02 October 2011

:: Memo 2011/2 : Majlis Perwakilan Mahasiswa UTM IC ::



 MAJLIS PERWAKILAN MAHASISWA
UTM International Campus
Kuala Lumpur

MEMO 2011/BIL.2

Assalamualaikum w.b.t & Salam 1 Malaysia

DARIPADA       : MAJLIS PERWAKILAN MAHASISWA (MPMUTM)  SESI 2010/2011
KEPADA          : MAHASISWA UTM International Campus
TARIKH            : 02 OKTOBER 2011
PERKARA        : MAKLUMAN BERKAITAN ADUAN KAFETERIA KSJ.
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Sukacita dimaklumkan perkara di atas adalah dirujuk. Majlis Perwakilan Mahasiswa (MPMUTM IC) telah mengadakan mesyuarat bersama pengusaha-pengusaha kafe KSJ pada :

Tarikh                                       : 30 September 2011
Tempat                                     : Kafeteria, Kolej Kediaman Siswa Jaya
                        Pengusaha yang hadir               : AMZ , Café Wani & Anikada
                        Pengusaha yang tidak hadir       : CT Corner & K-Cafe

Hasil perbincangan adalah seperti di lampiran. Bagi menyokong Kempen Kebersihan Kafeteria KSJ, mahasiswa/mahasiswi dikehendaki meletakkan pinggan, cawan serta yang berkaitan ke dalam bekas yang telah disediakan oleh pihak kafe.

Sekiranya terdapat sebarang masalah boleh hubungi :

  1. Muhamad Khairul Fitri Bin Sarimin , 013-7859912
  2. Nurul Fatihah Binti Matdiah, 014-7382705
  3. Zulfadhli Bin Abdul Malik, 013-4383296
  4. Nursafura Idayu Binti Suhaimi, 013-7468751
  5. Nur Ahmad Zaim Bin Husin, 012-2425698

 Sekian terima kasih.


-------------------------------------------------------------------------------------------------------------

LAMPIRAN


 Bil
 Perkara
 Keterangan Pengusaha
 1.
 Kurang pilihan makanan
  •  AMZ,Wani Cafe & Anikada bersetuju untuk kita memberikan cadangan menu makanan kepada mereka melalui MPM.

 2.
 Masakan yang kurang masak/terdapat sesuatu di dalam makanan
  •  AMZ, Wani Cafe & Anikada bersetuju untuk menggantikan semula makanan

 3.
Golongan mahasiswa yang kurang berkemampuan. 
  •  AMZ, Wani Cafe & Anikada bersetuju untuk memberikan kupon/harga istimewa, mahasiswa tersebut perlu memberikan nama kepada MPM.

 4.
Bayaran katering untuk program persatuan. 
  •  Boleh bayar lewat, sehingga duit peruntukkan dari HEMA keluar. Dengan menunjukkan surat pengesahan daripada HEMA atau MPM.

5.
 Saiz ayam kecil
  •  Pengusaha terpaksa mengecilkan saiz ayam kerana harga siling ayam telah meningkat kepada lingkungan RM8.00. Harga jualan sepotong ayam adalah RM2.00.

6.
 Kebersihan meja Cafe
  •  Mereka tidak cukup pekerja untuk membersihkannya dalam jangka masa yang singkat.
  • Mereka bersetuju untuk mengupah pekerja khas yang ditugaskan hanya untuk membersihkan meja dan penghantaran pinggan dari besen ke Kafe masing-masing.
  • Mereka mengharapkan mahasiswa dapat meletakkan pinggan/cawan yang telah digunakan ke dalam besen yang disediakan.

7.
 Harga makanan tidak tetap
  •  Bergantung kepada kuantiti makanan/lauk yang diambil

8.
 Isu lauk yang dipanaskan pada waktu malam/kurang lauk
  •  Mereka mengakui terdapat lauk yang dipanaskan, tetapi terdapat juga lauk baru pada waktu malam.
  • pihak pengusaha lebih cenderung menyediakan makanan secara ala-carte pada waktu malam.


 -
 -

Tambahan :
- Perjumpaan lanjutan akan dibuat untuk CT CORNER Dan K'Cafe.
- Perjumpaan bersama Pengusaha Kafe ini akan dibuat secara berkala. Oleh itu teruskan memberi cadangan atau aduan kepada kami Majlis Perwakilan Mahasiswa.


Exemplary, Energetic, Action-Oriented

2 comments:

Anonymous said...

Fitri, berapa je kafe yg sediakan ala carte waktu mlm.. 2 kedai je yg buat.. iyu pun tak berbaloi kalu dibeli.. dah la x sedap, sikit, pastu x cukup nutrien.. apa je dia letak dlm tu.. kalau nasi goreng ada nasi je.. ayam masak kicap ada 3 cebisan kecik ayam je.. tak berbaloi la.. Mintak maaf la.. ini cuma pandangan aku je.. apa yg aku kurang berpuas hati.. Sori sgt2 sbb adu kat sini, lg2 lepas ko wat meeting..

Khairul Fitri said...

Thnx utk aduan. Ok je. lg pn ini mesyuarat kecil je. lebih kpd penjelasan pengusaha kpd kita. Lepas nie MPM akn bentang pasl cafe nie ngn pihak universiti plak. Btw thnx utk aduan. err..2 kedai tu kedai y mne ekh?

-Paparan Terhangat-

Para Pujangga