24 November 2010

-Tenggelam Dalam Ego Sendiri-

Seringkali kita terfikir,
bagaimana mulia dan bersihnya hati Nabi,

Tetap senyum bila di benci,
tenang bila di musuhi,
membantu walau disakiti,
tetap menyeru walau di usir pergi,

Kenapa kita mudah benci bila di kasari,
putus asa bila yang dilakukan tak menjadi,
kecewa bila orang lain tak memahami,
terguris bila kita dinasihati,

Ayuh kita bangkit,
agar segala yang indah menghiasi peribadi,
kerna ikutan kita adalah Nabi,
itulah sifat hamba Allah yang hakiki.

Received :
06:41:36 a.m
24 Nov 2010

23 November 2010

-Dimanakah Kehebatan Seorang Jaguh-

Andalah jaguh. Dari amatur beralih kepada profesional. Dari jaguh kampungan beralih kepada arena pentas dunia. Dari hobi biasa menjadi karier ternama. Hilang hobi lamanya kerana sebati dengan jiwa naluri. Kini bersungguh-sungguh melaksanakan garapan cita-cita menjadi terkemuka dan tiada tandingan. Manusia sentiasa mahu jadi yang terhebat.

Sebenarnya, cuba kita renungkan. Dimanakah kehebatan seorang jaguh itu?. Jika Hang Tuah, tuahnya terletak pada huruf 'T' berdasarkan cerita Nujum Pak Belalang. Hilanglah Tuah jika huruf  'T' digantikan dengan huruf yang lain. Tetapi ini bukan cerita mahupun filem. Ini perkara yang nyata. Dunia realiti kehidupan seantero dunia.

Ada yang bercakap kehebatan itu terletak pada Kekuatan Diri. Mampu mengangkat bertan-tan beratnya. Benar,itu hebatnya. Namun,sama ada kita tahu atau tidak. Manusia hanya mampu mengangkat berat sehingga 3 kali ganda dari berat tubuhnya. Ternyata penganggkat berat sudah tentu mempunyai berat badan yang berat. Tetapi bagi peribadi saya. Ini belum cukup hebat!.

Muncul pula kata-kata. Kehebatan itu terletak pada Kepantasan Diri. Sungguh, andalah yang terhebat jika mampu bergerak pantas melebihi kepantasan Bullet train di Jepun. Berlari mengelilingi bumi sepantas mungkin tanpa rasa penat. Adakah mampu Usain Bolt menjadi seperti itu?  hebat! tetapi bagi saya elemen ini masih belum cukup hebat!

Kemudian datang seseorang berkata kepada saya. Strategi terbaik itulah kehebatan jaguh. Sejauh manakah kebenaran kata-kata manusia ini. Alasannya, Walaupun tanpa menggunakan kudrat mahupun tahap kehenseman yang tinggi, sekiranya strategi itu berkesan. Itulah kejayaan. Seperti para pemain futsal mahupun permainan TIC-TAC-TOE. Benar, manusia ini hebat kerana berfikir secara di luar kotak. Ataupun ini digelar strategi lautan biru. Maafkan saya, bagi saya unsur ini masih lagi belum gah untuk dikatakan hebat!

Ketelitian. Apakah yang dimaksudkan? Teliti ini bererti peka dengan keadaan sekeliling. Mengambil kira persekitaran dalam sesuatu mahupun semua hal. Malahan memanipulasikannya demi membantu diri ataupun persediaan diri demi mengelakkan perkara yang tidak diingini. Seperti Pemanah yang mengambil kira unsur angin dalam terjahan panah beliau. Tahniah,anda memang seorang yang bijak. Tapi bagi saya ini masih belum cukup hebat!

Sudah. Sebenarnya di manakah kehebatan seorang jaguh? Pandangan peribadi saya. Kehebatan seorang jaguh itu terletak pada Pemikiran Positifnya. Sekiranya dia berfikir dan yakin dengan keadaan dirinya. Dia mampu lakukan apa sahaja yang diinginkan. Kekuatan mentaliti itu mendorong melonjakkan usaha individu. Secara tidak langsung aspek ketelitian, Strategi, Kepantasan, dan Kekuatan akan terhasil dengan sendirinya. Maka lengkaplah dan andalah jaguh!

Akhir kata, biar sehebat manapun kita. Kita tetap lemah dan kecil. Kita tetap hamba Allah yang perlu mengikut perintah-Nya. Kita merancang, Allah jua yang menentukan. Tetapi telah termaktub di dalam firman-Nya, Allah akan memberikan kejayaan kepada mereka yang berusaha.(*sila rujuk Al-Quran). Oleh itu, berusahalah. Mudah-mudahan Allah akan mempermudahkan jalan kita. Insya-Allah.


Muhamad Khairul Fitri Bin Sarimin
Diploma Kejuruteraan Awam
Universiti Teknologi Malaysia International Campus

20 November 2010

-Padah Kepada Mereka Yang Bersembang Semasa Azan Berkumandang-

PADAH SESIAPA YG B'SEMBANG SEMASA AZAN B'KUMANDANG..>>>

by Ahlan Wasahlan سيتي فاطمه on Sunday, October 17, 2010 at 11:57pm

Kematian itu pasti menjelma.  Hanya masa dan waktunya yang tidak kitaketahui. Cuba kita amati.  Mengapa kebanyakan orang yg nazak, hampir ajal tidak dapat berkata apa-apa..  lidahnya kelu, keras dan hanya mimic mukanya yang menahan kesakitan 'sakaratul maut'.

Diriwayatkan sebuah hadis yg bermaksud:  "Hendaklah kamu mendiamkan diri ketika azan, jika tidak Allah akan kelukan lidahnya ketika maut menghampirinya."   Ini jelas menunjukkan, kita disarankan agar mendiamkan diri, jangan berkata apa-apa pun semasa azan berkumandang.  Sebagai orang beragama Islam  kita wajib menghormati azan.  Banyak fadhilatnya. Jika lagu  kebangsaan kita diajar agar berdiri tegak dan diamkan diri. Mengapa ketika azan  kita tidak boleh mendiamkan diri?  Lantas sesiapa yang berkata-kata ketika azan,  Allah akan kelukan lidahnya ketika nazak. Kita takut dengan kelunya lidah kita semasa ajal hampir tiba maka kita tidak dapat mengucap kalimah  "Lailahaillallah.." yang mana sesiapa yang dapat mengucapkan kalimah ini ketika nyawanya akan dicabut Allah dgn izinNya menjanjikan syurga untuk mereka. Dari itu marilah kita sama-sama menghormati azan dan mohon kepada Allah supaya lidah ini tidak kelu semasa nyawa kita sedang dicabut. "Ya Allah!  Anugerahkanlah kematian kami dengan kematian yang baik lagi mulia, lancarkan lidah kami mengucap kalimah "Lailahaillallah.." semasa sakaratul maut menghampiri kami.  Amin..  amin.. amin  Yarobbal a'lamin.."


WASIAT NABI MUHAMMAD S.A.W.  kepada SAIDINA ALI R.A.;

  Wahai Ali, bagi orang 'ALIM itu ada 3 tanda2nya:
1)   Jujur dalam berkata-kata.
2)   Menjauhi segala yg haram.
3)   Merendahkan diri.

Wahai Ali, bagi orang yg JUJUR itu ada 3 tanda2nya:
1)    Merahsiakan ibadahnya
2)    Merahsiakan sedekahnya.
3)    Merahsiakan ujian yg menimpanya.

Wahai Ali, bagi org yg TAKWA itu ada 3 tanda2nya:
1)    Takut berlaku dusta dan keji.
2)    Menjauhi kejahatan.
3)    Memohon yang halal kerana takut jatuh dalam keharaman.

Wahai Ali, bagi AHLI IBADAH itu ada 3 tanda2nya:
1)     Mengawasi dirinya.
2)     Menghisab dirinya.
3)     Memperbanyakkan ibadah kepada Allah s.w.t.

Wang RM50 atau S$50 kelihatan begitu besar bila dibawa ke kotak derma masjid, tetapi begitu kecil bila kita bawa ke supermarket.  45 minit terasa terlalu lama untuk berzikir tapi betapa pendeknya waktu itu untuk pertandingan bola sepak.  Semua insan ingin memasuki syurga  tetapi tidak ramai yang berfikir dan berbicara tentang bagaimana  untukmemasukinya. Kita boleh mengirimkan ribuan 'jokes' dan  'surat   berantai' melalui e-mail tetapi bila mengirimkan yang berkaitan   dengan ibadah seringkali berfikir 2 atau 3 kali.............

 salam mujahadah..(^^,)

18 November 2010

-Kolej Dan Rumah-

Ini ke'terbiasa'an dan mengarut..

Masa di kolej. Selalu tidur lewat atau kadang-kadang tak tidur langsung. Ulangkaji, assignment, mentelaah katanya. Tambahan dalam minggu peperiksaan akhir sem ni. Bila siang balun tidurlah ataupun selepas selesai sesuatu paper. Makan pun jarang-jarang. Tiada masa makan yang tetap. Sibuk dan tak ada masa lah katakan. Sebenarnya hujung sem masalah kewangan memang masalah utama. Keluar berjalan-jalan? lagilah tidak..haha..

Masa di rumah. Sudah. Nak tidur malam pun dah susah. Dah terbiasa, nak buat macam mana. Tapi bezanya di rumah, peratus tidur itu lebih tinggi. Alasan? qada' tidur masa di kolej. Jika di kolej macam tak cukup tidur. Kat rumahlah ganti masa tidur tu. Jadi janganlah terkejut kalau kami tak tidur malam atau asyik tidur sahaja ni. Makan pun begitu juga, boleh jadi kuat makan ataupun kurang makan. Bergantung kepada sama ada perasan kewujudan makanan kat rumah ataupun tak..haha..

Dulu ada hamba Allah ni cakap kat aku. Masa untuk solat tak boleh kompromi. Itu memang tepat. Masa keluar, masa tidur, masa makan. Boleh kompromi. Walaupun tanpa rela tapi maksudnya bisa diatur. Maksud di atur itu. Dirumahlah..haha

Entahlah, apa yang aku cakap ni lebih kepada diri aku. seseorang itu akan mudah berubah dengan persekitaran. Sama ada perubahan kecil atau pun besar. Kerana pilihan hidup kita hanya ada dua. Keperluan dan Kehendak. Mana dahulu, mana kemudian. Bergantung kepada situasi. Tetapi sering sahaja kehendak dibatasi dengan keperluan. 

Penting itu tidak penting kerana yang penting itu adalah lebih penting berbanding yang penting....

-SeMudah-


melangkah itu mudah,
 namun mencari arah itu yang terkadang payah,
 mencari jalan itu mudah, 
namun memahami destinasi itu yang susah, 
menyusuri susur itu mudah, 
namun menuju noktah itu pasti mendatangkan lelah.

Dalam semua hal ini,
 menjaga istiqamah itu paling payah, susah, dan lelah. Namun DIA tak meminta manusia melakukan yang terbaik, hanya perlu untuk melakukan yang terbaik, meletakkan sandaran dan keyakinan penuh kepada-NYA, lantas percaya DIA menguruskannya yang selebihnya. Agar jadi yang terbaik itu menjadi milik hamba-NYA. Memang perjalanan kita sentiasa di dalam lindungan dan penjagaan ALLAH s.w.t.
Amin.

Received :
11:12:31 p.m
14 Nov 2010

15 November 2010

-Motivasi Kejayaan - 3 Mindset Orang Yang Berjaya-

Motivasi Kejayaan - 3 Mindset Orang Yang Berjaya
written by HMp Hairi Hashim
Monday, 07 June 2010 12:28


Orang yang berjaya ada sikap berlainan, perangai berlainan.


Orang berjaya senang dikenalpasti kerana kelainan yang ditonjolkan oleh mereka kerana merekan ada 3 sikap yang dibentuk oleh 3 mindset berikut :


1.Sanggup bersusah payah untuk mencapai kejayaan diidamkannya.


Orang berjaya sanggup mendepani kesusahan dan perkara yang menyusahkan. Mereka tidak pernah merungut atau mengomplen sebab mereka tahu tak ada jalan mudah untuk berjaya. Mereka sanggup bersusah payah kerana mereka sedar, kesusahan itu hanya sementara.


2.Sanggup bekerja lebih lama dari orang lain di sekeliling.


Orang yang berjaya bekerja dalam masa yang lebih lama dari orang lain, biasanya mereka bekerja lebih dari 12 jam sehari, bahkan tak mustahil mencapai 16 jam sehari sehingga mereka terpaksa mengurangkan waktu tidur supaya boleh bekerja lebih lama. Dia biasanya bangun lebih awal dari orang lain, tidur lebih lambat dari orang lain.


3.Sanggup bekerja setiap hari walaupun pada hari cuti.


Orang berjaya tidak akan pernah berhenti bekerja dan berusaha selagi apa yang mereka mahukan tidak tercapai. Tidak ada istilah cuti-cuti, tidak ada perkataan relaks terlalu lama dalam kamus hidup mereka.


Inilah ciri-ciri sikap yang membezakan orang yang berpotensi untuk berjaya dengan orang biasa. Mereka hanya akan berehat pada waktu tidur, pada waktu sembahyang, pada waktu makan.


Mindset penting orang berjaya - sanggup berkorban untuk memperoleh kejayaan. Mereka korbankan masa bersantai-santai, masa berjalan-jalan dan masa untuk bersukaria untuk mencapai kejayaan idaman mereka.


Sumber : www.kuasakarektor.com

12 November 2010

-Penampilan Ketika Temu Duga Untuk Lelaki-

Selamat datang kepada dunia pekerjaan. Saya percaya rata-rata semua manusia di dunia ini akan beralih kepada dunia pekerjaan dalam apa sahaja jenis pekerjaan sekalipun mahupun ukuran umur. Secara kolektifnya terdapat juga sesetengah profesion pilihan ini perlu ditemu duga terlebih dahulu demi melihat perspektif kredibiliti individu yang memohon. Sebelum layak diserap ke jabatan pekerjaan terbabit.

Oleh itu, perhatian di sini beralih kepada penampilan pemohon itu sendiri ketika dan bila mana mahu pergi ke ruang  temu duga. Di sini saya meletakkan 8 aspek utama yang perlu dijaga ketika menghadapi temu duga :-

1. KASUT
Kasut yang sesuai adalah jenis gelap seperti hitam atau coklat dan perlu dipadankan dengan warna tali pinggang dan warna seluar yang di pakai. Kasut berjenis kulit bertali mahupun bersarung merupakan pilihan terbaik kerana ia cantik, tahan lama dan boleh digilap dan kelihatan kilat. Jika di tinjau dari sudut berbeza, penggunaan kasut yang bersih dan berkilat mampu menyerlahkan diri sebagai seorang yang menjaga kebersihan diri dan pemakaian.

2.STOKING
Pemakaian stoking itu wajib kerana anda akan kelihatan selekeh jika tidak memakai stoking. Pilihan warna stoking hendaklah berwarna gelap dan sesuai dengan warna seluar yang dipakai. Sebaiknya pakailah stoking baru atau stoking yang bersih demi mengelakkan bau yang kurang menyenangkan sekiranya memakai stoking yang tidak bersih. Secara tidak langsung akan mengganggu keselesaan orang lain.

3.JAM TANGAN
Jam tangan merupakan salah satu aksesori terpenting dalam menghadapi temu duga. kerana pemakaian jam tangan dapat memperlihatkan bahawa anda merupakan individu yang menjaga masa dan mementingkan masa. Pemilihan jam tangan hendaklah ke arah yang matang seperti jam tangan yang berbentuk nipis, ringkas dan berjenama. Penggunaan jam tangan jenis kartun mahupun sporty adalah tidak sesuai.

4.PEN
Selitkan sebatang pen di kocek kemeja anda. Selain dijadikan aksesori ini dapat menunjukkan anda seorang yang suka mencatat sebarang perkara yang diperlukan. Tambahan, pen dapat membantu anda mencatat apa sahaja perkara sama ada sebelum,semasa dan selepas sesi temu duga.

5.PEWANGI
Bau-bauan juga elemen penting bagi lelaki metroseksual. Pemakaian pewangi yang lembut dapat memberi keselesaan kepada diri,orang lain mahupun penemu duga tersebut. Pakailah juga deodoran bagi mengelakkan timbulnya bau badan yang kurang menyenangkan kepada diri dan orang lain.

6.WAJAH
Muka pemohon hendaklah bersih. Tidak berminyak atau comot. Sekiranya berpeluh, gunakan sapu tangan untuk mengelap. Sekiranya mempunyai kumis dan misai eloklah jika dirapikan atau di cukur terlebih dahulu. Potong pendek dan kemas bagi menyesuaikan keadaan rambut ketika temu duga. Aspek ini mamapu menonjolkan anda merupakan seorang yang kemas, segak dan bergaya.


7.KEBERSIHAN DIRI
Pastikan anda menjaga kebersihan diri sebelum ke tempat temu duga. Syampu rambut dan mandi dengan memakai sabun mandian. Hal ini mampu memperlihatkan kesegaran diri anda dan meluputkan bau-bau badan yang tidak diperlukan.

8.SENYUMAN
Yang terakhir adalah senyuman. Senyumlah dengan manis kerana senyuman itu mampu menambat sesiapa sahaja dan mampu memperjelaskan anda seorang yang mesra dalam pergaulan di samping menjaga tingkah laku dan tutur bicara.

Secara keseluruhan, penampilan itu sangat penting kepada semua calon. Penampilan yang tepat mampu menarik perhatian penemu duga dan mampu membantu anda melepasi temu duga dengan baik serta beroleh kejayaan. Seterusnya impian dapat di capai. Diingatkan di sini, penampilan diri melambangkan imej dan keperibadian individu itu. Insya Allah, Allah akan memberikan kejayaan kepada mereka yang berusaha. Amin.


Muhamad Khairul Fitri Bin Sarimin
Diploma Kejuruteraan Awam
Universiti Teknologi Malaysia International Campus.


Sumber rujukan : Berita Harian Varsiti edisi-44

09 November 2010

-10 Tabiat Yang Merosakkan Otak Kita-

10 tabiat rosakkan otak.


by Redzuanah Za on Sunday, November 7, 2010 at 8:14pm

1. Tidak mengambil sarapan pagi
  • Apabila seseorang tidak mengambil sarapan pagi, paras gula dalam darah akan menjadi rendah. Ini akan mengakibatkan kekurangan bekalan nutrisi pada otak dan menjadikannya kurang aktif.
2. Terlebih makan
  • Ia akan membebankan pembuluh darah otak dan mengurangkan kuasa mental otak.
3. Perokok
  • Asap rokok akan mengakibatkan sel-sel otak terjejas atau terbakar dan boleh mengakibatkan penyakit ‘Alzheimer’.
4. Penggunaan gula yang berlebihan
  • Pengambilan gula secara berlebihan akan mengganggu penyerapan protein dan nutrisi. Selain daripada itu, ia akan mengganggu perkembangan otak yang sihat.
5. Pencemaran udara
  • Otak adalah pengguna oksigen terbesar dalam badan manusia. Pencemaran udara boleh menyebabkan pengurangan bekalan oksigen ke otak dan keaktifan otak.
6. Terlebih tidur
  • Tidur adalah bagus untuk merehatkan otak tetapi masa tidur yang panjang boleh mengakibatkan sel-sel otak kita mati.
7. Menutup muka ketika tidur
  • Tidur sambil menutup muka akan mengakibatkan otak menerima lebih banyak karbon dioksida berbanding oksigen dan ini akan membawa kerosakan kepada otak.
8. Membiarkan otak bekerja semasa kita berada di dalam keadaan kurang sihat
  • Bekerja semasa anda kurang sihat boleh mengurangkan keberkesanan otak dan juga membawa kerosakan kepada sel-sel otak.
9. Kurang berimiginasi
  • Berfikir adalah satu cara terbaik untuk melatih otak kita. Kurangnya berimiginasi boleh menyebabkan tahap kecerdasan/keaktifan otak menurun.
10. Jarang berfikir
  • Jarang berfikir akan menyebabkan otak kita kurang aktif. Oleh itu, perbincangan yang membina boleh menambah keberkesanan kecerdasan otak kita.


-Kemahiran Yang Perlu Ada Pada Mahasiswa Dari Segi Akademik-

Mahasiswa perlu menyerlah seiring dengan gelarannya. Dalam sedar atau tidak bukan mudah untuk bergelar seorang mahasiswa. Setiap individu lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) bagi yang memohon akan melalui sistem meritokrasi iaitu sistem pemilihan berdasarkan pencapaian akademik dan 10% adalah daripada penglibatan kokurikulum sebelum diserap ke IPT. Diingatkan bahawa tiada kompromi mahupun kepincangan pilih kasih dan rasuah di sini. Semuanya berdasarkan fakta dan rekod individu itu sendiri.

Sementelahan itu bagi mereka yang sudah bergelar mahasiswa, Tahniah diucapkan. Namun sedarilah peluang ini. Jangan dipersia-siakan kerana ramai yang menangis atas kemasukkan kita ke universiti. Oleh itu, tingkatkanlah prestasi di institut pengajian tinggi ini kerana andalah pemangkin masa hadapan dan andalah bakal pemimpin tersohor masa hadapan. Galas cabaran dan tanggungjawab ini sebaiknya kerana orang ramai dan pihak kerajaan amat mengharapkan anda. Sesungguhnya amanah itu adalah yang paling berat sekali.

Namun, tahun demi tahun statistik pendidikan menunjukkan mahasiswa masih di tahap lesu dan lemah dari segi akademik dan Melayu khususnya. Adakah mereka seperti ini yang diharapkan negara? Kepada mahasiswa-mahasiswa sekalian bangkitlah ke satu era yang baru. Terimalah kenyataan dunia hari ini. Di mana, anda yang kurang ilmu akan ketinggalan, dipijak dan diperbodohankan oleh golongan yang cerdik pandai dengan kata-kata nista dan berputar alam.

Di sini saya saya telah menggariskan 4 aspek yang perlu di kuasai dalam skop kemahiran Akademik :


1.PEMBELAJARAN BERKESAN
Pertama sekali adalah penyediaan lokasi pembelajaran yang kondusif dan sesuai dengan mood belajar. Sekaligus dapat membangkitkan semangat belajar dan berkekalan. Selain itu pembelajaran berkesan adalah memberi tumpuan penuh semasa di kuliah dan ulangkaji pelajaran dalam lingkungan masa 10 jam selepas kuliah dan adalah lebih baik jika mengulangkaji pelajaran sebaik sahaja tamat sesi kuliah. Daya ingatan manusia akan berkurangan dari semasa ke semasa, maka lakukanlah ulangkaji seawalnya. Suka untuk mengingatkan Study Last Minutes itu bukan lah satu langkah bijak jika dipraktikkan oleh golongan mahasiswa yang berilmu.

2.KEMAHIRAN KENDALIAN KAJIAN
Dalam kendalian kajian kita seharusnya melakukan secara menyeluruh. Kerja kursus adalah salah satu contoh kendalian kajian. Kita perlu menyelidiki beberapa perkara dengan merujuk kepada pelbagai jenis buku, melayari laman sesawang mahupun survey responden ataupun melawat ke agensi-agensi berkaitan. Erti kata lain kita tidak boleh hanya tertumpu kepada satu sumber rujukan sahaja. Sebagai tambahan, sumber rujukan kita hendaklah fakta sahih dan mengikuti peredaran zaman dan bukannya sesuatu yang telah ketinggalan zaman.

3.KEMAHIRAN PENULISAN ILMIAH
Penulisan ilmiah bukanlah satu perkara yang boleh dipandang enteng oleh kita. Kerana penulisan dapat membantu kita untuk mengingati sesuatu nota yang ditulis. Menulis nota merupakan salah satu yang dikatakan Study Smart. Di tambah lagi dengan penulisan yang kemas, mudah di baca dan ringkas. Selain itu faktor warna juga dapat membantu ingatan sebanyak 78%. Justeru itu, perindahkanlah nota-nota kita dengan keharmonian warna-warna.

4.MENGUASAI PEPERIKSAAN 
Peperiksaan. Pertama sekali adalah jaga kesihatan, sediakan peralatan yang diperlukan dan tiba awal dan tidak tergesa-gesa. Terburu-buru itu merupakan petanda awal yang akan mengganggu konsentrasi semasa menjawab soalan. Apa yang penting ketika di dewan peperiksaan adalah berdoa dan berselawat terlebih dahulu. Kemudian baca kesemua soalan sebelum menjawab. Tulis semua formula penting bagi mengelakkan penyakit lupa. Sekiranya berbentuk artikel, gariskan isi-isi penting. Berwaspada kepada soalan yang mempunyai perkataan BUKAN, KECUALI, TIDAK dan seumpamanya kerana sering kali kita terlepas pandang. Akhir sekali bertawakallah kepada Allah atas usaha bersungguh-sungguh yang telah kita lakukan.

Penutup kata dari saya, Bersama-samalah kita mempertingkatkan kemahiran akademik kita demi mencapai sasaran dan tanggungjawab kita selaku mahasiswa. Beramallah dengan ilmu kita. Insya Allah, Allah akan mempermudahkan urusan mereka yang mencari ilmu kebaikkan.

"Tanpa ilmu dan harta itu sampah, Mempunyai harta tanpa ilmu itu alat, Mempunyai ilmu tanpa harta itu hamba, Dan mempunyai ilmudan harta itu tuan "

-Saidina Ali r.a-


Muhamad Khairul Fitri Bin Sarimin
Diploma Kejuruteraan Awam
Universiti Teknologi Malaysia International Campus


08 November 2010

-10 Things You Should Know About A True Blue Johorean-

10 Things You Should Know About A True Blue Johorean




by Kawan Kota Tinggi on Tuesday, September 28, 2010 at 1:57pm

1. They end 9 out of 10 sentences with Ekkk… Ekk ialah trademark orang Johor. Digunakan di hujung SETIAP ayat menggantikan tanda soal (question mark). Contoh :- Ni awak punyer ekk? Nama awak saper ekk? Kenapa kite kaler tak cantik ekk ? Dan macam-macam ekk lagi. Aku teringat semasa aku sekolah dulu, aku dan member sebelah aku boring yang amat di dalam kelas, so to keep us awake, kami dok mengira berapa kali Cikgu sebut ekk. In a period of 40 minutes, dekat 100 kali! Lepas tu kami gelarkan Cikgu tu as Cikgu Fadzillah* Ekk. (*bukan nama sebenar).

2. They refer to Johor Bahru as Johor and not JB. Kalau orang di negeri Johor sebut Johor, it meant Johor Bahru (JB), the city dan bukan Johor, the state. Biasa digunakan oleh mereka yang tinggal di luar Bandar Johor Baru seperti di Masai- chusettes umpamanya. Contoh : Beb, gua nak turun Johor laa. Lu mahu ikut gua tak? So, if you ARE already in Johor, tak kira di daerah mana – if the locals kata nak pergi Johor, it means nak ke Johor Bahru. Jangan pulak buat lawak bongok** berkata, ” Eh, lu kan dah ada kat Johor?” Or worse, jangan memandai nak tambah ekk with that question.

3. They pronounce Muar as MUOR. (kena juih bibir sikit) In fact you pronounce everything that ends with “AR” as “OR”. Contoh : Aku kena pakai seluor besor untuk main bola kat Bandor Muor besok. (Aku kena pakai seluar besar nak main bola di Bandar Muar besok). Aku teringat Kakak tegur aku bila aku cakap macam tu. Kenapa Mama sebut besar, BESOR ? Slipper , SLIPPOR ? Aku tergelak. Aku Cuma speak like that bila berjumpa dengan true blue Johorean aje. Lapo (lapar), penampor (penampar), ulor (ular), pagor (pagar) dan lain-lain.

4. They are brash with a CRAZY sense of humour. Honestly, I belum pernah jumpa orang Johor yang serious or square to a T. Or cannot take a joke. Walaupun pendiam atau pemalu , but their sense of humour boleh tahan gak. Almost all of them (yang aku jumpa dan kenal lah) are either loyar buruk or bigor **. Baik di kampung mahu di Bandar. The sense of humour is unique that I find kadang-kadang orang luar (non-Johorean) agak takut with the brashness of budak-budak Johor. (Did you see Majalah 3 the other night – see how Tunku Yem (nama manja Tunku Mahkota Johor) bercerita pasal anakanda dia Tunku Ismail ? Haha…. that is exactly my point!)

5. Diorang ada ENDUT **. Kalau tak pernah berendut, sure pernah ada endut or busuk-busuk pun teringin nak ada endut. Contoh ayat : Haa…kau dah ada endut yer ? Kau pergi berendut kat mana ? Orang berendut dia pun nak berendut.

6. Diorang Makan Gula Tarik, Sagun, Gula Kandy, Bobotok….Dah lama aku tak tengok atau makan gula tarik, sagun or kandy. Ada lagi ke bebenda ni kat Johor ? Aku tak boleh nak describe dengan teliti these things cos it has been 30 years since I last tasted them. Seperti Kak P cakap – makanan seperti botok botok. Kalau out of Johor, botok-botok dikenali dengan nama PAIS IKAN. Jangan tanya aku how to describe the ingredients cos aku tak berapa gemar makan sebab guna banyak sangat daun ( aku tak suka makan sayur – especially ulam). Yang aku tahu – pakai daun segala daun, termasuk daun betik dan gunakan kari ikan and balut dengan daun-daun tu dan kukus. Aku pernah tanya my Dad dulu – kenapa buruk benor nama dia bebotok. Then my Dad cerita : Di zaman dulu ada seorang nenek yang tinggal seorang diri. Everyday cucu dia akan datang bawak makanan. Nenek ini suka sangat pais ikan dengan bubur so dia suruh cucu ni bawak tetiap hari. Bila cucu tu bawak makanan lain, Nenek akan tanya “Mana Bubur Tok? “. Lama-lama Bubur Tok jadilah Bebotok – kesan dari cakap cepat-cepat. Itulah ceritanya. Aku kecik lagi masa my Dad cerita tu. So, kalau dia kelentong aku – maka kelentonglah cerita bebotok tu. Sekian adanya.

7. Pernah (or berangan nak) jadi Mat Rock. Aku rasa sebab kedudukan Johor dekat dengan Singapore, sebab itulah pengaruh Barat di Malaysia masuk melalui Johor dulu. Itu teori aku lah. But kalau ikutkan sejarah Johor, Sultan yang mula-mula kawin dengan Mat Salleh pun Sultan Johor (Almarhum). So, tak heranlah kalau kumpulan Rock kat Malaysia ini semua ada susur galur dari Johor. Amy, Zainal Abidin, Nash etc. Boleh pakai ke teori aku ni? Jangan aku kena pancung dengan Sultan, dah ler. Ampun Tuanku!

8. Kenduri Kawin Ada Telur Pindang.. Telur pindang ialah telur ayam yang direbus dengan segala macam rempah dan dedaun untuk mendapatkan that special taste. Lepas rebus, telur akan berwarna cokelat. Both kulit dan isi. I don’t like to eat telur pindang, so I cannot to describe the taste. Normally orang buat telur pindang ni for special occasion, seperti majlis perkahwinan. Zaman dulu-dulu, you can tell the social class of the tuan rumah – normally orang kaya-kaya jer buat telur pindang ni sebab ianya rumit dan makan masa berjam-jam therefore menggunakan kos yang tinggi.

9. Tidur atas LECA** (rhyme with letak and baca, the non-baku way). Baju simpan dalam GEROBOK **.

10. They never watch RTM sebab semua cerita dah tengok kat TV Singapore n indonesia!!! When I was growing up, aku cukup suka tengok TV Singapore sebab iklan dia semua dari overseas, very menarik. Besides the cerita yang terkinilah. Yang aku suka ialah iklan jeans Levi’s ( Let your love flow), iklan lagu Coke ( I’d like to build the world a home), iklan Kodak (Times of Your Life -Paul Anka ). Paling syok ialah masa Christmas, iklan dan lagu semua best-best. (But itu dulu, sekarang aku rasa semua rancangan sudah semasa.) Well, TV Singapore cuma dapat ditengok oleh penduduk JB dan kawasan yang sewaktu dengannya. As you go further up north (of Johor), you can see aerial TV semua setinggi pokok kelapa – semata-mata nak dapatkan siaran from Singapore n indonesia!…tv3 bru nk kluakn cter malin kundang kite dah bis tgk Apa lagi EKK?

Kamus Johor :
Saing - pergi bersama2..”nnt kite saing ehh pi sekolah” Bongok – bodoh Bigor – gila-gila, contoh :- Apek Senario tu macam budak BIGOR ekk ? Endut – makwe/pakwe. Awek/balak. Boifren/girlfren. Boleh digunakan tanpa mengira jantina.
Berendut - berpasangan. Pergi berendut- dating.
Botok-botok, bebotok – sejenis makanan menggunakan ikan, ditambah memacam dedaun, letak serbuk kari (don’t ask me – aku tak reti buat) dan dibalut dengan daun betik, diikat dengan sebelum dikukus. Alah, macam Pais Ikan tuh.
Leca - tilam. Normally dibuat sendiri menggunakan kekabu (orang zaman dulu-dulu semua DIY – tak ada Vono, Slumberland ).
GerobokGobok -Almari. Tak kiralah simpan kain baju ke, simpan pinggan mangkok ke. Sajak sesuai @ tidak -bkn puisi tau!!…cm nih ayat die..’sajak x beg nih pki ngn bju ni??”
roti perata – roti canai
semangka -tembikai
epok2 -karipap

Sekadar berkongsi mungkin ramai yang tahu tapi xperasan

07 November 2010

-Usah Malu Wahai Anakku-

Usah Malu Wahai Anakku!.

Jum, 05 Nov 2010 20:55
Fathi Yusuf & Ros Izanuri
Editor: kasihsayang

Kanak-kanak sudah menunjukkan tanda-tanda malu sejak berumur empat bulan lagi. Rasa malu itu secara semulajadi semakin berkembang selari dengan tumbesarannya.

Telatah malu ini boleh dikesan bila dia bertemu dengan seseorang yang baru dikenali atau ketika dia menjadi tumpuan dan sebagainya. Kadang-kadang dia memalingkan muka, tersenyum simpul, menundukkan kepala atau menekup tangannya ke muka.

Dalam situasi lain pula, kita perhatikan anak-anak ini petah dan ramah bila di rumah, namun senyap dan membisu bila di depan orang ramai. Semua ini adalah tanda-tanda perkembangan perasaan malu dalam diri anak-anak.

Sesetengah ibu bapa tidak menyedari hakikat perasaan malu yang mencengkam anak-anak ini, lantas tidak berusaha untuk mengatasinya. Hasilnya anak-anak itu menjadi pemalu tidak bertempat, tiada ketrampilan diri dan kurang keyakinan diri.

Lebih malang lagi mereka menjadi pasif dan enggan bergaul dengan orang ramai. Sedangkan, sebagai seorang muslim dia seharusnya mempunyai keberanian dan keyakinan diri untuk berperanan membimbing dan memimpin masyarakat.

Malu Itu Iman

Tidak dinafikan bahawa malu itu adalah benteng yang dapat mengelakkan anak-anak dari melakukan maksiat. Bahkan perasaan malu dari melakukan maksiat itu adalah sebahagian dari iman.

Dalam hal ini Rasulullah SAW bersabda:

"Malulah kepada Allah dengan sebenar-benar malu." Para sahabat menjawab: "Kami memang malu kepada Allah, wahai Rasulullah, alhamdulillah." Baginda berbicara lagi:

"Bukan itu yang aku maksudkan. Malu kepada Allah dengan sebanar-benar malu ialah: Engkau memelihara kepala dan apa yang difikirkan, engkau memelihara perut dan apa yang diisikan ke dalamnya, engkau mengingati mati dan segala kehancurannya. Dan barangsiapa yang inginkan akhirat, dia tinggalkan perhiasan kehidupan, dan dia utamakan akhirat dari dunia. Barangsiapa yang melakukan sedemikian barulah dikatakan dia malu kepada Allah dengan sebenar-benar malu."

Malu yang dimaksudkan di atas ialah malu dari mengingkari perintah Allah dan malu dari melakukan kejahatan. Ini bermakna, perasaan malu yang memang ada dalam diri anak-anak itu perlu dipupuk agar dimanfaatkan untuk menjaga maruah diri, menjauhi maksiat dan mendekatkan diri dengan Allah. Namun malu itu, di samping boleh menjadi perisai kejahatan, ia juga boleh menjadi penghalang kebaikan.

Biar Bertempat

Ibu bapa berperanan untuk membimbing anak-anak menggunakan perasaan malu dengan betul. Pertamanya, mereka perlu tahu bahawa malu itu boleh membawa kebaikan dan keburukan. Mereka perlu diberitahu bahawa ada tika mereka perlu malu dan ada tika mereka perlu membuang perasan malu. Batas-batas syariat perlu diajar, agar mereka boleh tahu mana malu kerana Allah dan mana malu yang semata-mata datang dari perasan.

Setelah itu ibu bapa perlu berusaha untuk mengikis perasaan malu pada tempat dan suasana yang tidak perlu malu. Contohnya, malu untuk berinteraksi dengan tetamu, malu untuk bertanya soalan dalam kelas, malu untuk memberikan pendapat, malu untuk menjadi imam, malu untuk menyertai pertandingan dan sebagainya.

Ibu bapa boleh mengikis perasaan malu dengan mendedahkan anak-anak bergaul dengan orang ramai sama ada rakan sebaya atau dengan orang yang lebih dewasa. Mereka perlu dibiasakan dengan tatabudaya dan adab bicara dengan tetamu dan orang yang diziarahi. Galakkan dia berinterksi dengan berani dan bebas.

Selain itu ibu bapa perlu mendorong anak-anak agar mengambil bahagian aktif di selolah, baik dalam kelas mahu pun dalam aktiviti ko-kurikulum. Galakkan mereka bertanya soalan kepada guru, memberikan pendapat serta terlibat aktif dalam aktiviti sekolah. Jika berpeluang doronglah mereka menyertai pertandingan atau persembahan supaya mereka menjadi berani dan tidak malu.

Kisah Ibnu Umar

Dalam Sahih Bukhari terdapat satu hadis yang mengisahkan Abdullah bin Umar ketika dia masih kanak-kanak. Dia meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW pernah berkata dihadapan sahabat-sahabat:

"Sesungguhnya ada di antara pohon-pohon, sebuah pohon yang tidak gugur daunnya, dan itulah umpama seorang muslim, maka nyatakan kepada ku apakah pokok itu? Para sahabat masing-masing menyangka pohon itu adalah pohon yang terdapat di pendalaman. Abdullah bin Umar berkata:

"Saya telah mengagak di dalam hati saya bahawa pohon itu adalah pohon kurma, namun saya malu untuk mengucapkannya."

Lalu para sahabat berkata: "Beritahulah kami apakah pohon itu ya Rasulullah!"

Jawab Baginda: "Itulah pohon kurma!"

Abdullah bin Umar berkata dalam riwayat lain:

Saya melihat Abu Bakar dan Umar tidak mengatakan apa-apa, maka saya tidak ingin mengatakannya. Apabila pulang, saya memberitahu bapa saya (Umar Al-Khattab) tentang apa yang saya fikirkan dalam hati saya tadi. Lantas, bapaku menjawab: "Andaikata engkau menjawab tadi, sesungguhnya itulah yang aku lebih sukai dari mendapat unta merah!"

Nah, lihatlah betapa Sayyidina Umar amat menggalakkan agar anaknya yang masih kecil ini untuk berani menyuarakan pendapatnya. Demikianlah dorongan seorang sahabat besar kepada anaknya agar menjadi berani dan tidak malu.

Si Kecil Yang Petah

Terdapat satu kisah menarik pada zaman Khalifah Umar bin Abdul Aziz yang menunjukkan kejayaan anak kecil mengikis perasaan malunya untuk berbicara di hadapan seorang pemimpin utama negara.

Di awal pemerintahan Umar, satu rombongan dari Hijjaz telah datang untuk bertemu baginda. Rombongan itu menyerahkan tugas untuk bercakap mewakili mereka kepada seorang kanak-kanak yang belum sampai usia 11 tahun. Melihat hal itu, Khalifah Umar berkata kepadanya: "Berundurlah engkau dulu, agar orang yang lebih dewasa tampil ke hadapan."

Maka berkatalah si anak kecil itu: "Moga-moga Allah mengekalkanmu wahai Amirul Mukminin! Sebenarnya manusia itu dihitung dengan dua anggota yang paling kecil baginya: iaitu hatinya dan lidahnya. Jika Allah sudah mengurniakan si hamba itu lidah yang petah, dan hati yang kuat ingatan, maka sudah tentu dia berhak bercakap. Wahai Amirul Mukminin, andaikata semua perkara diukur dengan umur, nescaya ada orang lain yang lebih berhak daripada mu untuk jawatanmu ini!"

Akhirnya Khalifah Umar Abdul Aziz akur kerana sangat kagum dan terharu dengan kebolehan salah seorang rakyatnya yang masih kecil itu. Lantas dia bermadah:

Belajarlah, kerna tiada manusia lahirnya berilmu,
Dan si alim itu tidak sama dengan si jahil dungu,

Sesungguhnya pemimpin yang gersang ilmu itu,
Dipandang kecil bila dikelilingi mereka yang serba tahu.

Kisah di atas menggambarkan potensi yang ada pada anak kecil yang berjaya digarap dengan hilangnya perasaan malu. Sesungguhnya ia berlaku hasil didikan ibu bapa yang gigih melatih anak-anak supaya berani, berketrampilan dan tidak malu untuk melakukan perkara yang baik.

Kesimpulannya, ibu bapa yang mahukan anak-anaknya hebat, cemerlang dan memimpin masyarakat suatu hari nanti perlulah mendidik anak supaya tidak malu tak bertempat. Perasaan malu boleh dikikis dengan latihan dan pendedahan berterusan oleh ibu bapa. Usaha pendidikan begini penting bukan sahaja untuk kebaikan ibu bapa itu, bahkan juga untuk maslahah ummah yang memerlukan penggerak dan pemimpin ummah yang berkesedaran dan cemerlang.


- Artikel iluvislam.com - http://www.iluvislam.com/keluarga/ibu-bapa/1091-usah-malu-wahai-anakku.html


Biodata KolumnisUstaz Fathi Yusuf merupakan graduan ijazah Undang-Undang Syariah UIAM dan master Undang-Undang UKM manakala isterinya, Ustazah Ros Izanuri Jamaluddin merupakan graduan Bahasa Arab UIAM. Ustaz Fathi sedang melanjutkan pelajaran dalam bidang PhD di UIAM manakala Ustazah Ros Izanuri mengajar di SMK Taman Melawati, Kuala Lumpur.

06 November 2010

-MyBrain15 : Apakah Tindakan Universiti?-

MyBrain15 : Apakah tindakan Universiti?*

1.      Menggalakkan kolaborasi penyelidikan antara pelajar Malaysia dan pelajar antarabangsa di universiti penyelidikan tersohor dunia.

2.      Menawarkan program PhD dalam bidang-bidang perintis sains dan teknologi serta memfokuskan penyelidikan yang bersifat ‘indigenous-based’.

3.      Mewujudkan mod program PhD bukan-konvensional, seperti program penyelidikan gunaan berdasarkan industri.

4.      Mewajibkan nisbah penyelia: pelajar PhD kepada 1:5.

5.      Mewajibkan pengalaman penyelidikan di makmal luar negara kepada pelajar PhD (bagi bidang pengajian yang relevan).

6.      Mengusahakan kolaborasi dengan industri bagi memberi pengalaman kepada ahli akademik agar penyelidikan yang dijalankan relevan dengan keperluan dan fokus industri.

7.      Mewujudkan kolaborasi antara universiti dan makmal penyelidikan komersil di sektor swasta dan institut penyelidikan.

8.      Memberi insentif kepada ahli akademik yang berjaya mengkomersilkan dan mempatenkan produk.

9.      Memastikan penyelia PhD mempunyai kompetensi penyeliaan yang tinggi.

10.  Mengambil pelajar cemerlang dari seluruh pelusuk dunia untuk pengajian PhD di IPT Malaysia.

11.  Mengambil profesor tersohor dunia sebagai staf universiti untuk menarik lebih ramai pelajar terbaik dunia mengikuti pengajian PhD di Malaysia.

12.  Menetapkan sasaran bilangan pelajar PhD, bilangan paten dan pengkomersilan produk yang jelas.

13.  Memberi pemberat yang signifikan kepada penerbitan berwasit, dan output penyelidikan yang boleh dipaten dan dikomersilkan (untuk disiplin yang relevan) sebagai kelayakan kenaikan pangkat.

14.  Membiayai penyelidikan berimpak tinggi yang boleh menghasilkan penemuan dan ciptaan penting,dengan tujuan meraih hadiah-hadiah berprestij dunia, seperti Hadiah Nobel pada pasca-2020.


*Cadangan. Bantuan dan sokongan KPT dan agensi pusat akan diberi berdasarkan keperluan. KPT sedang dalam perbincangan dengan kementerian-kementerian dan agensi-agensi berkaitan untuk tujuan penetapan polisi.

*Pejabat Pengurusan Program (PMO) di KPT akan bertanggungjawab untuk memantau             perkembangan projek dan inisiatif.


jpt.mohe.gov.my/AGENDA%20KRITIKAL/MyBrain15_brosur.pdf

-MyBrain15-

MyBrain15
PENGENALAN
Modal insan terbaik penting untuk meningkatkan pertumbuhan ekonomi,mencetus kemajuan industri dan penerokaan bidang penyelidikan baharu yang akan meningkatkan daya saing negara. Kebanyakkan negara maju dan membangun mempunyai dasar serta strategi bagi menghasilkan modal insan yang berkualiti terutama dalam bidang sains dan teknologi di peringkat PhD

Strategi Malaysia untuk menghasilakan modal insan kelulusan PhD atau kelayakan setaraf perlu ditingkatkan. Pelajar berkualiti tinggi boleh diperoleh daripada sekolah berasrama penuh dan sekolah premier yang mempunyai infrastruktur dan kemudahan yang lengkap. Dasar sebelum ini menekankan usaha untuk meningkatkan bilangan pelajar di IPT boleh dijadikan asas bagi menambah bilangan calon pelajar meneruskan pengajian pada peringkat PhD.

TUJUAN
Bilangan penduduk kelulusan PhD atau kelayakan setaraf boleh meningkatkan daya saing Malaysia pada peringkat global terutama dalam sektor perindustrian. Malaysia tidak boleh lagi bergantung pada aktiviti perindustrian bersandarkan penyelidikan oleh organisasi komersial asing. Justeru adalah penting Malaysia membangunkan keupayaan penyelidikannya agar menikmati lebih manfaat.

MATLAMAT
  1. 21,000 pemegang PhD menjelang 2010
  2. Negara mempunyai 60,000 penduduk kelulusan atau Kelayakan Setaraf dalam tempoh 15 tahun akan datang dalam bidang berikut :
                 - 60 peratus dalam bidang sains, teknologi dan perubatan
                 - 20 peratus dalam bidang sains kemanusiaan dan sastera gunaan
                 - 20 peratus dalam bidang profesional


Berdasarkan Informasi di atas tidak perlulah saya mengulas lebih lanjut mengenai MyBrain15. Apa yang saya faham pihak kerajaan mula mengatur strategi bagi memantapkan lagi negara dengan melahirkan ribuan golongan teknokrat tempatan. Dalam erti kata lain bagi membolehkan negara bergerak secara berdikari tanpa bergantungan dengan teknologi luar.

Sebelum ini saya ada terbaca artikel dari surat khabar Berita Harian bertarikh 2 November 2010 di mana Kabinet masih lagi berbincang dan belum memutuskan mengenai mengurangkan kadar yuran pengajian atau pengajian percuma kepada golongan yang berumur atas 50 bagi menyambung Ijazah Doktor Falsafah (PhD). Sekira usul ini diluluskan maka sedikit sebanyak dapat menyuntik keingin para graduan untuk terus menyambung pengajian ke tahap yang lebih tinggi dan sekali gus menyahut cabaran MyBrain15 bagi mencapai sasaran 60ribu golongan teknokrat menjelang 15 tahun akan datang.

Akhir kata,marilah kita bersama-sama memantapkan diri kita sendiri dan menceburi bidang pilihan kita dengan bersungguh-sungguh dan sebaiknnya. Kerana keuntungan yang diperolehi tidak jatuh ke tempat lain kecuali diri kita sendiri. Sekirannya anjakan ini mampu kita lakukan maka secara tidak langsungnya negara juga akan mengalami satu perubahan secara drastik ke arah pembangunan negara mahupun peningkatan modal insan yang berterusan.

Jika dahulu rakyat berjuang mengangkat senjata dan berjuang sehabisnya kudrat empat kerat di medan pertempuran, hari ini kita berjuang dengan ilmu pengetahuan di kotak pemikiran dan bertempur di medan keilmuan yang global tiada sempadan dan penghujung. Sekiranya niat kita ikhlas Insya Allah, Allah akan mempermudahkan urusan kita. Amin.


Muhamad Khairul Fitri Bin Sarimin
Diploma Kejuruteraan Awam
Universiti Teknologi Malaysia International Campus


03 November 2010

-Panggilan Yang Aneh-

Hari ini merupakan hari kelima dalam Minggu Belajar bagi para penuntut UTM i.c. Hari Rabu 3 November 2010. Rutin harian aku apabila berada dalam Minggu Belajar. Bangun lambat. Satu-satunya perkara yang menambahkan lagi kesunyian di kolej ini selain memerapkan diri di dalam bilik. Bukan tidak mahu bangun awal, tapi tiada apa yang seronok dilakukan pada awal pagi. Jika sebelum ini dipenuhi dengan kuliah. Jadi memilih untuk bangun sedikit lewat.

Namun hari ini aku bangun sedikit awal. Kenapa? kerana aku mendapat panggilan telefon yang agak mengejutkan. Lebih kurang 10.30am. Aku mendapat panggilan daripada Pejabat Hal Ehwal Mahasiswa. Seakan pelik di sini. Sebelum ini, no pejabat ini hanya menelefon aku ketika hendak memastikan kehadiran peserta program sebelum van UTM bergerak ke Melaka. Aku jawab juga dengan tenang dan kawalan suara yang agak terkawal. Elak diketahui yang aku baru bangun dari tidur walaupun mamai itu masih ada. 

Entah apa yang diperkatakan pada awal perbualan. Yang aku dengar cuma dia minta no.bilik, no kad pengenalan dan pngk akademik. Bagaikan lembu dicucuk hidung aku pun beri sahaja maklumat peribadiku itu kepadanya dan mematikan perbualan. Tanpa bertanya tujuan mahupun nama si pendail itu. Selesai, aku berfikir sejenak. Apakah jenis kebodohan yang aku lakukan ini. Situasi ini telah mematikan mood tidur aku.

Kemudian, 1pm. Sekali lagi telefonku berirama. Kakak ku yang sulung menelefon aku dan aku menjawabnya dengan bersahaja. Sekali lagi permintaan yang pelik. Kakak aku mahu aku mencari sejumlah orang untuk program pelajar sekolahnya?. Aku mula mencongak-congak siapakah yang boleh aku cari untuk memenuhi hasratnya. Dan aku bersetuju untuk membantu kerana pada tarikh yang ditetapkan aku sudah berada di rumah. Bolehlah aku uruskan apa yang sepatutnya. Tapi sumpah semacam pelik bila akak aku mahu aku dan rakan-rakan aku untuk mengambil slot motivasi/aktiviti bagi program pelajar sekolahnya atas alasan tiada siapa yang ada untuk mengisi slot itu. 

Aku dan rakan-rakan akan buat yang terbaik dan semampu kami. Tambahan aku ada sedikit ilmu dan pengalaman dalam bidang kefasilitatoran yang aku perolehi dari Kelab Kaunseling Dan Kerjaya (KKDK) dan semasa Program University Social Responsibility (USR) di Melaka tempoh hari. Bolehlah dikongsi bersama selain pengalaman daripada program-program yang berada di bawah kendalian aku.

Kesimpulan yang aku dapati hari ini. Seseorang yang tidak berilmu tapi tidak beramal adalah buta. Seseorang yang berilmu tapi tidak beramal adalah lumpuh. Justeru jika kita berilmu maka hendaklah kita beramal dengannya kerna itulah kesempurnaan ilmu dan amal. Beramal dengan ilmu yang kita ada. Insya Allah diberkati.

02 November 2010

-Kenapa Aku Suka Menulis Blog-

Jika tajuk ini menjadi persoalan. Aku tiada jawapannya kerana aku sendiri tidak tahu mengapa aku suka menulis dan mengemas kini blog. Yang aku tahu aku suka baca blog orang lain dan blog aku sendiri. Setelah membaca barulah teragak hendak menulis. Kadang-kadang tulis sahaja apa yang terdetik. Seronok bila dapat menzahirkan sesuatu yang terpendam. Macam bercinta, bahagia bila berjaya meluahkan perasaannya.


Aku suka baca blog orang lain. Karangan mereka hebat. Menarik. Terasa juga ingin melahirkan karya sebaik mereka. Kadang-kadang terfikir, bagaimana mereka boleh membuat karangan yang sebegitu hebat? Pasti mereka suka membaca dan benar-benar meminati bidang penulisan. Atau pun mereka menulis dengan hati. Jika begitu mesej yang ingin disampaikan mereka telah sampai kepada aku. Aku sahaja yang belum mampu capai ke tahap itu.


Ada orang menjadikan blog sebagai tempat luahan perasaan. Tidak kiralah marah,geram,gembira,sedih dan pelbagai ragam lagi. Ada orang menjadikan blog sebagai luahan pemikiran. Mengulas tentang negara, politik, masalah remaja dan yang seumpamanya. Ada orang juga menjadikan blog sebagai medium untuk berdakwah. Memaparkan kisah-kisah para Rasul, para Sahabat dan lain-lain lagi yang berunsurkan keislaman. Mungkin begitu juga dengan agama-agama yang lain.


Bila melihat blog orang lain. Terasa cantik. Ada bermacam jenis Application atau widget. Ada yang berlagu mahupun video. Semuanya berdasarkan keinginan dan kreativiti individu masing-masing. Bagi aku, aku suka blog yang simple. Itu dulu, tapi sekarang aku lebih gemar menambah yang pelik-pelik di sisi kanan blog ku ini. Kalau tidak percaya. Tengoklah sendiri. Aku terpengaruh bila tengok blog orang lain yang hebat. Aku juga mahu blog aku menarik. Tak salahkan.


Ada seperkara lagi tentang apa yang aku suka dengan blog. Aku suka tengok Stats. Stats adalah statistik bagi jumlah pelawat blog kita. Siap di beritahu negara dan browser apa yang di gunakan. Terasa seronok bila ramai yang mengunjungi blog kita. Seperti dihargai biarpun hasil kerja tangan ini bukanlah sebaik mana. Terima kasih bagi mereka yang menziarahi blog ini.


Akhir sekali,berpadalah dalam menulis blog. Lagi-lagi yang berkaitan isu sensitif. Silap percaturan boleh meringkuk kepenjara gamaknya. Sebarkanlah ilmu kebaikkan yang dapat memberi manfaat kepada orang lain melalui blog ini. Jadikanlah blog ini sebagai satu wadah menyalurkan ilmu berfaedah.

-Hargailah Insan Yang Menyayangimu-

Hargailah Insan Yang Menyayangimu

September 4, 2010 ·


Dunia ini tidak selalunya indah, itulah sebuah hakikat di dalam kehidupan ini. Ada kalanya kita berada di dalam kesenangan, ada masanya pula kita akan berasa kesusahan. Yang lebih menyedihkan lagi, kesenangan itu hanyalah dirasa dalam masa yang singkat sahaja dan kesusahan dirasa dalam masa yang agak lama.
Setiap insan di muka bumi pasti ingin disayangi dan dihargai, begitu juga untuk menyayangi dan menghargai. Tetapi sudah menjadi lumrah kehidupan apabila kita disayangi, kita lupa untuk menghargainya buat masa yang panjang ataupun buat selama-lamanya. Bila sudah disayangi, kita berasa senang dan gembira selalu apabila hidup kita diambil berat oleh orang lain. Tetapi benar-benarkah kita menghargainya?
Hargailah insan yang menyayangimu walaupun dia bukan insan yang kamu pilih untuk disayangi, kerana dia juga mempunyai hati dan perasaan untuk dihargai. Walaupun tidak setinggi gunung penghargaan yang kamu beri, cukuplah sekadar mengjaga hati dan perasaannya. Sesungguhnya ia lebih bermakna daripada wang ringgit.
Kehidupan ini hanyalah sementara, setiap yang hidup pasti akan berakhir jua. Setiap pertemuan pasti ada perpisahan. Itulah ungkapan yang sering kita dengar, tetapi adakah kita benar-benar menghayatinya? Tidak jawapanya untuk jangka masa yang lama, ya dalam jangka masa yang singkat. Kita tidak pernah sedar akan hakikat itu, tetapi bersyukurlah jika kita diberi ingatan yang kukuh mengenainya.
Kasih sayang seseorang bukan barang atau objek untuk dimainkan, tetapi ianya adalah satu kurniaan tuhan yang perlu kita hargai dan hormati. Tetapi bukanlah kita perlu berlaku hipokrit, atau berlakon semata-mata untuk menghargai seseorang. Hargailah dan hormatilah dia dengan seikhlas hati kamu. Jangan sesekali menyakiti hatinya, kerana sudah pasti dia rasa tidak dihargai.
Ingatlah selalu bahawa kehidupan ini tidak selalunya mudah untuk kita lalui, tambahan pula dalam membina sebuah perhubungan. Antara dua insan pasti ada yang ketiganya, hargailah dan hormatilah insan yang menyayangimu sentiasa. Jangan sesekali melukakan hatinya, kerana dia insan yang patut kamu hargai.
Entri ini adalah sekadar bingkisan sebuah hati daripada seorang insan yang ingin rasadisayangi dan dihargai, sesunguhnya insan ini amat menyayangi dirimu. HIDUP SEORANG BLOGGER tidak selalunya mudah, kerana banyak cabaran dan rintangan yang perlu dilalui. Bukan hanya di dalam alam maya sahaja, malah di alam realiti. Sekian.
di ambil daripada : http://blog.mohdisa.com untuk dikongsikan bersama.

-Paparan Terhangat-

Para Pujangga