Selamat datang kepada dunia pekerjaan. Saya percaya rata-rata semua manusia di dunia ini akan beralih kepada dunia pekerjaan dalam apa sahaja jenis pekerjaan sekalipun mahupun ukuran umur. Secara kolektifnya terdapat juga sesetengah profesion pilihan ini perlu ditemu duga terlebih dahulu demi melihat perspektif kredibiliti individu yang memohon. Sebelum layak diserap ke jabatan pekerjaan terbabit.
Oleh itu, perhatian di sini beralih kepada penampilan pemohon itu sendiri ketika dan bila mana mahu pergi ke ruang temu duga. Di sini saya meletakkan 8 aspek utama yang perlu dijaga ketika menghadapi temu duga :-
1. KASUT
Kasut yang sesuai adalah jenis gelap seperti hitam atau coklat dan perlu dipadankan dengan warna tali pinggang dan warna seluar yang di pakai. Kasut berjenis kulit bertali mahupun bersarung merupakan pilihan terbaik kerana ia cantik, tahan lama dan boleh digilap dan kelihatan kilat. Jika di tinjau dari sudut berbeza, penggunaan kasut yang bersih dan berkilat mampu menyerlahkan diri sebagai seorang yang menjaga kebersihan diri dan pemakaian.
2.STOKING
Pemakaian stoking itu wajib kerana anda akan kelihatan selekeh jika tidak memakai stoking. Pilihan warna stoking hendaklah berwarna gelap dan sesuai dengan warna seluar yang dipakai. Sebaiknya pakailah stoking baru atau stoking yang bersih demi mengelakkan bau yang kurang menyenangkan sekiranya memakai stoking yang tidak bersih. Secara tidak langsung akan mengganggu keselesaan orang lain.
3.JAM TANGAN
Jam tangan merupakan salah satu aksesori terpenting dalam menghadapi temu duga. kerana pemakaian jam tangan dapat memperlihatkan bahawa anda merupakan individu yang menjaga masa dan mementingkan masa. Pemilihan jam tangan hendaklah ke arah yang matang seperti jam tangan yang berbentuk nipis, ringkas dan berjenama. Penggunaan jam tangan jenis kartun mahupun sporty adalah tidak sesuai.
4.PEN
Selitkan sebatang pen di kocek kemeja anda. Selain dijadikan aksesori ini dapat menunjukkan anda seorang yang suka mencatat sebarang perkara yang diperlukan. Tambahan, pen dapat membantu anda mencatat apa sahaja perkara sama ada sebelum,semasa dan selepas sesi temu duga.
5.PEWANGI
Bau-bauan juga elemen penting bagi lelaki metroseksual. Pemakaian pewangi yang lembut dapat memberi keselesaan kepada diri,orang lain mahupun penemu duga tersebut. Pakailah juga deodoran bagi mengelakkan timbulnya bau badan yang kurang menyenangkan kepada diri dan orang lain.
6.WAJAH
Muka pemohon hendaklah bersih. Tidak berminyak atau comot. Sekiranya berpeluh, gunakan sapu tangan untuk mengelap. Sekiranya mempunyai kumis dan misai eloklah jika dirapikan atau di cukur terlebih dahulu. Potong pendek dan kemas bagi menyesuaikan keadaan rambut ketika temu duga. Aspek ini mamapu menonjolkan anda merupakan seorang yang kemas, segak dan bergaya.
7.KEBERSIHAN DIRI
Pastikan anda menjaga kebersihan diri sebelum ke tempat temu duga. Syampu rambut dan mandi dengan memakai sabun mandian. Hal ini mampu memperlihatkan kesegaran diri anda dan meluputkan bau-bau badan yang tidak diperlukan.
8.SENYUMAN
Yang terakhir adalah senyuman. Senyumlah dengan manis kerana senyuman itu mampu menambat sesiapa sahaja dan mampu memperjelaskan anda seorang yang mesra dalam pergaulan di samping menjaga tingkah laku dan tutur bicara.
Secara keseluruhan, penampilan itu sangat penting kepada semua calon. Penampilan yang tepat mampu menarik perhatian penemu duga dan mampu membantu anda melepasi temu duga dengan baik serta beroleh kejayaan. Seterusnya impian dapat di capai. Diingatkan di sini, penampilan diri melambangkan imej dan keperibadian individu itu. Insya Allah, Allah akan memberikan kejayaan kepada mereka yang berusaha. Amin.
Muhamad Khairul Fitri Bin Sarimin
Diploma Kejuruteraan Awam
Universiti Teknologi Malaysia International Campus.
Sumber rujukan : Berita Harian Varsiti edisi-44
"Dan hendaklah ada di antara kamu segolongan umat yang menyeru kepada kebajikan, menyuruh kepada yang makruf dan mencegah dari yang munkar; merekalah orang-orang yang beruntung"{Surah Ali Imran : Ayat 104}
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
-Paparan Terhangat-
-
Cek Keputusan Peperiksaan : 1. Anda perlu log in terlebih dahulu http://aimsweb.utm.my/ 2. Anda boleh lihat di senarai tampal atau keputu...
2 comments:
oh...
=)
Post a Comment