Lirik Lagu Warisan
Anak kecil main api,
Terbakar hatinya yang sepi,
Air mata darah bercampur keringat,
Bumi dipijak milik orang.
Nenek moyang kaya raya,
Tergadai seluruh harta benda,
Akibat sengketa sesamalah kita,
Cinta lenyap di arus zaman.
Indahnya bumi kita ini,
Warisan berkurun lamanya,
Hasil mengalir ke tangan yang lain,
Peribumi merintih sendiri.
Kita rumpun bangsa Melayu,
Menganut agama yang suci,
Semangat bangsa berlandaskan Islam,
Teras capai kemerdekaan.
Masa depan sungguh kelam,
Kan lenyap peristiwa semalam,
Tertutuplah hati terkunci mati,
Maruah peribadi dah hilang.
Kini kita cuma tinggal kuasa,
Yang akan menentukan bangsa,
Bersatulah hati, bersama berbakti,
Pulih kembali harga diri.
Kita sudah tiada masa,
Bangunlah dengan maha perkasa,
Janganlah terlalai teruskan usaha,
Melayu kan gagah di nusantara
"Dan hendaklah ada di antara kamu segolongan umat yang menyeru kepada kebajikan, menyuruh kepada yang makruf dan mencegah dari yang munkar; merekalah orang-orang yang beruntung"{Surah Ali Imran : Ayat 104}
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
-Paparan Terhangat-
-
Semua warga MPM mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan tahniah di atas penganugerahan Pingat Perkhidmatan Cemerlangyang diterima ole...
-
Khamis,17Mac2011 - Majlis Perwakilan Mahasiswa UTM IC Sesi 10/11 telah menemui Penolong Pendaftar (Biasiswa & Kebajikan) di pejabatnya...
-
Kadang-kadang kita ada perasan tak sebahagian buku rujukan pembelajaran kita ada logo UTM dan terbitan Penerbit UTM Press. Untuk makluman ki...
-
Artist - Faizal Tahir Song - Selamat Malam Biarkan berlalu Semua kepedihanmu Lelapkan matamu Biarkan mimpi membawamu Ke mana kau mah...
-
UTMotion merupakan salah satu inisiatif UTM kepada segala video-video program. Segala bentuk program yang dirakam dalam bentuk video boleh ...
-
Sekiranya anda mendakwa diri sebagai pemimpin yang bagus,anda sedang menempah maut. Kejayaan bergerak daripada sikap rendah hati. Anda perl...
-
Selasa, 29Mac2011 - Musim peperiksaan akhir semester bakal menjelang tiba, kami dari barisan Majlis Perwakilan Mahasiswa UTM IC Kuala Lumpu...
-
10 tabiat rosakkan otak. by Redzuanah Za on Sunday, November 7, 2010 at 8:14pm 1. Tidak mengambil sarapan pagi Apabila seseorang tidak m...
-
Dengan lafaz suci Bismillahirrahmanirrahim saya Muhamad Khairul Fitri Sarimin. Selaku penulis blog 'Nota Untuk Aku' secara ...
3 comments:
lagu ini sedih bagi mereka yang mempunyai hati dan kasih sayang...
ade orang nanges dgr lagu niey^^,
siapakah? (^_^)
Post a Comment