Peringatan Bersama Untuk Mahasiswa UTM IC
Pada Hari Peperiksaan
Pada Hari Peperiksaan
1. Bangun awal dan sarapan pagi.
Bangun awal dapat membantu dalam membekalkan tenaga, mencergaskan tubuh badan. Menurut Wikipedia, Saintis menggelar sarapan sebagai makanan untuk otak. Sarapan ada kaitan rapat dengan kecergasan mental kerana ia memberi kesan positif terhadap aktiviti otak supaya lebih cergas, peka dan fokus.
2. Pastikan anda membawa kelengkapan yang secukupnya.
Pastikan anda membawa Kad Matrik, Kad Pengenalan, alat tulis, kalkulator dan lain-lain keperluan yang dirasakan perlu. Keperluan tersebut perlu dibawa bagi mengelakkan kita tidak dibenarkan masuk ke dalam dewan dan tidak dibenarkan mengambil peperiksaan pada hari tersebut.
3. Etika pakaian yang betul.
Pada hari peperiksaan, hendaklah mengikuti etika pakaian yang betul. Hari Isnin adalah SMART DAY. Hari lain adalah SMART CASUAL. Rambut juga perlu kemas dan pendek. Mahasiswa digalakkan membawa baju sejuk, kerana suhu di dalam dewan peperiksaan adalah sejuk.
4. Datang kampus awal.
Turun awal dan pastikan anda menaiki bas yang betul, kerana terdapat bas yang akan terus ke Yayasan Selangor. Sekiranya turun awal segala kekeliruan bas ini dapat diatasi dan perjalanan ke kampus adalah lancar.
5. Kenal pasti nombor tempat duduk.
Nombor tempat duduk boleh boleh dilihat di papan kenyataan di hadapan pintu masuk dewan peperiksaan. Sekiranya mengetahui nombor tempat duduk, kita tidak akan kelam-kabut mencari tempat duduk apabila masuk ke dalam dewan peperiksaan nanti.
6. Masuk ke dalam dewan awal.
Kelebihannya adalah kita dapat persiapkan mental kita sebelum menjawab peperiksaan. Selain dapat memilih tempat duduk awal, kita menulis butiran penting pada muka surat hadapan kertas jawapan tanpa tergesa-gesa dan dapat menyesuaikan diri dengan keadaan sekeliling.
7. Jangan bawa barang berharga.
Keselamatan barang yang kita tinggalkan di luar dewan semasa kita menjawab peperiksaan di dalam dewan adalah dibawah tanggungjawab kita sendiri. Oleh itu mahasiswa digalakkan mengambil langkah yang terbaik untuk tidak membwa barangan berharga ke kampus.
8. Teknik “Recalling”
Teknik Recalling adalah baik utk proses daya ingatan. Caranya mudah, cuba ingat kenangan manis semasa kecil-kecil dahulu. Teknik Recalling ini dapat membantu otak kita untuk mengingat dengan lebih baik.
SELAMAT MAJU JAYA DALAM PEPERIKSAAN.
Ingatan Bersama Dari :
MAJLIS PERWAKILAN MAHASISWA
UTM INTERNATIONAL CAMPUS
KUALA LUMPUR.
UTM INTERNATIONAL CAMPUS
KUALA LUMPUR.
No comments:
Post a Comment