19 August 2011

:: Situasi Semalam ::


Semalam aku telah menghadiri Majlis Berbuka Puasa bersama Ketua Menteri Sabah di PWTC. Tapi bukan itu yang mahu aku ceritakan. Sepanjang di PWTC ada situasi yang ingin ku kongsikan. Pemikiran antara dua darjat mungkin.


Situasi 1 : Selepas berbuka ringkas, semua muslim pergi ke Dewan yang dijadikan ruangan solat untuk muslim dan muslimah bagi menunaikan solat Maghrib. Ruangan solat itu dihamparkan dengan permaidani. Semua pelajar IPT khususnya menanggalkan kasut dan diletakkan di tepi permaidani tanpa memijak permaidani tersebut. Tapi apa yang mengejutkan saya terdapat seorang yang berpakaian segak seakan-akan orang besar-besar berjalan memijak permaidani tersebut dengan selamba berkasut. Tidak kah beliau tahu bahawa itu ruangan untuk solat? Mungkin beliau tidak perasan dek keramaian mahasiswa IPT semenanjung.

Situasi 2 : Selesai majlis kami berkumpul di depan PWTC untuk menunggu bas UTM. Semasa menunggu terdapat satu peristiwa menarik. Berlaku perlanggaran antara motor dan kereta. Sempat juga saya membantu pembawa motorsikal tersebut yang terseret dalam 5 meter. Kisahnya motor itu disebelah kiri kereta, kereta itu pula ingin belok ke kiri tanpa memasang signal. Kereta BMW dan motor LC. Pemandu BMW itu seakan orang-orang yang bekerja pejabat ada sahaja alasannya. Manakala pemandu motorsikal dalam lingkungan umur 20an. Agaknya siapa yang dapat mempertahankan kebajikan pemandu motor tersebut dengan pemandu motor itu tiada lesen memandu?

Perangai dan ragam manusia terhasil dek kerana persekitarannya membesar, apa yang dia lihat, apa yang dia rasa akan mempengaruhi tingkah lakunya kelak. 

No comments:

-Paparan Terhangat-

Para Pujangga