26 September 2011

:: Memo 2011/1 : Majlis Perwakilan Mahasiswa UTM IC ::


 MAJLIS PERWAKILAN MAHASISWA
UTM International Campus
Kuala Lumpur

MEMO 2011/BIL.1

Assalamualaikum w.b.t & Salam 1 Malaysia

DARIPADA       : MAJLIS PERWAKILAN MAHASISWA (MPMUTM)  SESI 2010/2011
KEPADA          : MAHASISWA BLOK C,KSS UTM International Campus
TARIKH            : 26 SEPTEMBER 2011
PERKARA        : MAKLUMAN BERKAITAN BARANGAN YANG DIRAMPAS DAN LITAR PINTAS.
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Sukacita dimaklumkan perkara di atas adalah dirujuk. Majlis Perwakilan Mahasiswa (MPMUTM IC) telah menemui En.Noraimi Bin Shafie, Pengetua KSS pada :

Tarikh                          : 23 September 2011
Tempat                        : Pejabat Blok C
                        Turut Bersama             : Pen.Pengurus Asrama

Hasil perbincangan adalah seperti di lampiran. Bagi mengelakkan berlakunya litar pintas dan memupuk nilai murni di kalangan mahasiswa UTMKL, saudara/i diharapkan dapat menggunakan elektrik dengan berhemah.

Sekiranya terdapat sebarang masalah boleh hubungi :

1. Muhamad Khairul Fitri Bin Sarimin
    Naib Presiden Kampus Antarabangsa
    013-7859912

2. Nurul Fatihah Binti Matdiah
    Exco Kebajikan, Pengaduan Awam & Kolej
    014-7382705

Sekian, terima kasih.

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------

LAMPIRAN

Bil.
Perkara
Keterangan Pengetua KSS
1.
Barangan elektrik yang dirampas
-          Mahasiswa boleh menuntutnya semula dengan Pengetua atau Pen.Pengurus Asrama di pejabat blok.

2.
Saman Bilik
-          Mahasiswa boleh bawa surat saman dan berjumpa dengan Pengetua untuk rayuan mengurangkan kos saman.

3.
Isu Litar Pintas
-          Penyambung wayar,hanya dibenarkan yang mempunyai 3 soket sahaja.
-          Plag 3 Arah tidak dibenarkan.

4.
Stiker barangan elektrik
-          Untuk mengetahui bilangan barangan elektrik yang dibawa mahasiswa juga untuk mengetahui anggaran jumlah kegunaan elektrik blok, bukannya untuk aspek keselamatan.




*tertakluk kepada peraturan Universiti & Kolej

Exemplary, Energetic, Action-Oriented

2 comments:

Anonymous said...

ah tiga soket saja di benarkan kan ? pastu p rampas extension 3 soket yg ada buat ape ? barua

Anonymous said...

klu kne rmpas amek ar balek lol. kn dh ade bukti pengetua 2 ckp extension 3 soket dibenarkn..klu die xbg gak..mmg ckp xserupa bikin ar..

-Paparan Terhangat-

Para Pujangga