03 April 2011

-Pengumuman Tarikh-Tarikh Penting Pada Bulan April-

4 April ( Sijil Dekan Semester 1 2010/2011)
Masing-masing yang mendapat dekan pada semester lepas boleh mengambil sijil dekan di pejabat UTMspace bermula 4 April ini. Tahniah di ucapkan.

4 April-15 April ( Pra-Pendaftaran Online )
Mahasiswa UTM IC diingatkan bahawa pada tarikh ini Pra Pendaftaran bagi semester 1 sesi 11/12 akan dibuka. Mahasiswa diingatkan untuk tidak terlepas untuk pendaftaran bagi mengelakkan sebarang kesulitan pada semester hadapan.Mahasiswa boleh mendaftar di :

  • Laptop/PC sendiri
  • Perpustakaan Sultanah Zanariah
  • Makmal Komputer KSJ
  • Makmal Komputer KSS
  • Makmal Komputer CICT
Untuk mendaftar mahasiswa boleh ke laman web : http://pendaftaran.utm.my/

Bagi sebarang maklumat boleh merujuk di Notis yang telah ditampal di bawah blok kediaman masing-masing atau di papan kenyataan yang ditampal notis berikut.

7 April-13 April ( Permohonan Kolej Kediaman )
Semua mahasiswa kanan Diploma dan Ijazah, adalah diwajibkan untuk tinggal di kolej kediaman.Permohonan bermula 10.00pagi pada 7 April.

Laman web bagi memohon kolej kediaman : http://hostel.utm.my/

Bagi mahasiswa yang menjalani Latihan Industri dan menginap di Kolej perlu memaklumkan kepada pejabat Blok masing-masing tanpa perlu membuat permohonan online.
Bagi mahasiswa yang menjalani Latihan Industri dan tidak menginap di kolej perlu menghantar surat kepada pejabat blok masing-masing. Sebarang urusan surat-menyurat hendaklah sebelum 10 Mei 2011.

Sekiranya telah dipastikan anda telah dipastikan mendapat kolej anda juga boleh memohon rakan sebilik.Borang permohonan rakan sebilik boleh didapati di Pejabat Blok Kediaman.Untuk lebih lanjut anda juga boleh merujuk terus di papan kenyataan di bawah blok masing-masing.

7 Mac-15 April (Penilaian Pensyarah E-PPP)
Adalah di harapkan kepada semua mahasiswa dapat menilai pensyarah anda melalui E-PPP kerana ia merupakan hak anda untuk menilai. Laksanakan E-PPP dan berikan sebarang komentar.Semoga kualiti pengajaran pensyarah akan lebih bertambah.

Laman Web : http://aimsweb.utm.my/eppp/

18 April-20 April ( Study Week )
Memandangkan Minggu Pelepasan kuliah semester ini hanya 3 hari, maka diharapkan kepada semua mahasiswa untuk memanfaatkan hari-hari ini dengan sebaiknya.

21 April-10 Mei ( Bermula Peperiksaan Akhir Semester )*merujuk kepada jadual peperiksaan muktamad.
Bagi mahasiswa program diploma anda boleh memuat turun jadual peperiksaan di

laman : http://www.ppmutmspace.utm.my/

Atau boleh merujuk juga di papan kenyataan di bawah blok kediaman dan di kampus. Selamat maju jaya di dalam peperiksaan akhir (^_^) InsyaAllah Cuti semester akan bermula pada 12 Mei-5 Jun 2011 (bagi mahasiswa Diploma)

Semoga dengan makluman secara ringkas ini dapat membantu mahasiswa dalam mengingati tarikh-tarikh penting sepanjang bulan April ini. InsyaAllah jika terdapat sebarang permasalahan bolehlah merujuk terus kepada kami Barisan Majlis Perwakilan Mahasiswa UTM IC.


" Mahasiswa Penggerak Kecemerlangan Universiti "


Muhamad Khairul Fitri Bin Sarimin
Naib Presiden Kampus Antarabangsa
Majlis Perwakilan Mahasiswa sesi 10/11
UTM International Campus Kuala Lumpur
mkfitri2@live.utm.my
Tel : 013-7859912

No comments:

-Paparan Terhangat-

Para Pujangga