23 April 2012

Tibalah Masanya Kami Undur Diri.



Syukur Alhamdulillah. Setelah 3 Semester menabur khidmat dan bakti kepada mahasiswa dan Universiti. Akhirnya tiba jua masanya. Pembubaran Majlis Perwakilan Mahasiswa UTM. Terima kasih kami ucapkan kepada semua warga UTM khususnya yang banyak membantu kami dalam menjalankan amanah Allah di bumi UTM IC. Dan terima kasih kepada semua yang terlibat sama ada secara langsung ataupun tidak. Jasa kalian semua tidak dapat saya balas namun ia akan tetap tersemat di hati budi ini.

Terima Kasih. Terima Kasih. Terima Kasih.


Letih berjalan di tengah pekan,
Singgah sebentar di gerai siti,
Terima kasih kami ucapkan,
Atas segala jasa dan bakti.

Manifesto saya yang terakhir iaitu penyediaan dokumentasi setiap Ahli MPM dan hebahkan kepada mahasiswa. Saya sertakan sekali Laporan Tugasan mengikut Portfolio.


" Puteri bersiram ditepi perigi, Mencedok air berhati-hati, Izinkan  hamba berlalu pergi, Jangan ada dendam di hati "


Yang terakhir dari saya,

MUHAMAD KHAIRUL FITRI SARIMIN
Mantan Naib Presiden Kampus Antarabangsa
UTM International Campus
Kuala Lumpur.
Tel : 013-7859912
Emel : khairulfitri09@yahoo.com

1 comment:

Anonymous said...

Moga kami dapat orang seperti tuan kelak

-Paparan Terhangat-

Para Pujangga