22 March 2012

:: Perkara Berkaitan Cuti Sem 2 11/12 ::

Petikan kali ini adalah hal berkaitan dengan perkara simpan barang di kolej semasa cuti, permohonan bilik untuk semester hadapan dan pemulangan kunci untuk semester ini.

A) PERMOHONAN BILIK UNTUK SEMESTER HADAPAN
Semua mahasiswa WAJIB mendaftar secara online untuk mendapatkan kolej di AIMSWEB. Pembukaan laman web akan dibuka dalam masa terdekat ini, mohon selalu kemaskini.
Log In Aimsweb>Pengawasan Rekod>Kolej>Permohonan

Disarankan kepada mahasiswa untuk juga mengisi BORANG PEMILIHAN RAKAN SEBILIK(boleh didapati di pejabat kolej).Sekiranya mahasiswa mengkepilkan 2 Borang Pemilihan Rakan Sebilik. Anda akan mendapat toiletmate mengikut borang yang dikepilkan. (pastikan ada mengisi borang ini dengan lengkap bagi mengelakkan permohonan ditolak).

Secara peribadi penghantaran borang ini juga sebagai salah satu tiket pemohonan bilik, (sekiranya laman web permohonan masih tidak lagi dibuka)

B) PROSES PEMULANGAN KUNCI
Untuk makluman mahasiswa diploma akan mula bercuti paling lewat adalah 2 April 2012 sehingga 10 Jun 2012. Justeru itu, mahasiswa diminta memulangkan kunci selewat-lewatnya pada 2 April 2012 sebelum 5.00 petang. Namun, untuk memudahkan mahasiswa. Pihak kolej akan membuka pejabat pada hari berikut :
Sabtu &Ahad (31 Mac 2012 & 1 April 2012)
- 8.00am-1.00pm
- 2.00pm-5.00pm
Semasa pemulangan kunci, anda diminta melengkapkan Borang Akuan Mengosongkan Bilik (boleh didapati di pejabat kolej)

C) PROSEDUR PENYIMPANAN BARANG
Untuk cuti kali ini mahasiswa tidak dibenarkan menyimpan barang di bilik kerana pada semester hadapan mahasiswa akan dipindahkan ke bilik yang lain. Oleh itu pihak kolej telah menyediakan perkhidmatan penyimpanan barang di stor.

KSJ , BLOK A & BLOK B
-2 kotak pertama adalah percuma
-kotak ketiga akan dikenakan RM10.
-setiap kotak perlu ditampal stiker kolej (RM0.20/sticker)
-kotak TIDAK DISEDIAKAN oleh pihak kolej.


KSS & BLOK C
-3 kotak RM10
-kotak TIDAK DISEDIAKAN oleh pihak kolej.

**pilihan lain bawa pulang semua barang

D)PENGAMBILAN SEMULA KUNCI BILIK
Semester hadapan akan bermula pada 11 Jun 2012. Oleh itu mahasiswa boleh mendapatkan kunci bilik pada,

9 Jun 2012 (SABTU)**kadar bayaran sewa RM4
8.00am-1.00pm
2.00pm-5.00pm

10 Jun 2012 (AHAD)**tiada bayaran sewa.
8.00am-1.00pm
2.00pm-5.00pm

sekiranya anda ambil kunci pada hari jumaat, anda akan dikenakan sewa RM8 (Jumaat=RM4, Sabtu=RM4)
dikira sewa sehari adalah RM4.

Semasa ambil kunci, bawa bersama
-2 Keping gambar berukuran passporrt (Lelaki : bertali leher dan berkot, Perempuan : tudung putih dan berkot)
-satu salinan Keputusan Permohonan Asrana UTM,Sesi 2012/2013. (daripada Aimsweb)

***perubahan tertakluk kepada pengurusan pihak kolej. Dan sebarang pertanyaan atau permintaan boleh dirujuk terus kepada pihak pengurusan kolej.

Majlis Perwakilan Mahasiswa UTMIC sesi 10/11 mengucapkan selamat bercuti kepada semua mahasiswa UTM IC Diploma khususnya , manfaatkan cuti anda sebaiknya dan jaga kesihatan. Tahniah kami ucapkan kepada semua mahasiswa tahun akhir serta selamat bergraduasi.

Makluman bersama,
Majlis Perwakilan Mahasiswa
UTM International Campus
Kuala Lumpur.

1 comment:

sadyebaab said...

Harrah's Cherokee Casino & Hotel - KTHR
Hotel. The Harrah's Cherokee Casino & Hotel features 안산 출장샵 more than 2,200 slot 김포 출장샵 machines, 200 table games 광명 출장마사지 and a variety of 라이트닝 바카라 사이트 entertainment venues. 경기도 출장샵

-Paparan Terhangat-

Para Pujangga