"Dan hendaklah ada di antara kamu segolongan umat yang menyeru kepada kebajikan, menyuruh kepada yang makruf dan mencegah dari yang munkar; merekalah orang-orang yang beruntung"{Surah Ali Imran : Ayat 104}
23 May 2011
:: Selamat Berangkat Mencemar Duli ke UTM IC Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan agong ::
Barisan Majlis Perwakilan Mahasiswa ( MPMUTM ) dan seluruh warga UTM International Campus Kuala Lumpur mengucapkan selamat berangkat mencemar duli kepada Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong Al-Wathiqu Billah Tuanku Mizan Zainal Abidin Ibni Almarhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah bagi menyempurnakan Perasmian Sekolah Informatik Termaju (UTM AIS) dan Pelancaran Autobiografi Pro-Canselor UTM, Y.Bhg. Tan Sri Salleh Mohd Nor pada 24 Mei 2011 bersamaan 20 Jamadil Akhir 1432H bertempat di Dewan Besar UTM International Campus Kuala Lumpur.
Akan hadir bersama adalah YBhg. Prof. Dato’ Ir. Dr. Zaini bin Ujang, Naib Canselor UTM, Pengerusi Lembaga Pengarah dan Pro-Canselor- Pro-Canselor UTM, Menteri-menteri Persekutuan, Ketua Setiausaha Negara, Menteri-menteri Besar, Pegawai-pegawai UTM serta Barisan Majlis Perwakilan Mahasiswa UTM IC (MPMUTM) dan Barisan Presiden-presiden Persatuan UTM IC.
Semoga Majlis berjalan dengan lancar dan diberkati hendak-Nya Insya-Allah.
Ikhlas dari,
Muhamad Khairul Fitri Bin Sarimin
Naib Presiden Kampus Antarabangsa
Majlis Perwakilan Mahasiswa (MPMUTM IC)
UTM International Campus Kuala lumpur.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
-Paparan Terhangat-
-
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani, Semoga petikan ini tidak memberikan mudarat kepada yang lain, niatnya tidak l...
-
Dengan lafaz suci Bismillahirrahmanirrahim saya Muhamad Khairul Fitri Sarimin. Selaku penulis blog 'Nota Untuk Aku' secara ...
-
Peringatan Bersama Untuk Mahasiswa UTM IC Pada Hari Peperiksaan 1. Bangun awal dan sarapan pagi. Bangun awal dapat membantu dalam membek...
-
Hari-hari berlalu, sekali ke dasar lautan, sekali juga ke permukaan. Terlihat langit kebiruuan, sebiru warna laut ini. Jauhnya langit untuk...
-
Jumaat,18Mac2011 - Majlis Perwakilan Mahasiswa UTM International Campus Kuala Lumpur sesi 10/11 telah mencuba salah satu daripada kemudaha...
-
Jagalah hati.. carilah hatimu sewaktu membaca Al-Quran.. jika kau tak temui, carilah hatimu ketika mengerjakan solat... jika kau tak temui...
-
Menarik dan tertarik segala perhatian saya untuk mengulas sedikit tentang perkara ini. Perubahan dalam hidup? Sejauh manakah kita mampu untu...
-
".....Ya Allah, hadiahkanlah Cinta dan Kasih SayangMu demi memelihara kesejahteraan dan kebaikkan Insan ini, kerna ku tahu hanyaMu ...
-
Cek Keputusan Peperiksaan : 1. Anda perlu log in terlebih dahulu http://aimsweb.utm.my/ 2. Anda boleh lihat di senarai tampal atau keputu...
-
KENYATAAN RASMI MPMUTM sesi 2010/2011 by Wan Frâny Muhtaddin Masbak on Tuesday, August 9, 2011 at 2:08pm. Salam dan salam sejahtera, ber...
No comments:
Post a Comment