05 July 2011

:: Masih Mencari Buku-Buku & Kertas Peperiksaan Yang Lepas? ::


Pada semester yang lalu setelah mahasiswa UTMIC  tamat peperiksaan akhir dan ingin pulang bercuti ke kampung halaman masing-masing, saya telah membuat satu pengumuman di facebook iaitu kepada semua mahasiswa yang tidak mahu lagi menggunakan sebarang buku rujukan atau modul pembelajaran yang telah digunakan pada semester berikut bolehlah serah ikhlas kepada saya memandangkan sedih jika dibuang.


Ada juga hampir setiap pagi saya 'round' 1 Blok B dan Blok C untuk mengutip mana-mana buku yang masih boleh digunapakai yang telah dibuang oleh sebilangan kecil  mahasiswa. InsyaAllah buku-buku tersebut dapat membantu dan meringankan sedikit beban adik-adik junior kita nanti. Terima kasih juga kepada semua mahasiswa yang juga menyumbangkan sumbangan buku-buku ini. Jasa anda amatlah dihargai.

Berikut merupakan hasil dapatan saya, dan kepada mahasiswa yang ingin meminjam buku tersebut bolehlah datang berjumpa dengan saya. Memandangkan jumlah adalah terhad, saya akan mengambil kira kepada siapa cepat dia yang dapat pinjam (^_^).


SENARAI BUKU DALAM SIMPANAN
No.
Nama Buku
Bilangan
1.
Modul Pengajaran Lukisan kejuruteraan Awam
4
2.
Modul Ukur Kejuruteraan Awam
2
3.
Modul AutoCad
1
4.
Mechanics Statics
1
5.
Vector Mechanics For Engineer (Dynamic)
2
6.
Introduction Of Calculus
2
7.
Al-Jabar I
3
8.
Al-Jabar II
2
9.
Geometri & Trigonometri
3
10.
English For Academic Communication
6
11.
English For Professional Communication
2
12.
Tamadun Islam & Tamadun Asia (TITAS)
2
13.
Institusi-Institusi Islam
1
14.
Hubungan Etnik
2
15.
Chemistry
2
16.
Modul Physics
6
17.
Computer Are Your Future
1
18.
Pengalatan & Pengukuran
2
19.
Pekeliling Ketua Pengarah Ukur & Pemetaan
1
20.
Teknologi Elektrik
1






















SENARAI KERTAS PEPERIKSAAN AKHIR DALAM SIMPANAN
No.
Kod Subjek
Subjek
Tarikh Peperiksaan
Sesi
1.
DDK 2633
Sistem Elektrik & Mekanikal
May 2011
2010/2011
2.
DDA 2412
Mekanik Tanah
April/May 2011
2010/2011
3.
DDA 2322
Hidraulik
April/May 2011
2010/2011
4.
DDA 2043
Programming
April 2010
2009/2010
5.
DDA 2043
Programming
April 2011
2010/2011
6.
DDS 2212
Calculus II
April 2011
2010/2011
7.
DDA 2313
Fluids Mechanic
Nov 2010
2010/2011
8.
DDA 2103
Mekanik Bahan & Struktur
Nov 2010
2010/2011
9.
UDP 2152
Etika Profesional
Okt 2009
2009/2010
10.
UDP 2152
Etika Profesional
April 2010
2009/2010
11.
DDA 2122
Bahan Kejuruteraan Awam
Nov 2010
2010/2011
12.
DDS 2112
Al-Jabar II
April 2010
2009/2010
13.
DDS 2112
Al-Jabar II
Nov/Dec 2010
2010/2011
14.
DDA 2132
Binaan Kejuruteraan Awam
April/May 2011
2010/2011
15.
DDC 2233
Data Communications
April 2010
2009/2010
16.
DDS 2032
Matematik III
Nov/Dec 2010
2010/2011
17.
DDS 2042
Mathematics IV (example Final exam)


18.
DDA 2022
Ukur Kejuruteraan II (Ujian Akhir)
Okt 2010
2010/2011

Sejumlah Itu sahaja yang saya dapat bantu untuk mana-mana mahasiswa yang memerlukan. Selain itu anda juga boleh bertanyakan kepada senior-senior atau rujuk kepada presiden persatuan masing-masing. InsyaAllah kebajikan anda akan cuba dibantu.

Akhir kata, kepada sesiapa yang ingin turut menyumbangkan buku-buku atau kertas soalan yang lepas, anda boleh juga berikan kepada saya pada bila-bila masa dan saya akan cuba sampaikan kepada yang memerlukan. Allah jua yang akan membalas jasa baik kalian.

Selamat Maju Jaya Semua (^_^) Belajar Rajin-Rajin k ~

Yang berkhidmat,
Muhamad Khairul Fitri Bin Sarimin
Naib Presiden Kampus Antarabangsa
UTM International Campus Kuala Lumpur
Tel : 013-7859912
Emel : khairulfitri09@yahoo.com

4 comments:

jia said...

salam,
saya nazeerah a.k.a jia, pelajar ddc sem 2. boleh tak kalau saya ingin meminjam hard copy/ softcopy kertas soalan ddc 2233.

boleh hubungi saya di fb www.facebook.com/jia.razak atau di blog saya itsjiarazakstory.blogspot.com


salam bdk junior,
jia razak
:)

Khairul Fitri said...

Salam,boleh..tp hard copy shj y ada..so mcm mne sy nk bg anda? (^_^)

EkaTikah said...

salam abg Fitri..
Saya Atikah, pelajar 1DDPZ...
Boleh tak saya pinjam buku Aljabar 1 dan TITAS utk Sem2??.. :)

Khairul Fitri said...

EkaTikah (^_^) Maaf buku aljabar 1 dan titas telah dipinjam sahabat yang telah awal minx.

-Paparan Terhangat-

Para Pujangga