Serba sedikit perkongsian bersama mengenai antara kemuliaan sentuhan Al-Quran.
Mekah & Madinah.
Negara yang bertanah tandus dan kering berdebu menjadi tempat yang paling ingin dikunjungi oleh semua muslimin dan muslimat. Saban tahun jutaan manusia akan berkunjung ke bumi ini. Juga tempat kelahiran nabi Junjungan Nabi Muhamad S.A.W. Di bumi inilah Al-Quran di wahyukan kepada Nabi Muhamad S.A.W.
Bulan Ramadhan.
Dalam bulan-bulan Islam. Dari Muharam hingga ke bulan Zulhijjah. Terdapat satu bulan yang lebih tinggi darjatnya daripada bulan yang lain iaitu bulan Ramadhan. Bulan Ramadhan Allah telah mengikat semua Syaitan Laknatullah dan membuka seluas-luasnya pintu Syurga dan menutup serapat-rapatnya pintu Neraka. Al-Quran juga telah diturunkan pada bulan Ramadhan.
Lailatulqadar.
Firman Allah dalam surah al-Qadar 1-5 yang bermaksud : Sesungguhnya Kami telah menurunkan (Al-Quran ) pada malam al-Qadar (kemuliaan). Dan tahukah kamu apakah itu malam Lailatul qadar? Malam al-Qadar itu lebih baik daripada seribu bulan. Di malam itu turun para malaikat dan Jibril dengan Izin Tuhan mereka untuk mengatur segala urusan. Pada malam itu (penuh ucapan) kesejahteraan sehingga terbit fajar.
Malaikat Jibril.
Makhluk halus yang dijadikan oleh Allah daripada cahaya ( Nur ) yang tidak kelihatan oleh Manusia, pekerjaan mereka adalah sentiasa mengucap tasbih dan tidak pernah mengingkari perintah dan larangan tuhan itulah Malaikat.Di antara 10 malaikat-malaikat yang telah diciptakan oleh Allah. Allah telah melantik Malaikat Jibril sebagai ketua Malaikat dan tugasnya adalah menyampaikan wahyu Allah kepada rasul. Penyampai Al-Quran.
Nabi Muhamad S.A.W.
Diantara sekalian Nabi dan Rasul yang dipilih Allah, baginda adalah penghulu segala Nabi dan Rasul. Baginda merupakan nabi terakhir yang dipilih dan mempunyai yang paling ramai umat. Baginda menerima wahyu Allah melalui Malaikat Jibril. Wahyu yang diterima baginda dijadikan panduan umat manusia sehingga ke hari ini. Wahyu itu dibukukan dan dipanggil Al-Quran.
Marilah kita bersama-sama mencari keredhaan Allah dan kemuliaan sentuhan Al-Quran dengan membaca Al-Quran, memahami Al-Quran, mengamalkan bacaan Al-Quran, menghafaz Al-Quran dan menyampaikan ilmu Al-Quran kepada yang lain. Barang siapa yang membaca 50 ayat sehari semalam, dia tidak akan tergolong dalam golongan orang-orang yang lalai.
Muhamad Khairul Fitri Bin Sarimin
Peserta Kem Bina Insan
UTM International Campus Kuala Lumpur.
No comments:
Post a Comment