MAJLIS PERWAKILAN MAHASISWA
UTM International Campus
Kuala Lumpur
MEMO 2011/BIL.1
Assalamualaikum w.b.t & Salam 1 Malaysia
DARIPADA : MAJLIS PERWAKILAN MAHASISWA (MPMUTM) SESI 2010/2011
KEPADA : MAHASISWA BLOK C,KSS UTM International Campus
TARIKH : 26 SEPTEMBER 2011
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Sukacita dimaklumkan perkara di atas adalah dirujuk. Majlis Perwakilan Mahasiswa (MPMUTM IC) telah menemui En.Noraimi Bin Shafie, Pengetua KSS pada :
Tarikh : 23 September 2011
Tempat : Pejabat Blok C
Turut Bersama : Pen.Pengurus Asrama
Hasil perbincangan adalah seperti di lampiran. Bagi mengelakkan berlakunya litar pintas dan memupuk nilai murni di kalangan mahasiswa UTMKL, saudara/i diharapkan dapat menggunakan elektrik dengan berhemah.
Sekiranya terdapat sebarang masalah boleh hubungi :
1. Muhamad Khairul Fitri Bin Sarimin
Naib Presiden Kampus Antarabangsa
013-7859912
2. Nurul Fatihah Binti Matdiah
Exco Kebajikan, Pengaduan Awam & Kolej
014-7382705
Sekian, terima kasih.
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------
LAMPIRAN
Bil. | Perkara | Keterangan Pengetua KSS |
1. | Barangan elektrik yang dirampas | - Mahasiswa boleh menuntutnya semula dengan Pengetua atau Pen.Pengurus Asrama di pejabat blok. |
2. | Saman Bilik | - Mahasiswa boleh bawa surat saman dan berjumpa dengan Pengetua untuk rayuan mengurangkan kos saman. |
3. | Isu Litar Pintas | - Penyambung wayar,hanya dibenarkan yang mempunyai 3 soket sahaja. - Plag 3 Arah tidak dibenarkan. |
4. | Stiker barangan elektrik | - Untuk mengetahui bilangan barangan elektrik yang dibawa mahasiswa juga untuk mengetahui anggaran jumlah kegunaan elektrik blok, bukannya untuk aspek keselamatan. |
*tertakluk kepada peraturan Universiti & Kolej
Exemplary, Energetic, Action-Oriented
2 comments:
ah tiga soket saja di benarkan kan ? pastu p rampas extension 3 soket yg ada buat ape ? barua
klu kne rmpas amek ar balek lol. kn dh ade bukti pengetua 2 ckp extension 3 soket dibenarkn..klu die xbg gak..mmg ckp xserupa bikin ar..
Post a Comment