27 October 2011

:: Gerbang SMS UTM ::


UTM kini telah menyediakan perkhidmatan SMS melalui 1 nombor iaitu : 
15888
Perkhidmatan SMS ini adalah sebagai satu inisiatif dalam mempelbagaikan saluran penyampaian perkhidmatan bagi membolehkan mahasiswa/staf mendapatkan perkhidmatan melalui SMS dengan mudah dan ringkas.

: Kampung :


Saya rindu kampung saya..
Saya rindu rumah saya..
Sebenarnya saya rindu kakak2 saya..
Tapi sebenarnya saya lagi rindu mak saya..
Terasa macam lama dah tak balik..

Nak balik T_T

24 October 2011

:: Kira Pointer Peperiksaan::

Memandangkan bahang Peperiksaan Akhir Semester telah reda. Kini debaran menantikan senarai keputusan kian terasa. Setakat hari ini, mana-mana pensyarah yang telah siap menanda kertas jawapan telah mengeluarkan senarai keputusan awal di senarai tampal. Namun perlu diingat senarai tampal ini boleh jadi akan berubah setelah mesyuarat senat. Setelah mesyuarat senat berlangsung semua keputusan peperiksaan akan dikeluarkan di Keputusan Peperiksaan dan keputusan adalah muktamad.

19 October 2011

:: Terima Kasih ::


< Alhamdulillah >

Terima Kasih
Allah. 

Terima Kasih
Emak.

Terima Kasih
Ayah.

Terima Kasih
Keluarga

Terima Kasih
Alam.

Terima Kasih 
Udara.

Terima Kasih
UTM.

Terima kasih
MPM.

Terima Kasih
Kawan.

Terima Kasih
Sayang

Terima Kasih
Aku.

Terima kasih hati kerana telah membuka pintu hatiku untuk berterima kasih kepada semua yang terlibat dalam hidupku selama ini.

18 October 2011

:: Jadual Oktober & November 2011 ::

TARIKH PENTING MPM SEPANJANG CUTI SEMESTER INI

OKTOBER 2011

16 Okt 2011 : 10.00pm : Mesyuarat MPM @ Cafe KSJ .

17 Okt 2011 : 4.30pm : Jumpa TNC Akademik & Antarabangsa @ Dewan Jumaah

17 Okt 2011 : 4.00pm : Futsal Persahabatan Mahasiswa & ATM @ Court futsal ksj

:: Mengeluh ::



Hari ini…
sebelum kamu mengeluh tentang rasa dari makananmu,
Fikirkanlah tentang seseorang yang tidak punya apa pun untuk dimakan.
Sebelum kamu mengeluh tidak punya apa-apa
Fikirkanlah tentang seseorang yang meminta-minta di jalanan.

17 October 2011

:: Cek Keputusan Peperiksaan & Jadual Bagi Semester Depan ::

Cek Keputusan Peperiksaan :
1. Anda perlu log in terlebih dahulu http://aimsweb.utm.my/
2. Anda boleh lihat di senarai tampal atau keputusan peperiksaan.
3. Keputusan peperiksaan akan dibuka mengikut tarikh yang ditetapkan.



:: Pengecualian 25% Kepada Mahasiswa Latihan Industri ::


Perhatian kepada semua mahasiswa UTM yang menjalani Latihan Industri dan tidak mendiami Kolej. Anda boleh memohon pengecualian 25% (Yuran Perkhidmatan Perpustakaan & Yuran Pusat Kesihatan).
Caranya : -
1. Dapatkan Surat Pengesahan Fakulti bahawa anda adalah mahasiswa Latihan Industri.
2.Bawa surat tersebut kepada pengetua kolej untuk dapatkan Surat Pengesahan Kolej, yang mengesahkan anda tidak mendiami kolej.
3. Bawa kedua-dua surat tersebut ke Pejabat Bendahari untuk pengecualian. Sebaik-baiknya pada awal semester atau rujuk terus kepada Pejabat Bendahari.

08 October 2011

:: Aku Pilih Untuk Berdiam Diri ::



Dunia semakin mencabar.Keringat usaha dibalas dengan tohmahan keji.Pengorbanan dibalas dengan dendam dan iri hati. Peritnya rasa di hati. Ya Allah. Hampir sahaja tidak tertanggung cabaran itu. Manusia kini semakin hilang nilainya. Hanya yang kuat mampu menahan melawannya. Hanya yang cerdik mampu menangani. Hanya yang tabah mampu mengharungi. Hanya yang lemah yang akan menangis sendirian. Pilihan mana yang mana akan kita pilih dan lalui.

06 October 2011

:: Berikanlah Aku Nasihat ::


Saya bukanlah seorang yang tinggi ilmunya atau baik akhlaknya untuk berkata. Saya juga manusia biasa yang penuh dengan kekhilafan dalam kehidupan. Namun saya masih mempunyai fikiran yang waras dan rasional tahu apa itu dosa dan pahala, syurga dan neraka. masih lagi siuman dan tahu apa itu tanggungjawab, apa itu amanah dan apa itu yang dikatakan kasih sayang sesama saudara sesama Islam.

05 October 2011

:: Akhirnya Ku Temui Hikmah ::


kelmarin aku mencari
dimanakah letaknya hikmah?

:: Permudahkan ::



Nabi Saw bsabda:
"Barangsiapa yg melepaskan satu kesusahan seorang mukmin,pasti Allah akn melepaskn darinya satu kesusahan pd hari kiamat.Brgsiapa yg mjadikan mudah urusan org lain,pasti Allah akan memudahkannya didunia dan diakhirat.Brgsiapa yg menutupi aib seorg muslim,pasti Allah akn menutupi aibnya di dunia dan di akhirat.Allah sentiasa menolong hambanya selama hambanya itu suka menolong saudaranya

(Hadith Riwayat Muslim)

02 October 2011

:: Peringatan Peperiksaan Akhir Semester ::


Peringatan Bersama Untuk Mahasiswa UTM IC 
Pada Hari Peperiksaan

1. Bangun awal dan sarapan pagi.
Bangun awal dapat membantu dalam membekalkan tenaga, mencergaskan tubuh badan. Menurut Wikipedia, Saintis menggelar sarapan sebagai makanan untuk otak. Sarapan ada kaitan rapat dengan kecergasan mental kerana ia memberi kesan positif terhadap aktiviti otak supaya lebih cergas, peka dan fokus.

:: Memo 2011/2 : Majlis Perwakilan Mahasiswa UTM IC ::



 MAJLIS PERWAKILAN MAHASISWA
UTM International Campus
Kuala Lumpur

MEMO 2011/BIL.2

Assalamualaikum w.b.t & Salam 1 Malaysia

DARIPADA       : MAJLIS PERWAKILAN MAHASISWA (MPMUTM)  SESI 2010/2011
KEPADA          : MAHASISWA UTM International Campus
TARIKH            : 02 OKTOBER 2011
PERKARA        : MAKLUMAN BERKAITAN ADUAN KAFETERIA KSJ.

-Paparan Terhangat-

Para Pujangga