"Dan hendaklah ada di antara kamu segolongan umat yang menyeru kepada kebajikan, menyuruh kepada yang makruf dan mencegah dari yang munkar; merekalah orang-orang yang beruntung"{Surah Ali Imran : Ayat 104}
12 March 2012
:: Kisah Disebalik Malam Pra Graduan UTM IC 2012 ::
Alhamdulillah malam tadi (11 Mac 2012) telah berlangsungnya Malam Pra Graduan UTM IC 2012. Jika pada tahun yang lepas malam MPG ini telah digabungkan antara UTMJB dan UTMIC. Dimana pengurusannya semua dibuat di UTMJB. Mahasiswa UTM IC cuma menjadi peserta sahaja. Namun pada tahun ini semuanya berbeza. Kerana kemasukan Mahasiswa Ijazah yang berbeza dengan kemasukan Diploma. Ijazah yang baru sahaja masuk semester kedua sedangkan diploma sudah ke penghujung semester, ia seakan tidak ada titik pertemuan antara Diploma dan Ijazah untuk diadakan program ini.
Saya fikir program ini sangat perlu untuk meraikan sahabat-sahabat yang akan bergraduasi dan seakan tidak adil kerana program ini merupakan program tahunan tetapi tidak ada untuk tahun ini. Sebelum ini exco saya pernah menghantar pesanan ringkas kepada salah seorang pegawai UTM untuk bertanyakan tentang malam MPG ini namun tidak ada kepastian dalam jawapan yang diberikan.
Saya tidak mahu mengalah demi kawan-kawan saya dan saya tidak mahu program ini tidak berlangsung untuk tahun ini. Pada 19 Feb 2012, Ahad saya sendiri telah mendatangi pegawai tersebut untuk berbincang lanjut dan bertegas supaya program ini harus diadakan dan Alhamdulilah pegawai tersebut meminta untuk diadakan Mesyuarat pada Rabu nanti. Sebenarnya apa yang saya dimaklumkan Malam MPG ini merupakan program dibawah Unit Perhubungan Alumni dan bukannya dibawah Pejabat Hal Ehwal Mahasiswa.
Mesyuarat seterusnya menetapkan sama ada 9,10 atau 11 Mac 2012 sebagai tarikh program beerti hanya berbaki 3 minggu sahaja lagi memandangkan peperiksaan akhir adalah pada 14 Mac 2012. Pengarah program untuk malam itu adalah sahabat saya sendiri iaitu saudara Afiq Amani Bin Anuar. Pada gerak kerja program ini kelihatan beliau masih samar-samar dengan apa yang perlu dilakukan. Sebagai seorang kawan saya cuba memberikan komitmen penuh dengan membantu beliau dalam memastikan program ini berjaya. Walaupun pada ketika itu saya terikat dalam menguruskan Isu Kak Ina Station dan persiapan Program Diskusi : Teknik Penyediaan Resume, Temuduga Dan Alam Pekerjaan 2012.
Saya percaya saya perlu kuat untuk memastikan yang lain juga turut kuat dalam menggerakkan program ini. Hampir tiap-tiap hari HEMA mengadakan mesyuarat berkenaan perkembangan MPG ini dan cabaran terbesar adalah dari segi Headcount peserta. Alhamdulillah walaupun banyak perkara yang berlaku disaat akhir tapi perjalanan masih lagi perlu diteruskan.
Hari terakhir sebelum program seawal 10 pagi sehingga 9.30malam saya dan kawan-kawan saya pergi membeli barangan cabutan bertuah. Pecah otak fikir apa yang sesuai untuk dibeli. dan pada sebelah malam saya yang dipertanggungjawabkan untuk memastikan presiden sesi 10/11 hadir pada malam tersebut mula membuat last call.
Setelah semua selesai, saya berfikir. Mungkin cukup sampai disini tanggungjawab saya terhadap program ini. Program ini akan berjalan dan persiapan sudah pun mencecah 90% . Dan malam program tersebut bukan malam saya ia adalah malam kawan-kawan saya. Saya harap semua akan gembira walau tanpa saya.
Terima kasih kepada En.Mohd Sharil Bin Abdullah dan staffnya kerana bertungkus lumus memastikan kelancaran program ini walaupun hakikat program ini bukan dibawahnya. Terima kasih juga kepada Ajk pelaksana program kerana memberikan komitmen terbaik dalam menggerakkan program ini. Terima kasih semua. Sekiranya semua gembira, sudah pasti saya akan gembira.
**Nasihat saya kepada MPM yang akan datang, makluman terbaru MPG sebenarnya tidak akan ada lagi kerana UNIT Perhubungan Alumni sudah memberikan peruntukkan kepada bahagian Akademik untuk diadakan Fakulti Dinner dan mahasiswa tidak perlu mengeluarkan bayaran untuk Fakulti Dinner.
Tahun ini sebenarnya bahagian akademik tidak menghantar senarai nama kepada Unit Perhubungan Alumni untuk diadakan Fakulti Dinner. Wallahualam sama ada mereka tidak tahu ataupun mereka tidak berkesempatan.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
-Paparan Terhangat-
-
"Dan sungguh pasti Kami ujimu dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa, dan tanaman. Dan sampaikanlah khabar gembir...
-
kalau aku rindu izinkanlah aku berbicara pada bayu berpesan pada lagu agar terlerai rinduku bila sampai pada kamu kalau aku rindu sudila...
-
Dunia semakin mencabar.Keringat usaha dibalas dengan tohmahan keji.Pengorbanan dibalas dengan dendam dan iri hati. Peritnya rasa di hati. ...
-
MyBrain15 : Apakah tindakan Universiti?* 1. Menggalakkan kolaborasi penyelidikan antara pelajar Malaysia dan pelajar antarabangsa di...
-
indahnya ukhwah ini di kala lupa ada yang mengingati di kala tersilap ada yang menasihati di dunia jasad dan hatinya menemani di kubur n...
-
KENYATAAN RASMI MPMUTM sesi 2010/2011 by Wan Frâny Muhtaddin Masbak on Tuesday, August 9, 2011 at 2:08pm. Salam dan salam sejahtera, ber...
-
Lirik Lagu Warisan Anak kecil main api, Terbakar hatinya yang sepi, Air mata darah bercampur keringat, Bumi dipijak milik orang. Nene...
-
30-31 MAC 2011 – Pada tarikh berikut Majlis Perwakilan Mahasiswa UTM IC telah menjalankan satu sesi temuduga dalam misi pencarian RAKAN EXC...
-
Surat Dari Anak Mak yang Dah Tak Nakal www.iLuvislam.com umar zahrawi Terima kasih saudara umarzahrawi kerana menghantar surat ini ...
-
kita tidak memerlukan seseorang yang sempurna untuk dijadikan sahabat, memadailah seorang ''teman'' yang membuatkan kit...

No comments:
Post a Comment