Sambungan Dari :: Ia terpahat Dihatiku Selamanya (Episod 1) ::
Cerita ini bersambung di sini, terlalu dalam untuk diungkapkan.
Mesyuarat Agung KKDK sesi 09/11. Aku datang bersendiri, aku masih ingat aku datang melalui pintu belakang DK 2 dan terus duduk di belakang sekali, sendirian. Entah kuasa apa yang membuatkan aku datang. Mesyuarat berjalan lancar. Tampuk pentadbiran beralih. Saudara Wan Norrosaini telah menjadi presiden seterusnya yang akan membawa legasi KKDK. Semua tersenyum gembira.
Masa mesyuarat berlangsung, ad seseorang nie dia datang lambat dan duduk di baris belakang aku. Beberapa minit kemudian dia menegur aku dan kami berborak ringkas. Rupa-rupanya dia mahasiswa UTP dan merupakan alumni KKDK. Hendak dijadikan cerita rupa-rupanya dia kawan kepada bestfriend aku kat kampung. Kecil sungguh dunia.
Seminggu selepas Mesyuarat Agung jika tidak silap. Dibuka satu pendaftaran secara interview untuk pemilihan timbalan exco KKDK. Ramai MT dan Exco KKDK dan mantan hadir memberi sokongan kepada para calon. Sedangkan pada waktu itu aku baru sahaja menerima jawatan Exco bagi Persatuan Mahasiswa Kejuruteraan Awam (PEMKA).
Sebenarnya,aku mendapat mesej daripada Azrul,timbalan presiden untuk mencuba. Aku tengah membuat assigment pada waktu itu. Tapi aku terlalu menyanjungi dan menyayangi mereka dan aku turun juga walaupun agak sedikit lewat. Setibanya, aku lihat ramai juga yang telah hadir dan menunggu giliran. Setelah mengisi borang aku juga menunggu seperti yang lain.
Sebenarnya aku masih lagi terasa asing dan tidak layak. Sebab aku masih merasakan aku tidak sehebat yang lain. Mereka pernah join program KKDK yang lain tapi aku baru join satu program. Semacam masih belum cukup ilmu di dada untu masuk ke interview ini. Tapi aku pergi juga kerana aku agak selesa bersama komuniti ini walaupun tidak semua aku pernah berborak atau kenal.
Aku melangkah masu ke bilik interview, terasa sejuk mungkin sebab penghawa dingin, bersama Faqih dan Azim, juga calon seperti ku. Soalan demi soalan di tanya dan di jawab. Namun yang paling melekat di kotak fikiran aku. Mampukah pegang banyak jawatan dalam persatuan. Terkedu juga nak menjawabnya. Jawapan aku hanyalah berani mencabar diri sendiri dan sejauh mana aku mampu menyahut cabaran dari diri aku sendiri.
Keputusan diterima.
Salam maaf,permohonan anda untuk
menjadi timbalan exco kelab kaunseling dan kerjaya UTM IC
tidak dapat kami tolak.Tahniah kami ucapkan.
Perjumpaan akan diadakan pada hari esok 9.00pm di kafe.
Lebih kurang macam tulah sms yang aku terima. Seronok sangat (^_^). Setelah perjumpaan dan perbincangan aku menjadi timbalan exco bagi protokol dan etiket kkdk bersama dua orang lagi iaitu kak TK dan mimi di bawah exco protokol dan etiket kak sofie.
*********************************************************************
Teringin untuk bercerita lagi, bersambung .......
No comments:
Post a Comment