Apa yang saya ingin ketengahkan sebenarnya adalah cabaran dalam dunia remaja dan saya khususkan kepada mahasiswa sendiri. Mampukah mahasiswa hari ini mencabar diri mereka dengan semangat ingin tahu dan belajar yang ada ini untuk melakukan perkara yang baru seperti ini. Iaitu mentransformasikan diri mahasiswa itu untuk menjadi seorang yang hebat dan berketerampil berlandaskan garisan yang positif yang ditetapkan.
Sekirannya,kesemua mahasiswa berfikiran jauh kehadapan seperti ini. Tiada masalah untuk negara kita yang tercinta ini setanding dan sebaris dengan negara-negara maju yang lain. Malahan tidak mustahil kita mampu meletakkan negara kita lebih tinggi daripada yang lain. Kerana negara pada masa hadapan bergantung kepada remaja hari ini.
Langkah awal yang perlu kita lakukan adalah dengan berani melakukan perubahan positif kepada diri kita. Jika niat dan matlamat serta cara kita adalah benar Insya-Allah Allah akan membantu kita. Tetapkan hati agar tidak goyah dengan sebarang ujian yang mendatang. Kerana Allah telah menetapkan bahawa tiada satu pun ujian Allah yang tidak mampu ditanggung oleh umat manusia.
Seterusnya, berani melakukan sesuatu perkara kebenaran. Lakukan sesuatu itu dengan bersungguh-sungguh. Lakukan perkara yang memberi kebaikkan, jika tidak untuk diri sendiri, lakukanlah untuk orang lain atau kedua-duanya sekali asalkan tidak menyinggung mana-mana pihak. Orang akan menyokong kamu sekiranya tindakkan kamu itu adalah benar. Bantu orang-orang yang memerlukan kerana kita sendiri tidak tahu bila mana kita akan memerlukan pertolongan. Jangan sampai suatu hari nanti tiada siapa yang akan membantu kita tatkala kita benar-benar perlukan pertolongan.
Istiqamah dalam sebarang kerja kebaikkan. Usah hanya semangat melakukan kebaikkan pada awal sahaja. lakukan lah secara beristiqamah. Allah akan memberikan ganjaran yang lebih bagi siapa yang berusaha lebih.
Secara tidak langsung perkara ini mampu membentuk karakter diri yang positif. Mendisiplinkan diri dan menyerlahkan ketrampilan yang sebenarnya telah sedia ada dalam diri kita. Bagaimana kita membawa diri kita pada dunia hari ini dan akan datang. Kita yang tentukan arah tuju kita. Sebarang keputusan atas sebarang pilihan mintalah petunjuk dan Nur Allah terlebih dahulu. Insya-Allah dipermudahkan.
Nasihat ini ditujukan kepada diri saya sendiri dan rakan-rakan yang lain. Sesuatu kemenangan itu bermula dari pemikiran yang Positif.
-Muhamad Khairul Fitri Bin Sarimin-
4 comments:
tp trlalu byk halangn sehingga membantutkan utk melakukan perubahan +ve...
permasalahan itu cabaran dan hanya ada 2 pilihan..jika tidak mampu dielak..kita hadapi..bagaimana handak hadapi?..berfikir secara kritis dan kreatif :) Allah akan memberikan ganjaran bagi mereka yang berusaha..Insya Allah..
Yup..remaja sekarang semakin lalai dengan hiburan dunia..melebihkan keseronokkan tanpa memikirkan beban tanggungjawab yang harus digalas atas bahu mereka sendiri..tidak dinafikan cabaran dunia pada hari ini semakin hebat..andai kita tidak pandai untuk melawannya,kita akan terus hanyut dan pada suatu saat apabila kita tersedar kita sudah pun tersungkur menyembah bumi...Justeru itu nasihat saya untuk diri dan semua,jadilah remaja yang punya jati diri berkualiti..berguna pada agama,bangsa dan negara ibarat kita sepohon pohon yang rendang untuk orang lain berteduh bukan kayu api yang hanya boleh dibuat bahan bakar sahaja..=)
Pemikiran dan susunan patah perkataan yang menarik dan hebat... =)
Post a Comment