03 November 2010

-Panggilan Yang Aneh-

Hari ini merupakan hari kelima dalam Minggu Belajar bagi para penuntut UTM i.c. Hari Rabu 3 November 2010. Rutin harian aku apabila berada dalam Minggu Belajar. Bangun lambat. Satu-satunya perkara yang menambahkan lagi kesunyian di kolej ini selain memerapkan diri di dalam bilik. Bukan tidak mahu bangun awal, tapi tiada apa yang seronok dilakukan pada awal pagi. Jika sebelum ini dipenuhi dengan kuliah. Jadi memilih untuk bangun sedikit lewat.

Namun hari ini aku bangun sedikit awal. Kenapa? kerana aku mendapat panggilan telefon yang agak mengejutkan. Lebih kurang 10.30am. Aku mendapat panggilan daripada Pejabat Hal Ehwal Mahasiswa. Seakan pelik di sini. Sebelum ini, no pejabat ini hanya menelefon aku ketika hendak memastikan kehadiran peserta program sebelum van UTM bergerak ke Melaka. Aku jawab juga dengan tenang dan kawalan suara yang agak terkawal. Elak diketahui yang aku baru bangun dari tidur walaupun mamai itu masih ada. 

Entah apa yang diperkatakan pada awal perbualan. Yang aku dengar cuma dia minta no.bilik, no kad pengenalan dan pngk akademik. Bagaikan lembu dicucuk hidung aku pun beri sahaja maklumat peribadiku itu kepadanya dan mematikan perbualan. Tanpa bertanya tujuan mahupun nama si pendail itu. Selesai, aku berfikir sejenak. Apakah jenis kebodohan yang aku lakukan ini. Situasi ini telah mematikan mood tidur aku.

Kemudian, 1pm. Sekali lagi telefonku berirama. Kakak ku yang sulung menelefon aku dan aku menjawabnya dengan bersahaja. Sekali lagi permintaan yang pelik. Kakak aku mahu aku mencari sejumlah orang untuk program pelajar sekolahnya?. Aku mula mencongak-congak siapakah yang boleh aku cari untuk memenuhi hasratnya. Dan aku bersetuju untuk membantu kerana pada tarikh yang ditetapkan aku sudah berada di rumah. Bolehlah aku uruskan apa yang sepatutnya. Tapi sumpah semacam pelik bila akak aku mahu aku dan rakan-rakan aku untuk mengambil slot motivasi/aktiviti bagi program pelajar sekolahnya atas alasan tiada siapa yang ada untuk mengisi slot itu. 

Aku dan rakan-rakan akan buat yang terbaik dan semampu kami. Tambahan aku ada sedikit ilmu dan pengalaman dalam bidang kefasilitatoran yang aku perolehi dari Kelab Kaunseling Dan Kerjaya (KKDK) dan semasa Program University Social Responsibility (USR) di Melaka tempoh hari. Bolehlah dikongsi bersama selain pengalaman daripada program-program yang berada di bawah kendalian aku.

Kesimpulan yang aku dapati hari ini. Seseorang yang tidak berilmu tapi tidak beramal adalah buta. Seseorang yang berilmu tapi tidak beramal adalah lumpuh. Justeru jika kita berilmu maka hendaklah kita beramal dengannya kerna itulah kesempurnaan ilmu dan amal. Beramal dengan ilmu yang kita ada. Insya Allah diberkati.

No comments:

-Paparan Terhangat-

Para Pujangga