22 March 2012

:: Perkara Berkaitan Cuti Sem 2 11/12 ::

Petikan kali ini adalah hal berkaitan dengan perkara simpan barang di kolej semasa cuti, permohonan bilik untuk semester hadapan dan pemulangan kunci untuk semester ini.

A) PERMOHONAN BILIK UNTUK SEMESTER HADAPAN
Semua mahasiswa WAJIB mendaftar secara online untuk mendapatkan kolej di AIMSWEB. Pembukaan laman web akan dibuka dalam masa terdekat ini, mohon selalu kemaskini.
Log In Aimsweb>Pengawasan Rekod>Kolej>Permohonan

Disarankan kepada mahasiswa untuk juga mengisi BORANG PEMILIHAN RAKAN SEBILIK(boleh didapati di pejabat kolej).Sekiranya mahasiswa mengkepilkan 2 Borang Pemilihan Rakan Sebilik. Anda akan mendapat toiletmate mengikut borang yang dikepilkan. (pastikan ada mengisi borang ini dengan lengkap bagi mengelakkan permohonan ditolak).

Secara peribadi penghantaran borang ini juga sebagai salah satu tiket pemohonan bilik, (sekiranya laman web permohonan masih tidak lagi dibuka)

12 March 2012


Aku cari bukan harta bertimbun-timbun,
Untuk hidup kaya,
Aku cari bukan wang berjuta-juta,
Untuk hidup bergaya,
Aku cari bukan kawan-kawan,
Untuk hidup sekadar berfoya-foya,
Aku cari mana dia Al-Ghazali,
Aku cari mana dia Al-Shafie,
Kita bongkar rahsia kitab suci,
Cari pedoman
Kita bongkar rahsia sunnah nabi
Cari panduan
Aku hidup kerana Dia Rabbi
Dialah teman
Dialah wali
Dia mencukupi
Aku hidup bererti
Menikmati damai abadi

:: Kisah Disebalik Malam Pra Graduan UTM IC 2012 ::


Alhamdulillah malam tadi (11 Mac 2012) telah berlangsungnya Malam Pra Graduan UTM IC 2012. Jika pada tahun yang lepas malam MPG ini telah digabungkan antara UTMJB dan UTMIC. Dimana pengurusannya semua dibuat di UTMJB. Mahasiswa UTM IC cuma menjadi peserta sahaja. Namun pada tahun ini semuanya berbeza. Kerana kemasukan Mahasiswa Ijazah yang berbeza dengan kemasukan Diploma. Ijazah yang baru sahaja masuk semester kedua sedangkan diploma sudah ke penghujung semester, ia seakan tidak ada titik pertemuan antara Diploma dan Ijazah untuk diadakan program ini.

08 March 2012

Diskusi : Teknik Penyediaan Resume, Temuduga & Alam Pekerjaan 2012 (DISKUSI'12)

Bismillahirrahmanirahim.

Alhamdulilah, Program Diskusi : Teknik Penyediaan Resume, Temuduga & Alam Pekerjaan 2012 (DISKUSI'12)  telah pun berjaya dilaksanakan pada 7 Mac 2012. Program ini merupakan program anjuran Majlis Perwakilan Mahasiswa UTM IC. Program ini berlangsung selama 2 sesi. iaitu sesi 1 pada sebelah petang di Dewan Kuliah 7, UTM International Campus dan sesi 2 di Bilik Kebudayaan Kolej kediaman Siswa Jaya. Tahniah saya ucapkan kepada Pengarah Program iaitu Saudari Nurul Fatihah Binti Matdiah beserta Ahli Jawatankuasa program yang telah berusaha dan berinisiatif proaktif dalam memastikan perjalanan program yang lancar.

-Paparan Terhangat-

Para Pujangga