28 September 2011

:: Mudah Siswa : Mahasiswa Usahawan Muda ::


Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnia-Nya satu lagi Pembaharuan yang ingin saya laksanakan sebagai seorang ahli Majlis Perwakilan Mahasiswa (MPMUTM) telah terlaksana. Iaitu menubuhkan Mudah Siswa @ UTM IC.


Apakah sebenarnya Mudah Siswa ini? Mudah Siswa ialah satu medium kepada pengumpulan mahasiswa yang menjalankan apa sahaja jenis perniagaan yang halal di UTM International Campus ini sekali gus mempromosikan perniagaan masing-masing kepada mahasiswa UTM dan orang luar.

Idea ini hadir kerana melihatkan kesusahan yang dialami oleh mahasiswa dalam mencari kedai cetak pada waktu malam selain terpaksa keluar dalam mencari barangan-barangan yang dikehendaki. Juga terpaksa bayar mahal dengan harga luar. Dengan adanya Mudah Siswa diharapkan perkara seperti ini dapat dikurangkan.

Mudah Siswa ini telah diasaskan oleh Saudara Mohamad Lokman Bin Sahani dan saya sendiri pada 10 September 2011. Pelan rancangan hala tuju Mudah Siswa juga telah dibentangkan dan ditambah baik dari hari ke hari.

Setakat pembukaan semalam, sudah sembilan mahasiswa mendaftarkan diri kepada menjadi Usahawan Mudah Siswa. Antara perniagaannya mereka ialah Printing, Photostat, Scanning, Photographer, Menjual Jersi EPL, Menjual Baju T-Shirt, Menjual Perfume, Menjual Minyak Kelapa Dara dan lain-lain lagi.

Harapan saya agar semua mahasiswa menyokong Mudah Siswa. Semoga Mudah Siswa akan diteruskan sehingga semua mahasiswa dapat merasa manfaatnya.

Maklumat lanjut boleh merujuk di bawah :

BLOG : http://mudahsiswa.blogspot.com/
FB      : Mudah Siswa

" Mahasiswa Penggerak Kecemerlangan Universiti "

Yang berkhidmat,
Muhamad Khairul Fitri Bin Sarimin
Naib Presiden Kampus Antarabangsa
Majlis Perwakilan Mahasiswa
UTM International Campus Kuala Lumpur
Email : khairulfitri_mpmutm@live.utm.my
Tel    : 013-7859912

No comments:

-Paparan Terhangat-

Para Pujangga