Bila dah lama semakin banyak yang adik saya tak dapat nak buat. Dan ada perkara yang dahulu hasil titik peluh saya adik saya yang hancurkan. Sedih sangat hati saya. dan sekarang apa sahaja yang adik saya buat silap atau terlepas pandang saya akan kemukakan dan malukan depan orang ramai.
Saya dah jumpa dengan adik saya beritahu tentang semua perkara. Saya ingat itu dapat membantu. Tapi saya lupa saya sepatutnya bimbing adik saya masa dari awal dahulu sebelum lepaskannya bergerak sendiri. Kenapa saya tak sedar yang sebenarnya itu silap saya.
Saya nak adik saya lebih hebat dari saya. Tapi kalau saya tak bimbing dia dari awal, belum tentu dia akan capai kehebatan macam saya. Saya tak boleh salahkan adik saya kalau cara dia berbeza atau lebih lemah dari saya. Saya kritik dia. Tapi tak malukah saya kutuk adik saya sendiri tapi itu yang saya lakukan.
Saya selalu nak nampak baik. Selalu beri jawapan selamat. Tak memihak kepada sesiapa kata saya. Saya tak nak mengaku itu adik saya jika dia silap. Dan saya tak nak tolong dia jika dia silap. Diakan berjawatan sekarang dia lah kena fikirkan sendiri. Teruk ke saya sebagai seorang abang?
Siapa kata saya tak tolong, saya ada cakap tentang tugas-tugas dan kisah-kisah yang berlaku di sebaliknya. Tapi ada saya bagi bukti atau cara-cara yang boleh adik saya lakukan? Macam tak ada je. Saya biarkan adik saya naik dengan tangan kosong.
Saya di tingkat 10. Tapi adik saya ditingkat 0. Macam mana saya nak buat adik saya untuk membawa saya ke tingkat 11? Tidak ke saya perlu membuat adik saya ke tingkat 10 terlebih dahulu, jika tidak menunggulah saya ~
Kepimpinan hari ini adalah berdasarkan kepimpinan yang lepas. Itu perlu diingat!
No comments:
Post a Comment