17 March 2011

- Bantuan-Bantuan Yang Disediakan UTM Kepada Mahasiswa-


Khamis,17Mac2011 - Majlis Perwakilan Mahasiswa UTM IC Sesi 10/11 telah menemui Penolong Pendaftar (Biasiswa & Kebajikan) di pejabatnya yang terletak di Pejabat Hal Ehwal Mahasiswa (HEM) UTM International Campus Kuala Lumpur. Perkara yang dibawa berbincang adalah mengenai bantuan-bantuan yang disediakan oleh pihak UTM kepada mahasiswa.


Menurut beliau segala bantuan dan kebajikan mahasiswa yang disediakan oleh UTM adalah seperti yang digariskan di dalam buku Panduan Mahasiswa. Buku Panduan Mahasiswa diperoleh ketika minggu orientasi iaitu Minggu Transformasi Mahasiswa atau dahulunya diberi nama Minggu Haluan Siswa. Menurutnya lagi bantuan & kebajikan yang diberikan kepada mahasiswa UTM adalah sama tanpa membezakan UTM JB & UTM IC kerana ia tetap di bawah satu UTM. Makluman tambahan, jumlah peruntukan adalah dalam penyelarasan dan perbincangan.

Secara ringkas berikut merupakan Skim bantuan yang disediakan :

1.Skim Tabung Khairat Kemalangan & Kematian Pelajar
         -Kematian pelajar
         -Kematian ibu/bapa/suami/isteri/anak
         -Kemalangan : a) kes sukan (kes ringan dan kes berat)
                                b) kemalangan jalan raya & sebagainya
                                c) bayaran perubatan di Hospital Kerajaan akan ditanggung oleh Universiti.
         -Kes-kes lain (kebakaran,bencana alam dan lain-lain)
        
2.Skim Tabung Bantuan Kewangan & Kebajikan Pelajar
         -Pinjaman PTPTN
         -Biasiswa JPA
         -Permohonan perlanjutan biasiswa
         -Lain-lain penajaan (MARA,yayasan,baitulmal dan lain-lain lagi)
         -Lain-lain bantuan : a) Duit zakat
                                      b) Bantuan khas kepada Orang Kelainan Upaya (OKU)
                
3.Skim Pinjaman/Bantuan Kewangan
        -Tabung pinjaman jangka panjang
        -Tabung pinjaman jangka pendek
        -Tabung pinjaman sementara

Bagi mana-mana mahasiswa yang benar-benar memerlukan dan layak bolehlah memohon. Dan kepada mahasiswa yang ingin mengetahui lebih lanjut tentang proses pemohonan bolehlah merujuk terus kepada Pejabat Hal Ehwal Mahasiswa (HEM) ataupun melalui Majlis Perwakilan Mahasiswa UTM IC.

Insya-Allah kami di pihak MPM akan cuba seupaya kami untuk membantu mana-mana mahasiswa yang benar-benar memerlukan bantuan seperti di atas. Harapan kami, kepada mahasiswa yang memerlukan bantuan janganlah segan-segan untuk berjumpa dengan kami untuk menolong dalam proses permohonan bantuan.


" Mahasiswa Penggerak Kecemerlangan Universiti "


Muhamad Khairul Fitri Bin Sarimin
Naib Presiden Kampus Antarabangsa
Majlis Perwakilan Mahasiswa
UTM International Campus Kuala Lumpur
Tel : 013-7859912

3 comments:

Anonymous said...

sangat berinformasi

Unknown said...

sile follow http://www.mpmutm.com/ supaye segala update bleh smpai ke utm-ic..

Khairul Fitri said...
This comment has been removed by the author.

-Paparan Terhangat-

Para Pujangga