26 June 2011

-Saya Cuma Menyampaikan-

Siapa pernah merasa bahagia bila dapat membantu orang yang betul-betul memerlukan? Saya pernah. Kisahnya bermula kelmarin. Seseorang telah meminta bantuan kepada saya. Tapi sumpah saya tak tahu macam mana hendak tolong. Sebab saya memang tidak tahu. Takkan lah hendak memandai-mandai tahu. Elak menjadi tikus membaiki labu. Agak lama juga saya sepikan pertanyaan beliau tidak berjawab.

Jujur saya rasa bersalah, tambahan saya seorang MPM. Lagi tepat Naib Presiden Kampus Antarabangsa, ketua mahasiswa bagi warga UTM IC. Entahlah, saya mencari apa yang termampu. Saya ada juga sesekali melihat profil fb mahasiswa tersebut. Segala post yang dipaparkan menunjukkan jelas, tahap tertekannya mengenai masalah yang dihadapinya. Tiada orang yang membantu dan membimbingnya. Saya sekadar mampu melihat. Saya teringin sangat membantu andai saya tahu.

Saya hubungi seorang pegawai UTM dan menyampaikan permasalahan berikut sejelasnya dan beliau sudi membantu. Saya tersenyum syukur. InsyaAllah ada sinar harapan untuk bantuan. Lalu saya sampaikan kepada mahasiswa tersebut. lagi jelas kegirangan mahasiswa tersebut. Alhamdulillah.

Saya bahagia melihat sahabat-sahabat saya gembira. Pengajaran yang saya dapat, pertama, berusahalah semampunya pasti akan ada sinar petunjuk. Kedua, jika bukan kita, pasti akan ada orang lain yang dapat membantu cuma salurkanlah kepada yang tepat. Semoga dipermudahkan urusan mahasiswa tersebut. InsyaAllah.

-Pencari Si Bodoh Sepat-

08 June 2011

:: 9 Cabaran Wawasan 2020 ::

9 Cabaran Wawasan 2020 :
  1. Mewujudkan  Negara Malaysia bersatu yang mempunyai   matlamat dikongsi bersama.
  2. Mewujudkan masyarakat yang berjiwa bebas, tenteram dan maju dengan keyakinan terhadap diri sendiri, bangga dengan apa yang ada dan yang dicapai serta gagah menghadapi pelbagai masalah.
  3. Mewujudkan dan membangunkan masyarakat demokratik yang matang, mengamalkan satu bentuk persefahaman matang, demokrasi Malaysia berasaskan masyarakat yang boleh menjadi contoh kepada banyak negara membangun.
  4. Mewujudkan masyarakat yang sepenuhnya bermoral dan beretika.
  5. Mewujudkan masyarakt liberal dan bertolak ansur, rakyat pelbagai kaum bebas mengamalkan idea, kebudayaan dan kepercayaan agama masing-masing dan pada masa yang sama, meletakkan kesetiaan mereka kepada satu negara.
  6. Mewujudkan masyarakat saintifik dan progresif, mempunyai daya perubahan tinggi dan memandang ke depan, yang bukan sahaja pengguna teknologi tinggi tetapi juga menyumbangkan kepada tamadun saintifik dan teknologi masa depan.
  7. Mewujudkan masyarakat penyayang dan budaya menyayangi, iaitu sistem sosial yang mengutamakan kepentingan masyarakat, kebajikan insan tidak akan  berkisar kepada Negara atau orang perseorangan, tetapi sekeliling sitem keluarga yang kukuh. Memastikan masyarakat yang adail dalam bidang ekonomi.
  8. Memastikan masyarakat yang adail dalam bidang ekonomi.
  9. Mewujudkan masyarakat makmur yang mempunyai ekonomi bersaing, dinamik, giat dan kental.
9 tahun lagi sebelum kita menerima kehadiran tahun 2020. Melihat kepada 9 cabaran di atas, yang mana satukah sudah tercapai dan yang mana lagi yang masih belum tercapai. Tidak akan berjaya sasaran mencapai negara maju dan mendepani cabaran berikut jika tidak semua pihak mengambil langkah dan tindakkan bersama. Dalam erti kata mudah, mengambil langkah bersama-sama dalam menggerakkan negara ke arah negara maju. 

Hari ini, di manakah kita? jangan sekadar hanya impian semata. Wawasan 2020 akan hanya menjadi kata tapi bukan usaha. Kuat pohon kerana akarnya. Jatuhnya pohon kerana tidak cengkamnya akar dengan terasnya. Bersatulah Kita InsyaAllah akan berjaya.

-Paparan Terhangat-

Para Pujangga