by Wan Frâny Muhtaddin Masbak on Tuesday, August 9, 2011 at 2:08pm.
Salam dan salam sejahtera, berhubung dengan isu yang hangat diperkatakan, iaitu yuran naik sebanyak RM200, salah satu sektor yang perlu dibayar oleh para pelajar (samada tahun 1, 2, 3, 4 dan 5), iaitu Professional Course. Para pelajar boleh melihat slip pembayaran untuk semester hadapan di AIMSWEB UTM untuk mengetahui sektor-sektor pembayaran yang lain.
Professional Course adalah juga dikenali dengan nama Profesional Skills Certificate (tetapi ditulis sebagai Profesional Course dalam slip yuran). Ia merupakan satu kursus yang baru yang bertujuan untuk membantu meningkatkan "marketability" para pelajar UTM. Dalam kursus ini, terdapat 5 komponen yang terlibat, (sebahagiannya adalah komponen yang lama, dan sebahagiannya komponen yang baru), iaitu:
i. English Skills (TECS);
ii. Financial Management;
iii. ISO (International Organization for Standardization);
iv. OSHA (Occupational Safety and Health Administration); dan
v. How To Get Yourself Employed.
Komponen-komponen ini termasuklah komponen-komponen lama seperti TECS, dan Degree ++, dan juga komponen baru seperti ISO. Adalah difahamkan, bahawa kesemua komponen ini adalah WAJIB dihadiri oleh semua pelajar dan merupakan syarat wajib untuk menamatkan pengajian di UTM. Difahamkan, bahawa kita hanya perlu membayar sekali sahaja semasa di UTM. Keterangan lanjut mengenai isu ini akan dibawa oleh TNCA dalam masa terdekat sebaik sahaja para pelajar memasuki semseter baru, mengikut tahun ataupun fakulti.
Harus diingatkan bahawa, walaupun makluman mengenai perkara ini sampai agak lambat ke pengetahuan para pelajar, namun janganlah kita terus melenting dan menyalahkan pihak universiti dan juga MPM (kerana dituduh tidak mampu berbuat apa-apa) dan seterusnya terus menghantar mesej ke Kementerian dan sebagainya,kerana, percayalah, sebarang usaha kita untuk memburukkan universiti tanpa memikirkan akibatnya, akhirnya kita juga yang mendapat malu.
Mengenai isu pembayaran yuran LI, sebenarnya, tiada peningkatan mengenai pembayaran yuran tersebut berbanding smester sebelumnya, cuma yuran semester hadapan meningkat dari yang sebelumnya kerana pelajar perlu membayar yuran Professional Course ini. Mengenai mengapa yuran LI mahal mengikut jumlah kredit, perkara ini telah saya terangkan sebelum ini dalam kenyataan berhubung isu TECS. Perkhidmatan di UTM (seperti pusat kecemerlangan dan PSZ) masih dibuka seperti biasa. Jadi kos pengurusan perlu dicaj sepanjang semester pendek itu.
Mengenai isu yuran kediaman pelajar antarabangsa naik mendadak, sebenarnya, kerajaan telah menarik subsidi bagi pelajar antarabangsa dan pelajar antarabangsa perlu membayar keseluruhan kos pengajian mereka sendiri tanpa menikmati subsidi dari Kerajaan Malaysia seperti sebelumnya.
Sekian, diharapkan agar para pelajar berpuas hati mengenai isu ini. Sila maklumkan kepada yang lain.
Wan Frâny Muhtaddin Masbak,
Setiausaha Agung,
Majlis Perwakilan Mahasiswa,
Universiti Teknologi Malaysia sesi 2010/2011
Sumber : http://www.facebook.com/?ref=home#!/notes/wan-fr%C3%A2ny-muhtaddin-masbak/kenyataan-rasmi-mpmutm-sesi-20102011/10150267788096328
1 comment:
Salam...untuk makluman rakan2,Khairul Nizam Md Hussin adalah wakil MPM yang telah hadir dalam mesyuarat bersama TNCA berkenaan tambahan yuran sebanyak RM200....pihak UTM telah mewajibkan tambahan yuran tersebut untuk intensif kursus professional seperti
1)How to manage your financial
2)How to get yourself employed
3)OSHA
4)TECS
yang setiap satu kursus ini hanya dikenakan yuran sebanyak RM50....justifikasi yuran ini dikenakan adalah kerana ada graduan UTM yang memohon untuk mengambil kursus ini kerana kursus ini diluar kosnya 9kali ganda lebih mahal dan banyak industri2 memberi peluang kepada graduan yang mempunyai sijil professional ini....jadi ini merupakan salah satu intensif jangka panjang UTM untuk memastikan graduan UTM mendapat sambutan dalam pasaran pekerjaan.....pihak TNCA juga telah memaklumkan bahawa Degree ++ akan dimansuhkan berkuat kuasa semester hadapan....oleh itu diharap rakan2 memahami kepentingan dimasukkan yuran tambahan serta keberkesanannya terhadap pengajian saudara dan saudari di UTM. sekian
Post a Comment