14 July 2011

:: RTM Dialog : Ujrah PTPTN ::


Pada 13 Julai 2011, 10.00pm saya dan 5 orang rakan telah menghadiri satu rakaman Dialog secara langsung RTM di Angkasapuri. Tajuk yang diperbincangkan pada minggu ini adalah sistem Ujrah PTPTN. Studio rakaman juga turut dipenuhi dengan kunjungan daripada MSU dan selebihnya terdiri daripada kakitangan PTPTN.


Sebelum ini kita tahu bahawa duit PTPTN yang dipinjam perlu dipulangkan semula bersama kos pembiayaan sebanyak 3% per tahun. Hal ini membeban para peminjam untuk membayar semula kerana kadar caj yang dikenakan adalah tinggi. Maka, timbullah isu di mana para peminjam tidak membayar semula wang PTPTN selain aspek peminjam tidak tahu cara pembayaran. Lalu pihak PTPTN akan menyenaraikan hitam nama-nama peminjam yang tidak membayar sehinggakan peminjam itu tidak boleh ke luar negara.

Bermula 1 Jun 2008, Sistem Ujrah atau Upah telah diperkenalkan oleh pihak PTPTN dengan menggantikan 3% kepada 1% sahaja. Kaedah ini juga telah diluluskan oleh Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan bagi Hal Ehwal Agama Islam pada 28 Julai 2008. Ini bermaksud semua pembiayaan pendidikan di bawah PTPTN akan dikenakan caj kadar tetap (rata) 1% setahun.


Sistem Lama (3%):-

Jumlah baki pinjaman x 3% (setiap tahun) selagi ada baki. Jadi kadar faedah akan berlambak-lambak selagi anda tidak membayarnya. Nampak sistem yang diaplikasi oleh kerajaan yang menekan rakyatnya? Inilah yang anda gunapakai sekarang.

Sistem Ujrah (1%)
Jumlah pinjaman x 1% (hanya dikenakan caj sekali sahaja) + potong gaji. Jadi, anda akan membayar hutang pada waktu yang ditetapkan sekiranya kena potong gaji

Antara pertanyaan yang diajukan kepada Ahli panel yang terdiri daripada Pegawai PTPTN ialah, kemanakah digunakan upah 1% yang di caj kepada para peminjam. Menurut beliau, 1% itu digunakan untuk membayar kos-kos sewaan, kos pengendalian dan membaik pulih untuk ke arah yang lebih baik dan keselesaan pelanggan. Tambahan, terdapat masalah dari segi sistem yang digunakan.
 
Kepada yang belum mula bayar, boleh berbuat demikian. Sebabnya, PTPTN memerlukan dana berikut untuk membantu pelajar-pelajar yang lain dan sekiranya dah blacklist nanti tak dapat kadar tetap 1% ni. Anda akan kena caj 3%.
 
Semasa dialog tersebut, sempat juga saya bertanyakan soalan. Pertama, bagi mahasiswa yang masih dalam pengajian dan meminjam PTPTN bilakah akan menerima tawaran Ujrah ini. Jawapan beliau, mana-mana mahasiswa yang masih dalam pengajian akan mendapat tawaran Ujrah ini selepas mereka tamat pengajiannya nanti.
 
Kedua, bagi Ijazah 1st Class, PTPTN mereka akan diubah menjadi biasiswa, pertanyaan yang diajukan adalah, bagaimana dengan peringkat pengajian yang lain seperti diploma, adakah PTPTN mereka akan diubah kepada biasiswa sekiranya mendapat Diploma Kelas Pertama. Menurutnya, buat masa ini Pihak Kementerian Pengajian Tinggi hanya memberikan kepada peringkat Ijazah Sarjana Muda sahaja dan tidak lagi kepada peringkat yang lain.
 
Soalan saya yang terakhir adalah, baru-baru ini KPT mengumumkan bahawa mana-mana mahasiswa yang mendapat (Purata Nilai Gred Kumulatif) PNGK 2.0 dan ke bawah, PTPTN mereka akan dihentikan. Soalannya bagaimana status PTPTN mahasiswa tersebut, dan adakah mereka layak menerima Ujrah. Beliau membetulkan soalan saya, menurut beliau bukan PNGK tetapi PNG dan PTPTN mereka tidak dihentikan tetapi dibekukan. Bermaksud, mahasiswa yang mendapat 2.0 ke bawah PTPTN mereka akan dibekukan sehingga mereka memperoleh 2.0 ke atas semula pada semester berikut. Dan mereka layak menerima Ujrah seperti mahasiswa yang lain.

Program tamat pada pukul 11.00 malam. Akhir kata dari saya, terima kasih kepada pihak RTM dan PTPTN kerana mengundang kami ke sesi Dialog pada minggu ini. InsyaAllah akan cuba dikongsikan bersama. Namun anda lihat, anda tahu, anda nilai (^_^).
 
" Mahasiswa Penggerak Kecemerlangan Universiti "

Muhamad Khairul Fitri Bin Sarimin
Naib Presiden Kampus Antarabangsa
UTM International Campus Kuala Lumpur
Tel : 013-7859912
Emel : khairulfitri_mpmutm@live.utm.my

link yang ingin juga dikongsi bersama ::
http://www.bharian.com.my/bharian/articles/PTPTNakanhentipinjamanpelajarcatatPNGKbawah2_0/Article/
http://www.bharian.com.my/bharian/articles/TindakanPTPTNhentipinjamanpelajarPNGKbawah2_0wajar/Article/

1 comment:

luvamie said...
This comment has been removed by the author.

-Paparan Terhangat-

Para Pujangga