02 November 2010

-Hargailah Insan Yang Menyayangimu-

Hargailah Insan Yang Menyayangimu

September 4, 2010 ·


Dunia ini tidak selalunya indah, itulah sebuah hakikat di dalam kehidupan ini. Ada kalanya kita berada di dalam kesenangan, ada masanya pula kita akan berasa kesusahan. Yang lebih menyedihkan lagi, kesenangan itu hanyalah dirasa dalam masa yang singkat sahaja dan kesusahan dirasa dalam masa yang agak lama.
Setiap insan di muka bumi pasti ingin disayangi dan dihargai, begitu juga untuk menyayangi dan menghargai. Tetapi sudah menjadi lumrah kehidupan apabila kita disayangi, kita lupa untuk menghargainya buat masa yang panjang ataupun buat selama-lamanya. Bila sudah disayangi, kita berasa senang dan gembira selalu apabila hidup kita diambil berat oleh orang lain. Tetapi benar-benarkah kita menghargainya?
Hargailah insan yang menyayangimu walaupun dia bukan insan yang kamu pilih untuk disayangi, kerana dia juga mempunyai hati dan perasaan untuk dihargai. Walaupun tidak setinggi gunung penghargaan yang kamu beri, cukuplah sekadar mengjaga hati dan perasaannya. Sesungguhnya ia lebih bermakna daripada wang ringgit.
Kehidupan ini hanyalah sementara, setiap yang hidup pasti akan berakhir jua. Setiap pertemuan pasti ada perpisahan. Itulah ungkapan yang sering kita dengar, tetapi adakah kita benar-benar menghayatinya? Tidak jawapanya untuk jangka masa yang lama, ya dalam jangka masa yang singkat. Kita tidak pernah sedar akan hakikat itu, tetapi bersyukurlah jika kita diberi ingatan yang kukuh mengenainya.
Kasih sayang seseorang bukan barang atau objek untuk dimainkan, tetapi ianya adalah satu kurniaan tuhan yang perlu kita hargai dan hormati. Tetapi bukanlah kita perlu berlaku hipokrit, atau berlakon semata-mata untuk menghargai seseorang. Hargailah dan hormatilah dia dengan seikhlas hati kamu. Jangan sesekali menyakiti hatinya, kerana sudah pasti dia rasa tidak dihargai.
Ingatlah selalu bahawa kehidupan ini tidak selalunya mudah untuk kita lalui, tambahan pula dalam membina sebuah perhubungan. Antara dua insan pasti ada yang ketiganya, hargailah dan hormatilah insan yang menyayangimu sentiasa. Jangan sesekali melukakan hatinya, kerana dia insan yang patut kamu hargai.
Entri ini adalah sekadar bingkisan sebuah hati daripada seorang insan yang ingin rasadisayangi dan dihargai, sesunguhnya insan ini amat menyayangi dirimu. HIDUP SEORANG BLOGGER tidak selalunya mudah, kerana banyak cabaran dan rintangan yang perlu dilalui. Bukan hanya di dalam alam maya sahaja, malah di alam realiti. Sekian.
di ambil daripada : http://blog.mohdisa.com untuk dikongsikan bersama.

No comments:

-Paparan Terhangat-

Para Pujangga