Aku terasa nak menulis. Tapi aku tak tahu nak tulis tentang apa. Aku menaip apa sahaja yang terlintas di fikiran ni. Aku suka menulis. Aku juga suka membaca. Pada pandangan aku, seseorang yang suka menulis pasti suka membaca. Sebab membaca dapat meningkatkan kosa kata dan kemahiran menulis seseorang. Tapi seseorang yang suka membaca belum tentu suka menulis.
Kadang-kadang aku suka menulis untuk seseorang. Sebab nilai sebuah karangan itu lebih tinggi berbanding menulis bukan untuk siapa-siapa. Mungkin yang sedar nilai itu hanyalah diri sendiri dan seseorang itu. Tapi hati gembira dan bahagia bila menulis dan membacanya. Mungkin sebab perkara seperti inilah wujudnya novel-novel cinta yang kini terlalu banyak di kedai-kedai buku tempatan. Bila mereka meluahkan rasa sayang dan cintanya melalui penulisan. Cuma orang lain tak tahu apa yang ingin disampaikannya. Cuma susunan ayat-ayat cinta.
Kadang-kadang aku menulis untuk memberitahu orang lain. Sebab aku rasa sesuatu yang baik patut di war-war kan kepada orang lain. Atas dasar tanggungjawab dan nilai kemanusiaan. Mungkin atas dasar inilah maka ramai penulis menulis tentang sejarah, fakta dan kisah-kisah para anbiya. Kadang-kadang aku copy paste karya orang lain di blog aku. Sebab aku nak karya itu ada bersama aku. Hargai penulis berikut. Terima kasih.
Aku suka membaca. Dulu suka membaca komik. Cantik lukisannya hebat ceritanya. Tapi aku bukanlah tangan seni yang pandai melukis. Aku juga suka membaca mastika. Artikel yang pelik dan karya yang menarik. Hasil tulisan yang memberansangkan. Kadang-kadang cuma perkara biasa namun diolah menjadi sesuatu yang lain dan menarik. hebat. Selalu menceritakan permasalahan dunia dan negara.
Jika dulu membaca buku. Sekarang lebih gemar membaca blog-blog atau notes-notes di facebook. Sebab lebih mudah dan tidak berbayar. Teknologi di hujung jari katanya. Cuma kadang-kadang aku ni mungkin terlalu banyak mengambil tahu dan membaca sehingga terdapat juga artikel-artikel yang bercanggah dengan fahaman aku.Itu bahaya. Hanya yang tahu sahaja tahu apa yang berbeza.
Dalam tak sedar. Panjang juga aku dah menaip. Jari jemariku tetap meluncur laju bermain di keyboard laptop. Berbalik kepada tajuk. Menulis dan membaca. Sebenarnya memang tidak boleh dipisahkan menulis dan membaca. Bagai irama dan lagu yang sentiasa seiring dan sejalan bersama di taman keilmuan.Tetapi tidak pada membaca dan menulis.
Cukuplah sampai di sini. Akhir kata, membaca dan menulislah dengan hati. InsyaAllah di berkati. Sebarkanlah ilmu kebaikkan kepada umat manusia. Besar pahalanya. Rencana kali ini mungkin tiada faktanya tapi dalam maksudnya. Hanya yang celik akan tahu apa yang tersirat. Dunia tetap ditakdirkan akan kiamat.
Muhamad Khairul Fitri Bin Sarimin.
"Dan hendaklah ada di antara kamu segolongan umat yang menyeru kepada kebajikan, menyuruh kepada yang makruf dan mencegah dari yang munkar; merekalah orang-orang yang beruntung"{Surah Ali Imran : Ayat 104}
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
-Paparan Terhangat-
-
Hargailah Insan Yang Menyayangimu September 4, 2010 · Dunia ini tidak selalunya indah, itulah sebuah hakikat di dalam kehidupan ini. Ad...
-
PADAH SESIAPA YG B'SEMBANG SEMASA AZAN B'KUMANDANG..>>> by Ahlan Wasahlan سيتي فاطمه on Sunday, October 17, 2010 at 11:57...
-
Aku terlalu sayang kepadanya. Mungkin mereka tak tahu apa yang kita rasa bilamana kadang-kadang cakap pun tak guna sebab ia bukannya manusia...
-
KENYATAAN RASMI MPMUTM sesi 2010/2011 by Wan Frâny Muhtaddin Masbak on Tuesday, August 9, 2011 at 2:08pm. Salam dan salam sejahtera, ber...
-
Alhamdulillah malam tadi (11 Mac 2012) telah berlangsungnya Malam Pra Graduan UTM IC 2012. Jika pada tahun yang lepas malam MPG ini telah d...
-
Petikan kali ini adalah hal berkaitan dengan perkara simpan barang di kolej semasa cuti, permohonan bilik untuk semester hadapan dan pemulan...
-
Aku cari bukan harta bertimbun-timbun, Untuk hidup kaya, Aku cari bukan wang berjuta-juta, Untuk hidup bergaya, Aku cari bukan kawan-kawan,...
-
Jumaat,18Mac2011 - Majlis Perwakilan Mahasiswa UTM International Campus Kuala Lumpur sesi 10/11 telah mencuba salah satu daripada kemudaha...
-
Perhatian kepada semua mahasiswa UTM IC Kuala Lumpur. Notis makluman penyimpanan barang di kolej semasa cuti semester ini telah pun ditampal...
-
- النجاح سلم لا تستطيع تسلقه ويداك في جيبك… 1-Kamu tidak akan dapat memanjat tangga kejayaan dengan tangan didalam saku. - من يحاول يمسك ا...
2 comments:
Yup..menulis mampu meluahkan apa yang kita rasa..apa yang selama ini kita pendamkan..hanya mereka yang mengerti sahaja yang akan cuba mendalami maksud sebenar yang ingin disampaikan dalam sebuah penulisan...=)
bakat manusia berbeza...ada yang meluahkan seni melalui lisan,.ada juga yang meluahkan melalui berus lukisan..ada juga melalui ukiran...manusia yang penuh seni pemikiran...
Post a Comment