Bismillahirrahmanirahim.
Alhamdulilah, Program Diskusi : Teknik Penyediaan Resume, Temuduga & Alam Pekerjaan 2012 (DISKUSI'12) telah pun berjaya dilaksanakan pada 7 Mac 2012. Program ini merupakan program anjuran Majlis Perwakilan Mahasiswa UTM IC. Program ini berlangsung selama 2 sesi. iaitu sesi 1 pada sebelah petang di Dewan Kuliah 7, UTM International Campus dan sesi 2 di Bilik Kebudayaan Kolej kediaman Siswa Jaya. Tahniah saya ucapkan kepada Pengarah Program iaitu Saudari Nurul Fatihah Binti Matdiah beserta Ahli Jawatankuasa program yang telah berusaha dan berinisiatif proaktif dalam memastikan perjalanan program yang lancar.
Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kami hulurkan kepada Tuan Ghazali Bin Hj Abu selaku penceramah untuk program ini. Saya mengenali beliau melalui Kelab Kaunseling Dan Kerjaya (KKDK) namun setelah berborak baru saya mendapat tahu beliau juga merupakan salah seorang Ahli Majlis Perwakilan Mahasiswa UTM IC pada satu ketika dulu.
Pengisian program ini sangat sempurna dan padat serta sangat sesuai untuk semua golongan mahasiswa yang benar-benar ingin tahu tatacara menghadapi alam pekerjaan kelak. Info dan maklumat terkini berdasarkan 15 tahun dalm dunia industri beliau kongsikan sebagi panduan semasa program berlangsung.
Berikut adalah antara yang dikongsikan :
- Apa yang dimahukan oleh syarikat hari ini dalam resume pemohon.
- Bagaimana hendak menjawab dan menghadapi jurutemuduga yang penuh dengan soalan perangkap.
- Tatacara berpakaian yang betul dan mampu menarik perhatian penemuduga serta majlis-majlis rasmi.
- Arah tuju kerjaya yang sesuai dengan diri mahasiswa agar tidak tersilap pilihan.
- Dimana tempat-tempat yang sesuai dan perlu diberikan perhatian untuk mendapatkan pekerjaan.
Pengisian yang sangat berinformasi dan penuh dengan tips-tips penting yang kita perlu tahu. Sungguh, banyak yang mahasiswa hari ini tidak tahu bagaimana menjadikan diri ini lebih bersinar daripada yang lain dan mendahului yang lain untuk 0.01 saat.
InsyaAllah informasi yang saya dapati dalam program ini akan saya kongsikan kepada rakan-rakan yang lain. Semoga program ini dapat menjadi titik tolak penggerak utama dalam mencapai dan mengharungi alam pekerjaan kelak. InsyaAllah rezeki Allah itu ada di mana-mana sahaja.
Akhir kata, saya selaku salah seorang AJK Pelaksana memohon ampun dan maaf sekiranya berlaku sebarang kekurangan dalam program yang dianjurkan oleh kami. Baik dan buruk itu ketentuan Allah dan sudah pasti yang silap itu atas kesilapan kami. InsyaAllah akan diperbaiki pada masa hadapan. Bersama-samalah kita berusaha mencapai kejayaan.
Sekian.
" Cabaran Mahasiswa Mendepani Dunia Industri Masa Kini "
Yang berkhidmat,
Muhamad Khairul Fitri Bin Sarimin
Naib Presiden Kampus Antarabangsa
UTM International Campus Kuala Lumpur
Tel : 013-7859912
Emel : khairulfitri_mpmutm@live.utm.my
"Dan hendaklah ada di antara kamu segolongan umat yang menyeru kepada kebajikan, menyuruh kepada yang makruf dan mencegah dari yang munkar; merekalah orang-orang yang beruntung"{Surah Ali Imran : Ayat 104}
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
-Paparan Terhangat-
-
Jumaat,18Mac2011 - Majlis Perwakilan Mahasiswa UTM International Campus Kuala Lumpur sesi 10/11 telah mencuba salah satu daripada kemudaha...
-
kalau aku rindu izinkanlah aku berbicara pada bayu berpesan pada lagu agar terlerai rinduku bila sampai pada kamu kalau aku rindu sudila...
-
UTMotion merupakan salah satu inisiatif UTM kepada segala video-video program. Segala bentuk program yang dirakam dalam bentuk video boleh ...
-
Remaja. Remaja hari ini. Sentiasa ingin sahaja melakukan sesuatu perkara yang baru dalam hidupnya. Mencuba sesuatu yang baru itu adalah sal...
-
Jika ada sesiapa yang meminta Kasihmu, katakanlah ianya hanya pada Allah.. Jika ada sesiapa yang meminta Cintamu, katakanlah iany...
-
Andai di izinkan Tuhan.. aku mahu berada di situ duduk dan diam di atas gunung kebahagiaan permandangan yang indah perasaan yang tenang ha...
-
Artist - Faizal Tahir Song - Selamat Malam Biarkan berlalu Semua kepedihanmu Lelapkan matamu Biarkan mimpi membawamu Ke mana kau mah...
-
Lirik lagu Bliz – Mimpi Yang Mati Tak sengaja genggamanku terbuka Lantas ku gapai bintang yang berjuta Bintang yang kuimpikan menerangi T...
-
-hari ini tentang aku- hari ini dan seterusnya semua orang pun tahu tentang itu sebab semua orang pun boleh berfikir cuma yang membezak...
-
Firman Allah SWT, bermaksud "Jika kamu menolong (agama) Allah, nescaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu" (Surah Mu...
No comments:
Post a Comment