10 August 2011

:: Pandangan Peribadi : Isu Yuran UTM ::

Bismillahirahmanirrahim.
Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh.
Salam sejahtera, salam satu Malaysia dan salam segala salam.

Sebenarnya saya tertarik untuk memberi pandangan peribadi saya mengenai isu terhangat dan terbaru di UTM ini. Lebih hangat dan panas lagi di UTM kampus induk. Iaitu mengenai isu peningkatan yuran bagi semester hadapan. Pertama sekali kemunculan Yuran UTM Professional Course yang mencecah RM200. Kedua isu kenaikan yuran bagi mahasiswa Latihan Industri dan yang ketiga. mengenai kenaikan yuran mendadak bagi mahasiswa antarabangsa.


Isu ini telah memberikan impak yang besar kepada hampir seluruh mahasiswa UTM. Sama ada mahasiswa tempatan mahupun mahasiswa antarabangsa. Maka wujudlah nukilan-nukilan berbaur pedas, sinis dan ketidak puas-hatian yang dilahirkan di blog-blog peribadi masing-masing sebahagian blogger UTM (*link ini sebagai contoh). Saya juga terjumpa sebuah Wordpress yang mengutarakan isu ini secara lantang dan juga memberikan perkembangan semasa tentang isu kenaikan harga yuran ini, seakan milik mahasiswa antarabangsa saya rasa.Menyalurkan pandangan di pihak mereka.

Medium perhubungan yang terhebat Facebook juga menjadi medan luahan hentaman mahupun sokongan bagi mendapatkan penjelasan terhadap perkara yang serius ini. Mungkin boleh kita lihat di group MPM bersama Mahasiswa dan juga Say no to Increase in UTM's Hostel Fee. Sedikit sebanyak nama baik UTM yang baru-baru ini telah disenaraikan sebagai 1st Ranking di Malaysia telah tercalar. Perlu diingat bukan sahaja mahasiswa tempatan tetapi juga mahasiswa luar negara.

Dalam keadaan yang kelihatan seakan tertekan, terdesak dan penuh rasa tanggungjawab. Maka, berusahalah pihak-pihak yang terlibat untuk cuba mencari penjelasan dan solusi bagi isu kenaikan harga yuran, sebelum keadaan bertambah parah dan kronik. Antaranya ialah barisan MPM UTM, Presiden International Student Society dan lain-lain lagi. Perjumpaan di antara wakil-wakil ke Pejabat Bendahari dan Timbalan Naib Canselor telah dilaksanakan bagi mendapatkan kepastian.

Hasil perjumpaan, MPM UTM telah mengeluarkan satu KENYATAAN RASMI mengenai isu ini. Begitu juga penjelasan di http://iaar.wordpress.com/ , MPM bersama Mahasiswa Say no to Increase in UTM's Hostel Fee dan juga blog peribadi masing-masing. Ada yang menerima, ada sekadar menerima tanpa rela dan ada juga yang masih kurang berpuas hati. Penerimaan masing-masing.

Secara ringkas, isu kenaikan mendadak bagi mahasiswa antarabangsa adalah kerana pihak kerajaan telah menarik semula subsidi yang diberikan kepada golongan ini. Mungkin link ini dapat menjelaskan dengan lebih baik.


Seterusnya mengenai kenaikan yuran bagi mahasiswa latihan industri. Mengikut penjelasan sebenarnya bukanlah kenaikan tapi kerana pembayaran yuran bagi UTM Professional Course yang baru dikuatkuasakan yang merangkumi beberapa elemen-elemen penting.Untuk lebih lanjut bolehlah rujuk kenyataan MPMUTM mengenai isu ini.


Sekarang semua persoalan telah terjawab. Bukanlah hendak menyalahkan mana-mana pihak tetapi pada pandangan saya isu ini terjadi mungkin kerana kelemahan pihak pentadbiran tidak memberitahu awal kepada mahasiswa terhadap perkara ini. Saya tidak pasti sama ada semasa keputusan penambahan yuran ini dibuat adakah terdapat mana-mana wakil mahasiswa yang turut serta dalam mesyuarat tersebut.

Mengenai penarikan semula subsidi bagi mahasiswa antarabangsa. Sekadar pandangan saya, adalah lebih telus sekiranya dibuat secara berperingkat. Maksudnya hanya kepada mahasiswa baru sahaja, benarkan mahasiswa luar negara yang semasa ini tamatkan pengajian mereka terdahulu, kerana adalah satu kejutan kepada mahasiswa antarabangsa semasa untuk menerima kenaikan mendadak ini. Sekali gus persepsi mereka terhadap pihak kerajaan saya pasti turut berubah. Bagaimana jika persepsi itu di bawa pulang ke negara masing-masing nanti.

Untuk isu ini mungkin ada sesuatu yang boleh dilakukan oleh mana-mana wakil untuk memperjuangkannya bukan hanya sekadar mendapatkan penjelasan. Mungkin boleh diadakan satu pertemuan diantara pihak pentadbiran dan mahasiswa untuk menjelaskan sendiri mengenai perkara ini dan perbincangan dua hala antara mahasiswa dan pihak pentadbiran. Mungkin penjelasan yang lebih baik dan boleh mententeramkan hati mana-mana mahasiswa atau akan muncul satu jalan penyelesaian yang baik. Siapa tahu.

Cadangan saya bermusyawarrahlah dengan baik dan dapatkan persetujuan semua pihak. InsyaAllah akan mendapat satu keputusan yang baik.Akhir kata saya memohon ampun dan maaf sekiranya tersilap informasi atau menyinggung mana-mana pihak. Ini sekadar pandangan peribadi saya dan tidak berniat buruk. Yang baik dan buruk itu ketentuan Allah dan yang silap itu atas diri saya sendiri. Wallahualam.

Muhamad khairul Fitri Bin Sarimin.
Mahasiswa biasa yang bercermin mata.

No comments:

-Paparan Terhangat-

Para Pujangga