17 October 2011

:: Pengecualian 25% Kepada Mahasiswa Latihan Industri ::


Perhatian kepada semua mahasiswa UTM yang menjalani Latihan Industri dan tidak mendiami Kolej. Anda boleh memohon pengecualian 25% (Yuran Perkhidmatan Perpustakaan & Yuran Pusat Kesihatan).
Caranya : -
1. Dapatkan Surat Pengesahan Fakulti bahawa anda adalah mahasiswa Latihan Industri.
2.Bawa surat tersebut kepada pengetua kolej untuk dapatkan Surat Pengesahan Kolej, yang mengesahkan anda tidak mendiami kolej.
3. Bawa kedua-dua surat tersebut ke Pejabat Bendahari untuk pengecualian. Sebaik-baiknya pada awal semester atau rujuk terus kepada Pejabat Bendahari.

Kira-kira :
i)Yuran Perkhidmatan UTM adalah sebanyak RM 110 terdiri daripada :

-Yuran Perpustakaan = RM60
-Yuran Pusat Kesihatan = RM20
-Yuran Pelbagai = RM30

ii)Pengecualian 25% daripada Yuran Perpustakaan dan Yuran Pusat Kesihatan.

25% x (Yuran Perpustakaan + Yuran Pusat Kesihatan) = Yuran yang dikecualikan
25% x (RM60 + RM20) = RM20

iii) Mungkin jika dilihat dari segi nilainya adalah sedikit. Tapi itu lebih baik daripada tiada pengecualian dan nilai yang sedikit itu tetap bernilai. 

Sumber :1. http://aimsweb.utm.my/pengumuman/201020112/Pekeliling.pdf
             2. En.Mohd Sharil Bin Abdullah, Pengetua Kolej Kediaman Siswa Jaya
             3. Pejabat Bendahari UTM IC

" Mahasiswa Penggerak Kecemerlangan Universiti "


Yang berkhidmat,
Muhamad Khairul Fitri Bin Sarimin
Naib Presiden Kampus Antarabangsa
UTM International Campus Kuala Lumpur
Tel : 013-7859912     
Emel : khairulfitri_mpmutm@live.utm.my

No comments:

-Paparan Terhangat-

Para Pujangga