12 August 2011

:: Maklumat Peribadi Kita Di Facebook ::


Sama ada kita sedar ataupun tidak, semasa pertama kali kita mendaftar facebook, terdapat beberapa perkara yang perlu kita penuhi termasuk mengisi butir-butir peribadi. Bila mana kita mengisi bermaksud kita bersetuju memberikan butiran peribadi kita kepada facebook.


Untuk pengetahuan, terdapat juga beberapa butiran kita yang akan terpapar di 'Info' profile kita, seperti Education And Work, Philosophy,Art And Entertainment,Basic Information dan Contact Information. Semuanya  sebenarnya dengan persetujuan kita semasa pertama kali kita mendaftar facebook. Tetapi jangan risau kita boleh 'edit' semula sama ada kita hendak paparkan ataupun tidak.

Kebaikan sekiranya kita memaparkan infomarsi diri kita ini ialah, rakan-rakan dapat mengetahui serba sedikit mengenai diri kita sama ada institusi, pandangan ataupun bagaimana hendak menghubungi kita. Sekali gus dapat merapatkan lagi ukhwah di dunia siber ini untuk dibawa ke dunia realiti.

Namun, tidak semua orang bersetuju untuk berkongsi maklumat dengan orang lain apatah lagi dengan rakan-rakan facebook yang tidak dikenali. Kita juga boleh memilih dengan 'setting' kepada privasi. Bergantung kepada kehendak masing-masing sama ada mahu ataupun tidak.

Rata-rata bersetuju bahawa no. telefon kita adalah yang paling privasi sekali. Untuk pengetahuan facebook juga telah mengkelaskan senarai no.telefon rakan-rakan kita dalam satu senarai mungkin dengan niat untuk memudahkan kita menghubungi antara satu sama lain sama ada dalam kecemasan ataupun tidak.


Kita boleh mengetahui senarai no.telefon rakan-rakan kita melalui link di atas. Itu cara yang pantas. Sebenarnya, untuk cara yang lambat kita boleh tengok di 'Info' profile rakan-rakan kita satu persatu. Mudah bukan tapi terdapat baik dan buruknya paparan ini.

Berbalik kepada senarai no.telefon itu tadi, sekiranya kita tidak bersetuju no kita ditunjukkan kepada orang lain,kita boleh 'setting' untuk 'remove', dalam page senarai no.telefon itu cuba kita lihat di bahagian kanan skrin, 'Phonebook Contacts' , terdapat sedikit penerangan dan anda boleh klik perkataan 'this page' di situ dan 'remove'. Maka selepas itu tidak lagi dipaparkan no.telefon kita kepada rakan-rakan.

Jawapan yang mudah, selepas ini cek semula account setting kita sama ada privasi ataupun tidak. (^_^)

No comments:

-Paparan Terhangat-

Para Pujangga