02 August 2011

5S :: Selamat Berpuasa, Selamat Beramal, Selamat Berprogram, Selamat Datang Dan Selamat Bercuti ::


Bismillahirahmanirrahim..
Assalamualaikum w.b.t. dan Salam Sejahtera dan Salam takzim UTM.

Alhamdulillah,sekali lagi kita dipertemukan dengan bulan yang penuh dengan Barakah ini iaitu Bulan Ramadhan. Dikesempatan yang ada ini kami Barisan Majlis Perwakilan Mahasiswa UTM IC ingin mengucapkan Selamat Berpuasa kepada semua mahasiswa Islam. Mudah-mudahan puasa dan amalan kita di bulan Ramadhan kali ini lebih baik daripada tahun-tahun sebelum ini.

Di bulan yang baik ini, bersama-samalah kita mempertingkatkan amalan kita, InsyaAllah. Bersama-samalah kita memperingati antara satu sama lain dengan bijaksana. Bantu membantu dalam sebarang perkara dan tidak membuka aib orang lain. Tidak mengeluarkan sebarang kenyataan tanpa usul periksa terlebih dahulu. Serta tidak menimbulkan sebarang perkara-perkara yang boleh menyebabkan pertelingkahan sesama sendiri.

Barisan MPM UTM IC menyokong penuh kepada mana-mana persatuan atau mahasiswa yang giat menyemarakkan lagi suasana Ramadhan kita di bumi UTM ini seperti Ihya' Ramadhan dan lain-lain lagi. Tidak dilupa kepada Kempen Kebersihan Kafeteria KSJ, sesungguhnya kebersihan itu lambang kepada kesucian. Bersama-samalah kita memeriahkan program yang dijalankan untuk kita bersama.

Selain itu, Barisan MPM UTM IC juga mengalu-alukan kedatangan En.Noraimi Bin Shafie selaku pengetua kepada Blok C KSJ bermula Ogos ini. Semoga di bawah pentadbiran beliau, Blok C KSJ akan mencapai ke satu tahap yang lebih tinggi daripada sebelumnya. Kami menyokong mana-mana yang baik daripada pentadbiran beliau.

Akhir kata, suka saya untuk mengingatkan sekali lagi kepada semua mahasiswa UTM IC, Cuti Pertengahan Semester ini bermula pada 22 Ogos 2011 sehingga 4 September 2011.Disekalikan dengan cuti Hari Raya Aidilfitri dan juga Hari Kemerdekaan. Semoga semua mahasiswa maklum akan perkara ini. Sekian dari kami, baik dan buruk itu ketentuan Allah dan kesilapan itu bersandarkan pada kami. Mohon ampun dan maaf sekiranya terkasar bahasa atau tersilap kata. Bersama-samalah kita mencipta Kecemerlangan Bersama di UTM IC ini.


" Mahasiswa Penggerak Kecemerlangan Universiti"


Ikhlas dari,
Majlis Perwakilan Mahasiswa (MPMUTM IC)
UTM International Campus Kuala lumpur

No comments:

-Paparan Terhangat-

Para Pujangga