, lalu saya berjumpa dengan beliau, pada waktu itu saya masih berbaki 5 org calon yang belum ditemui.

Pegawai tersebut mengatakan majoriti Presiden persatuan tidak mahu diadakan PRK pada tahun ini. Saya sangat terkejut kerana mengapa tidak dibahaskan pada mesyuarat semalam? Perkara untuk tiada PRK itu juga dipersetujui oleh Rakan Hema UTMKL. Saya tidak tahu maksud majoriti itu, adakah telah tanya dengan setiap seorang presiden ataupun hanya beberapa org sahaja. Wallahualam.

Saya berfikir dan membuat keputusan untuk menemui dahulu baki 5 calon tersebut sebelum untuk membuat apa-apa keputusan. Sebab saya telah berjanji dengan Presiden-presiden untuk menemui 10 calon pilihan bersama presiden persatuan.  Sekiranya calon yang bersetuju cukup 5 saya redha untuk tiada PRK, tetapi jika calon melebihi 5, saya merasakan mereka patut diketengahkan.  Kerana saya bukan pembuat keputusan. Pilihan mahasiswa itulah keputusannya.

Pegawai tersebut mengambil tindakkan drastik dengan memanggil baki 5 calon itu menemui kami, (pegawai, saya, 2 org presiden persatuan) . Ada yang bersetuju dan ada juga yang tidak. Kesimpulannya, cukup 5 calon. Saya akur kerana itu kehendak dan pilihan calon, saya percaya dengan kekuatan calon.

Pegawai tersebut minta saya untuk pulangkan borang pencalonan yang telah saya beli siang tadi. Dan saya pulangkan.

20 sept 2012 (KHAMIS)  :
Memandangkan sudah cukup 5, saya serahkan kepada Rakan Hema UTMKL untuk membantu calon dari segi urusan pengisian borang penamaan calon dan persediaan. Pada hari tersebut.  Saya difahamkan terdapat pertukaran calon. Kerana ada yang tarik diri dan tidak lepas syarat. Tiada campur tangan saya pada malam tersebut.

21 Sept 2012 (JUMAAT)  :
Penamaan Calon, saya percaya dengan Rakan Hema atas urusan persediaan sebelum penamaan calon. Jadi saya cuma menunggu keputusan penamaan calon pada 4.00 petang.

4.00 petang : keputusan dikeluarkan, ternyata hanya 5 calon sahaja. Maka tiadalah PRK pada kali ini.

5.00 petang : saya bertolak pulang ke kampung.

Ini cerita dari saya, mungkin ceritanya berbeza dari orang lain, Anda juga perlu tahu cerita di pihak yang lain,  bergantung kepada pembaca untuk percaya ataupun tidak.

********************************************

Cadangan penambahbaikkan untuk PRK akan datang.
1- Tidak perlu bertanding  atas tiket parti.
2- Kesepakatan antara Pemimpin mahasiswa dalam merencanakan perjalanan PRK.
3- Ketengahkan segala masalah/persetujuan/bantahan dalam meja bulat dan berhujah agar semua jelas dan puas hati.
4- Tiada campur tangan pegawai dalam urusan pemilihan calon ataupun penamaan calon.
5- Mahasiswa yang layak ada hak untuk bertanding.

********************************************

Setelah pulang ke UTM pada 30 Sept 2012.

Saya dapati FB saya telah dihacked pada 25 Sept 2012. Dan telah menukarkan password FB saya. Alhamdulillah, saya telah betulkan semula. Terima kasih En. Hacker kerana tiada apa-apa yang pelik dikeluarkan.

Rupa-rupanya berlaku salahfaham informasi di Facebook  saya mengenai PRK. Terdapat beberapa pendapat yang mengatakan saya mengikut keinginan peribadi atau dendam. Bercakap tentang sejarah lah. Ada juga yang mengatakan saya seharusnya diam kerana saya adalah pelajar repeat. Maaf kerana saya tidak cukup pandai dalam akademik.

1- Maaf jika saya terlalu ego atau keras dalam membuat kenyataan. Kerana saya ingin nyatakan bahawa saya tetap berpihak pada mahasiswa. Itu tidak beerti saya menentang UTM mahupun pegawai UTM.
2- Media sosial antara medium melontarkan idea mahupun pendapat, salahkah saya berikan pendapat saya di FB? maaf jika kita tidak bersependapat.
3- Kami hanya mahu MPM sei 12/13 tidak difitnah seperti kami dahulu antaranya, hanya kroni sahaja yang boleh jadi MPM. Bukan pilihan mahasiswa. Kenapa saya perlu sokong anda? Besar kesannya kepada MPM itu sendiri.
4-Kami melihatkan MPM juga akan bekerjasama dengan persatuan-persatuan, maka sebab itu kami sepakat untuk calon diketengahkan oleh presiden persatuan, kerana mereka dapat lihat potensi calon di persatuan masing-masing, dengan itu kita tidak terlepas calon berpotensi untuk diketengahkan.

************************************

Minta maaf atas keterlanjuran kata, kesumbangan tingkah, dan hati yang keras.
Terima kasih atas teguran dan nasihat.
Senyum selalu J


*maaf lewat post artikel ini, seperti yang telah dijanjikan, kerana ketiadaan hubungan internet semasa di kampong.

2 comments:

Judgees said...

Tahniah fitri..Anda memang pemimpin mahasiswa yang sebenar..berani kerana benar....Insyaallah semoga Allah memberkati usaha anda...^_^

Anonymous said...

like komen diatas

-Paparan Terhangat-

Para Pujangga