15 March 2011

-Harapan Datuk TNC Kepada MPM UTM-

menjadi penggerak kepada perubahan demi mahasiswa & universiti.
  • menjadi rakan bestari kepada universiti.
  • menjadi role-model kepada mahasiswa yang lain.
  • menjadi jurubicara masyarakat.
  • mampu melahirkan idealism yang baik.
Harapan ini diluahkan oleh Datuk TNC ketika sesi ceramahnya yang bertajuk '' Peranan Kepimpinan Mahasiswa dalam Melonjakkan Kecemerlangan Universiti " pada 25 Feb 2011 yang lalu di Dewan Tiara Beach Resort Port Dickson yang dihadiri oleh 53 Majlis Perwakilan Mahasiswa UTM.

Secara khususnya, diharapkan kepada semua ahli Majlis Perwakilan Mahasiswa UTM dapat mengaplikasikan harapan Datuk TNC. Secara amnya, sekali gus saya menyeru kepada semua mahasiswa untuk turut serta dalam menzahirkan harapan beliau, bagi saya bukan sahaja ahli majlis perwakilan, tetapi semua mahasiswa merupakan duta dan ahli kepada universiti. Kerana ke mana sahaja kita pergi, orang lain akan memandang kita selaku mahasiswa universiti dan secara langsung membawa nama universiti bersama-sama langkah kita.

Unjurkan pemikiran kita ke arah pemikiran intelektual. Signifikasi, pemikiran intelektual akan  melahirkan gerak tubuh dan tutur bicara yang profesional dan seperti orang-orang yang bijaksana.

Bagaimana menjadikan satu kelompok itu kelompok yang hebat? Bermula dengan menghebatkan diri sendiri terlebih dahulu. Jika setiap individu di kelompok itu melakukan perkara yang sama, maka hebatlah kelompok itu.

Ulasan:
Muhamad Khairul Fitri Bin Sarimin.

No comments:

-Paparan Terhangat-

Para Pujangga