Andai di izinkan Tuhan..
aku mahu berada di situ
duduk dan diam
di atas gunung kebahagiaan
permandangan yang indah
perasaan yang tenang
hati yang tenteram
suasana yang nyaman
alunan melodi mergastua
penghuni rimba segala
tinggi dan jauh dari kota
jauh dari tekanan jiwa
tiada lambakkan kerja
tiada topengan manusia
pemandangan dari sana
kanan ku sebiru lautan ciptaanNya
ombak menghempas pantai perlahan
berdesir angin bersamanya
setenang hati menikmati kurniaan
kiriku menghijau belantara dara
seindah limpahanNya
sesejuk mata memandang
selembut rasa kesyukuran
Alhamdulillah
petang menginjak senja
beburung pulang ke sarang gembira
matahari berlabuh di ufuk barat
cahaya ke merah-merahan menabiri alam
suasana hening terasa kedamaian
malam berperanan lagi
kesamaran sinaran bulan
menyerlahkan lagi keindahan galaksi
bintang2 berkelipan bertaburan
memenuhi ruang angkasa
terpaut hati dan perasaan
lambaian alam
sungguh
aku mahu ke sana
membawa kamu bersama
kerana kamu
adalah sebahagian kebahagiaanku
nikmati bersama
3 comments:
sangat indah dan bahagia menikmati nikmat dari Allah...
Alhamdulillah..Kurniaan Ilahi tersangat indah bagi mereka yang mensyukuri..
bahagia bersama insan tersayang..
Post a Comment