13 November 2011

:: Perkara Berkaitan Semester Hadapan ::


Petikan kali ini adalah untuk memudahkan mahasiswa tahun satu dan juga mana-mana mahasiswa yang tidak tahu berkaitan perkara yang perlu dilakukan mengenai semester hadapan seperti pendaftaran wajib, pendaftarn kolej, pengambilan barang simpanan, yuran semester. Juga ditekankan tarikh-tarikh penting untuk peringatan bersama.



1. Pendaftran Subjek Wajib.

Pendaftaran wajib adalah pada 17 dan 18 November 2011. Untuk makluman mahasiswa, sekiranya anda telah membuat Pra-Pendaftaran pada minggu sebelum Peperiksaan Akhir yang lalu. Anda tidak perlu hadir untuk Pendaftaran Wajib ini.Pendaftaran Wajib hanya untuk mahasiswa yang belum lagi membuat Pra-Pendaftaran dan juga mana-mana mahasiswa yang ingin mendaftar subjek UM (Ulang Matapelajaran).

Makluman tambahan daripada Bahagian akademik, anda digalakkan datang UTMSPACE  lebih awal daripada tarikh di atas untuk mengambil borang kerana borang tersebut memerlukan tandatangan daripada pensyarah subjek yang ingin didaftarkan. Dan perlu menghantar borang tersebut selewat-lewatnya pada 18 November 2011 sebelum pejabat tutup.

2. Pendaftaran Kolej

Bagi mahasiswa Diploma , 19 dan 20 November 2011 anda boleh mula pulang ke KSJ/KSS untuk mendaftar bilik masing-masing. Setiba di kolej anda perlu ke pejabat blok kolej untuk mengambil kunci bilik. Untuk makluman mahasiswa pejabat adalah buka mengikut waktu pejabat pada tarikh tersebut.

Mahasiswa dikehendaki membawa bersama gambar berukuran Passport Berkot dan tali leher.

sekiranya kita datang lebih awal, kita akan dikenakan bayaran sewa/hari untuk bilik sebab dianggap sebagai menyewa bilik semasa cuti.

3. Pengambilan Barang Simpanan

Kolej Kediaman Siswa Jaya (KSJ) : 

Selasa (22/11/11)   Sesi Pertama  : 9.30 pg - 11.30pg
                              Sesi Kedua    : 3.00ptg - 4.30 ptg
Rabu   (23/10/11)  Sesi Pertama  : 9.30 pg - 11.30pg
                              Sesi Kedua    : 3.00ptg - 4.30 ptg
* petikan prosedur

Kolej Kediaman Siswa Semarak :

Isnin (21/11/2011) Sesi pertama : 10.00 pg - 1.00 ptg
                               Sesi kedua   :  2.30 ptg - 4.30 ptg

Rabu (23/11/2011) Sesi pertama : 10.00 pg - 1.00 ptg
                              Sesi kedua    : 2.30 ptg - 4.30 ptg


4. Yuran Semester

Mengenai yuran semester hadapan. Jumlah yuran tersebut mahasiswa boleh rujuk di Aimsweb di :

Kewangan>Status Kewangan Pelajar>Pilih sesisem

Kebiasaanya akan dipaparkan pada semester hadapan. Bagi cara pembayaran pula, bagi yang mendapat PTPTN dan JPA , yuran semester anda akan dipotong terus dari akaun anda. Bagi persendirian, anda boleh membayar yuran melalui 3 cara ;

1. Secara tunai terus ke Pejabat Bendahari

Mahasiswa digalakkan membayar yuran anda sebaik-baiknya sebelum cuti pertengahan semester bagi mengelakan dikenakan Caj Lewat Pembayaran sebanyak RM10.00.

Diharapkan petikan ini dapat membantu mahasiswa dengan lebih jelas dan mengambil cakna agar tidak berlaku sebarang permasalahan pada semester hadapan. Sekiranya berlaku kesilapan mengenai maklumat di atas saya memohon maaf dan mohon beritahu kepada saya supaya saya dapat membetulkannya. InsyaAllah.

" Mahasiswa Penggerak Kecemerlangan Universiti "


Yang berkhidmat,
Muhamad Khairul Fitri Bin Sarimin
Naib Presiden Kampus Antarabangsa
UTM International Campus Kuala Lumpur
Tel :             013-7859912      
Emel : khairulfitri_mpmutm@live.utm.my


Cadangan Bacaan :
- Jadual Semester Hadapan
- Kalender Akademik Semester
- Nombor Kecemasan UTM IC
- MUET

10 comments:

ilyia syafira said...

kenapa kene bawak gambar lagi ? awal sem lepas kan dah bawak 2 gambar ?

Anonymous said...

gambar berkot dan tali leher menyusahkan

Anonymous said...

5. Gambar passport
Susah nk jwb. Sebab ini juga dibawah pengurusan kolej. Penjelasn tu hny pihak kolej shj y tahu. (^_^) InsyaAllah bila kami balik KSJ nnti kami akn dptkan penjelasan 2.

By the way kat sini ada cadangan utk semua tentang mcm mne kita nk dptkan gamba berkot n tali leher nie. Kn kt aimsweb ade gambar kita berblazer. Boleh copy image n print (^_^) tak perlu berbelanja mahal untuk ambil gambar di kedai. Asalkan kita ada gamba berkot.

***aku c0py paste ayat mr.president kita kt gr0up UTM IC 11/12,bet0l gak die ckp..idea kreatif..

Anonymous said...

tapi kalau pelajar perempuan kena pakai dengan tudung putih sekali.so sape2 yang gambar dengan blazer tapi tak beserta tudung putih tu alamatnya kena BERSUSAH2 jugak la ambil gambar baru.

Anonymous said...

ksj mmg mcm 2 ske menyusahkn kita

Anonymous said...

kat aimsweb aku xde pown gmbr..kejadah..

EkaTikah said...

pasal pendaftaran subjek ulangan tu, kene buat bile abg fitri? xfaham..

Khairul Fitri said...

pasal gambar passport 2, dr apa yang sy difahamkan. untuk diletakkan di depan pintu bilik, pengetua ksj nk seragamkan gambar berkot n tali leher, tudung putih bg perempuan. Tp untuk Blok C Kss xperlu.

Untuk pendaftaran subjuk UM, bergantung kepada tawaran y dibuka oleh pihak akademik. Biasanya selang 1 sem. Tapi untuk subjek umum tiap2 sem dibuka..mohon rujuk terus ke pejabat akademik (^_^)

Anonymous said...

salam , oke contoh kan , saya da buat pendaftaran dlm pejabat utm space tu sdiri , n dye tlg print kan slip subj tu , lpas tu photostat la , da bg kt PA tp tlupe nk bg kt utm space tu sdiri , mcm mane tu ye ?

Anonymous said...

Harap maklum, gambar saya tiada pun di laman web aimsweb itu ye. Sokong anonymous di atas, KEJADAH..hehe

-Paparan Terhangat-

Para Pujangga