25 October 2010

-Syarat Pekerjaan Di Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA)-

Lambakkan IPTA, IPTS, mahupun kolej-kolej swasta di negara ini telah melahirkan ribuan graduasi berijazah. Secara tuntasnya, jelas menunjukkan bahawa negara kita masih lagi mampu melahirkan ribuan modal insan yang berilmu bagi menggalas harapan negara agar modal insan inilah yang akan membangunkan negara pada masa akan datang.

Namun permasalahannya pada hari ini ialah lambakkan graduan-graduan dan sedikitnya peluang pekerjaan menyebabkan persaingan yang hebat bagi merebut sesuatu jawatan atau pekerjaan itu. Menjadikan segelintir graduan-graduan lepasan universiti ini mendapat title nama sebagai Penganggur tanpa diperah ilmu yang penuh di dadanya. Jika difikirkan secara rasionalnya sekiranya graduan universiti memegang title ini,apakah sumbangan yang mampu disalurkan kepada negara?Selain kuasa mengundi bagi yang mendaftar.

Timbul satu persoalan baru di sini, adakah graduan-graduan universiti ini tidak mampu meletakkan kebolehpasaran yang tinggi dalam diri masing-masing? Disini saya ingin berkongsi sedikit ilmu mengenai syarat-syarat bagi mendapatkan pekerjaan di Jabatan Perkhidmatan Awam.

Pihak tahun 2010,Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) telah mengariskan 5 perkara penting kepada para mahasiswa/graduan bagi mendapatkan kerja selepas tamat pengajian :

1. Mendapat Ijazah berkualiti. Gred di atas 3.00
Rata-rata mahasiswa hari ini melayu khususnya memandang enteng akan keputusan peperiksaan mereka. Sering kali memberikan hasil kerja yang kurang memuaskan dan rela hati tidak mahu keluar daripada kepompong keselesaan. Saya menyeru diri saya dan rakan-rakan lain sedarlah bahawa gred purata ini merupakan tiket utama bagi melangkahkan kaki ke alam pekerjaan.Maka berusahalah memberikan yang terbaik.Sekiranya kita ketinggalan dalam akademik maka kita akan berhadapan dengan masalah yang besar.

2. Berpengetahuan Am yang luas.
Majikan-majikan hari ini lebih gemar memiliki pekerja yang berpengetahuan am yang luas. Dimana mereka sentiasa mengikuti peredaran semasa mengenai hal-hal dalam negara mahupun luar negara. Sekiranya kita tidak mengambil tahu akan isu-isu semasa sebenarnya minda kita tidak berkembang. Oleh itu,carilah dan bacalah bahan-bahan ilmiah, surat khabar, dan yang seangkatan dengannya.Penuhi diri dengan ilmiah. Tingkatkan budaya membaca dalam diri.

3. Menguasai Kemahiran Berkomunikasi (Bahasa Inggeris Dan Bahasa Melayu)
Aspek ketiga yang ditekankan oleh Pihak JPA adalah kemahiran berkomunikasi sama ada dalam bahasa ibunda mahupun bahasa pengantara dunia. Hari ini kita perlu sedar bahawa kemahiran berkomunikasi ini merupakan salah satu aspek yang terpenting dalam kehidupan kita. Ditambah pula dunia menggunakan English sebagai bahasa pengantara.Terimalah kenyataan itu dan lengkapkanlah diri kita dengan kemahiran berbahasa ini kerana ia dapat mempermudahkan segala urusan kita dengan baik. Tiada salah faham dan penipuan jika berurusan dengan orang asing.

4. Aktif Dalam Kokurikulum (Aktiviti Kemahasiswaan)
Kokurikulum atau berpersatuan merupakan satu platform bagi melatih mahasiswa itu sendiri dari segi pelbagai cabang seperti bidang kepimpinan, komunikasi ,kerjasama dan seumpamanya. Aktiviti kemahasiswaan ini mampu memperkuatkan lagi keboleh pasaran diri individu itu. Bahkan individu seperti inilah yang akan menjadi rebutan oleh syarikat-syarikat besar negara. Justeru itu,saya meyarankan agar mahasiswa mengambil perkara ini secara positif dan mulakan langkah awal sebelum ke destinasi pekerjaan, dengan melibatkan diri dalam aktiviti kemahasiswaan.Banyak perkara yang boleh dipelajari dalm kegiatan inidisamping menambah pengalaman.

5. Berpengetahuan Teknikal Mengenai Kerja Yang Di Pohon.
Berpengetahuan teknikal di sini bermaksud, selaku seorang pemohon kita perlu mengambil tahu dan mengkaji pekerjaan yang dipohon sebelum mula memohon. Perkara ini sangat penting kerana kebiasaan temuduga,akan terdapat satu slot persoalan mengenai pekerjaan yang dipohon dan perlu menghuraikannya secra fakta dan terperinci. Signifikasinya kajian terhadap pekerjaan yang dipinta sememangnya membantu dalam mendalami ilmu mengenai pekerjaan tersebut. Istilah mudahnya ialah "sediakan payung sebelum hujan".

Akhir kata, diharapkan info-info sebegini sedikit sebanyak dapat membantu mahasiswa dan graduan bagi memperlengkapkan diri dengan persediaan penuh sebelum beralih ke alam pekerjaan. Seterusnya dapat bersama-sama membantu ekonomi negara dan mampu meletakkan nama negara seiring dengan nama-nama negara maju yang lain.InsyaAllah.


Muhamad Khairul Fitri Bin Sarimin
Peserta Bengkel Pemikiran Kreatif Nur Al-Falah.
Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia.

2 comments:

Zawani Amirah said...

thanks 4 the information...really useful...^_^

Khairul Fitri said...

(^_^)

-Paparan Terhangat-

Para Pujangga