Lirik Lagu Warisan
Anak kecil main api,
Terbakar hatinya yang sepi,
Air mata darah bercampur keringat,
Bumi dipijak milik orang.
Nenek moyang kaya raya,
Tergadai seluruh harta benda,
Akibat sengketa sesamalah kita,
Cinta lenyap di arus zaman.
Indahnya bumi kita ini,
Warisan berkurun lamanya,
Hasil mengalir ke tangan yang lain,
Peribumi merintih sendiri.
Kita rumpun bangsa Melayu,
Menganut agama yang suci,
Semangat bangsa berlandaskan Islam,
Teras capai kemerdekaan.
Masa depan sungguh kelam,
Kan lenyap peristiwa semalam,
Tertutuplah hati terkunci mati,
Maruah peribadi dah hilang.
Kini kita cuma tinggal kuasa,
Yang akan menentukan bangsa,
Bersatulah hati, bersama berbakti,
Pulih kembali harga diri.
Kita sudah tiada masa,
Bangunlah dengan maha perkasa,
Janganlah terlalai teruskan usaha,
Melayu kan gagah di nusantara
"Dan hendaklah ada di antara kamu segolongan umat yang menyeru kepada kebajikan, menyuruh kepada yang makruf dan mencegah dari yang munkar; merekalah orang-orang yang beruntung"{Surah Ali Imran : Ayat 104}
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
-Paparan Terhangat-
-
Presiden : Wan Ahmad Hazman bin Wan Daud 012-2274949 Timb. Presiden : Khairul Nizam bin Md. Hussin 013-2119068 Setiausaha Agung : Wan Fra...
-
Pada semester yang lalu setelah mahasiswa UTMIC tamat peperiksaan akhir dan ingin pulang bercuti ke kampung halaman masing-masing, saya te...
-
KENYATAAN RASMI MPMUTM sesi 2010/2011 by Wan Frâny Muhtaddin Masbak on Tuesday, August 9, 2011 at 2:08pm. Salam dan salam sejahtera, ber...
-
Saya rindu kampung saya.. Saya rindu rumah saya.. Sebenarnya saya rindu kakak2 saya.. Tapi sebenarnya saya lagi rindu mak saya.. Terasa...
-
Aku terasa nak menulis. Tapi aku tak tahu nak tulis tentang apa. Aku menaip apa sahaja yang terlintas di fikiran ni. Aku suka menulis. Aku j...
-
Semua warga MPM mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan tahniah di atas penganugerahan Pingat Perkhidmatan Cemerlangyang diterima ole...
-
Peringatan Bersama Untuk Mahasiswa UTM IC Pada Hari Peperiksaan 1. Bangun awal dan sarapan pagi. Bangun awal dapat membantu dalam membek...
-
UTMotion merupakan salah satu inisiatif UTM kepada segala video-video program. Segala bentuk program yang dirakam dalam bentuk video boleh ...
-
menjadi penggerak kepada perubahan demi mahasiswa & universiti. menjadi rakan bestari kepada universiti. menjadi role-model kepada mah...
3 comments:
lagu ini sedih bagi mereka yang mempunyai hati dan kasih sayang...
ade orang nanges dgr lagu niey^^,
siapakah? (^_^)
Post a Comment