.Bismillahirahmanirrahim..
Assalamualaikum w.b.t. dan Salam Sejahtera dan Salam takzim UTM.
Dikesempatan ini, kami barisan Majlis Perwakilan Mahasiswa UTM IC ingin mengucapkan selamat bercuti dan selamat pulang ke kampung halaman kepada semua mahasiswa UTM IC khususnya, setelah berusaha gigih dan berusaha sehabis baik dalam menghadapi peperiksaan akhir baru-baru ini. InsyaAllah Kita akan memperoleh kejayaan yang cemerlang dan diberkati. Namun kepada mana-mana sahabat yang masih ada lagi kertas. Selamat maju jaya diucapkan dan teruskan usaha anda.
Kepada mahasiswa tahun akhir yang akan meninggalkan UTM IC dan bergraduasi. Tahniah kami ucapkan. Terima Kasih atas bantuan dan tunjuk ajar yang diberikan selama ini. Jasa kalian pasti akan dikenang. InsyaAllah andai sudah termaktub pasti kita akan berjumpa lagi. Kami di sini mendoakan kejayaan anda diluar sana. Jadilah seorang Alumni UTM IC yang budiman dan disegani.
Selain itu,selamat maju jaya juga kepada mahasiswa yang akan menjalani Latihan Industri pada semester hadapan dan mahasiswa yang kan menjalani semester pendek pada cuti ini. Laksanakanlah tugas anda dengan sebaiknya. Jagalah nama baik UTM IC dan tunjukkan kepada mereka kredibiliti mahasiswa kelahiran UTM IC ini.
Akhir kata, Diingatkan semula tarikh bermula kuliah bagi program diploma adalah 6Jun2011 dan bagi program Ijazah adalah 12Sept2011. Diharapkan semua dapat memanfaatkan cuti semester ini dengan perkara yang bermanfaat bersama keluarga masing-masing. Jangan lupa untuk jaga kesihatan dan pemakanan masing-masing. Bersama-samalah kita mencipta kecemerlangan Di UTM IC ini.
" Mahasiswa penggerak Kecemerlangan Universiti"
Ikhlas dari,
Majlis Perwakilan Mahasiswa (MPMUTM IC)
UTM International Campus
54100 Kuala lumpur
"Dan hendaklah ada di antara kamu segolongan umat yang menyeru kepada kebajikan, menyuruh kepada yang makruf dan mencegah dari yang munkar; merekalah orang-orang yang beruntung"{Surah Ali Imran : Ayat 104}
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
-Paparan Terhangat-
-
Hargailah Insan Yang Menyayangimu September 4, 2010 · Dunia ini tidak selalunya indah, itulah sebuah hakikat di dalam kehidupan ini. Ad...
-
PADAH SESIAPA YG B'SEMBANG SEMASA AZAN B'KUMANDANG..>>> by Ahlan Wasahlan سيتي فاطمه on Sunday, October 17, 2010 at 11:57...
-
Aku terlalu sayang kepadanya. Mungkin mereka tak tahu apa yang kita rasa bilamana kadang-kadang cakap pun tak guna sebab ia bukannya manusia...
-
KENYATAAN RASMI MPMUTM sesi 2010/2011 by Wan Frâny Muhtaddin Masbak on Tuesday, August 9, 2011 at 2:08pm. Salam dan salam sejahtera, ber...
-
Alhamdulillah malam tadi (11 Mac 2012) telah berlangsungnya Malam Pra Graduan UTM IC 2012. Jika pada tahun yang lepas malam MPG ini telah d...
-
Petikan kali ini adalah hal berkaitan dengan perkara simpan barang di kolej semasa cuti, permohonan bilik untuk semester hadapan dan pemulan...
-
Aku cari bukan harta bertimbun-timbun, Untuk hidup kaya, Aku cari bukan wang berjuta-juta, Untuk hidup bergaya, Aku cari bukan kawan-kawan,...
-
Jumaat,18Mac2011 - Majlis Perwakilan Mahasiswa UTM International Campus Kuala Lumpur sesi 10/11 telah mencuba salah satu daripada kemudaha...
-
Perhatian kepada semua mahasiswa UTM IC Kuala Lumpur. Notis makluman penyimpanan barang di kolej semasa cuti semester ini telah pun ditampal...
-
- النجاح سلم لا تستطيع تسلقه ويداك في جيبك… 1-Kamu tidak akan dapat memanjat tangga kejayaan dengan tangan didalam saku. - من يحاول يمسك ا...
2 comments:
nice
cuti..=,=
Post a Comment