.Bismillahirahmanirrahim..
Assalamualaikum w.b.t. dan Salam Sejahtera dan Salam takzim UTM.
Dikesempatan ini, kami barisan Majlis Perwakilan Mahasiswa UTM IC ingin mengucapkan selamat bercuti dan selamat pulang ke kampung halaman kepada semua mahasiswa UTM IC khususnya, setelah berusaha gigih dan berusaha sehabis baik dalam menghadapi peperiksaan akhir baru-baru ini. InsyaAllah Kita akan memperoleh kejayaan yang cemerlang dan diberkati. Namun kepada mana-mana sahabat yang masih ada lagi kertas. Selamat maju jaya diucapkan dan teruskan usaha anda.
Kepada mahasiswa tahun akhir yang akan meninggalkan UTM IC dan bergraduasi. Tahniah kami ucapkan. Terima Kasih atas bantuan dan tunjuk ajar yang diberikan selama ini. Jasa kalian pasti akan dikenang. InsyaAllah andai sudah termaktub pasti kita akan berjumpa lagi. Kami di sini mendoakan kejayaan anda diluar sana. Jadilah seorang Alumni UTM IC yang budiman dan disegani.
Selain itu,selamat maju jaya juga kepada mahasiswa yang akan menjalani Latihan Industri pada semester hadapan dan mahasiswa yang kan menjalani semester pendek pada cuti ini. Laksanakanlah tugas anda dengan sebaiknya. Jagalah nama baik UTM IC dan tunjukkan kepada mereka kredibiliti mahasiswa kelahiran UTM IC ini.
Akhir kata, Diingatkan semula tarikh bermula kuliah bagi program diploma adalah 6Jun2011 dan bagi program Ijazah adalah 12Sept2011. Diharapkan semua dapat memanfaatkan cuti semester ini dengan perkara yang bermanfaat bersama keluarga masing-masing. Jangan lupa untuk jaga kesihatan dan pemakanan masing-masing. Bersama-samalah kita mencipta kecemerlangan Di UTM IC ini.
" Mahasiswa penggerak Kecemerlangan Universiti"
Ikhlas dari,
Majlis Perwakilan Mahasiswa (MPMUTM IC)
UTM International Campus
54100 Kuala lumpur
"Dan hendaklah ada di antara kamu segolongan umat yang menyeru kepada kebajikan, menyuruh kepada yang makruf dan mencegah dari yang munkar; merekalah orang-orang yang beruntung"{Surah Ali Imran : Ayat 104}
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
-Paparan Terhangat-
-
Cek Keputusan Peperiksaan : 1. Anda perlu log in terlebih dahulu http://aimsweb.utm.my/ 2. Anda boleh lihat di senarai tampal atau keputu...
-
KALAU SAYANG IBU, BACA LA , TAK LAMA PUN, 5 MINIT JE . Orang kata aku lahir dari perut mak ! (Bukan Org kata , memang betul) Bila dahaga...
-
Jumaat,18Mac2011 - Majlis Perwakilan Mahasiswa UTM International Campus Kuala Lumpur sesi 10/11 telah mencuba salah satu daripada kemudaha...
-
Aku terasa nak menulis. Tapi aku tak tahu nak tulis tentang apa. Aku menaip apa sahaja yang terlintas di fikiran ni. Aku suka menulis. Aku j...
-
Alhamdulillah malam tadi (11 Mac 2012) telah berlangsungnya Malam Pra Graduan UTM IC 2012. Jika pada tahun yang lepas malam MPG ini telah d...
-
GOODBYE BABY - HEY MISS CHENTA Disaat ini terkenang dirimu teringat kembali saat kita bertemu s...
-
Jam 6.30 petang. Mak berdiri di depan pintu. Wajah Mak kelihatan resah. Mak tunggu adik bungsu balik dari sekolah agama. Ayah baru ba...
-
Khamis,17Mac2011 - Majlis Perwakilan Mahasiswa UTM IC Sesi 10/11 telah menemui Penolong Pendaftar (Biasiswa & Kebajikan) di pejabatnya...
-
Rakan-rakan mahasiswa boleh baca maklumat di bawah; 1. Semua pelajar warga negara Malaysia yang berdaftar sebagai pelajar aktif di IPTA, I...
-
Remaja. Remaja hari ini. Sentiasa ingin sahaja melakukan sesuatu perkara yang baru dalam hidupnya. Mencuba sesuatu yang baru itu adalah sal...
2 comments:
nice
cuti..=,=
Post a Comment