26 July 2011

:: Cerita Hidup Seekor Ikan Sepat Yang Bosan ::


Hari-hari berlalu, sekali ke dasar lautan, sekali juga ke permukaan. Terlihat langit kebiruuan, sebiru warna laut ini. Jauhnya langit untuk dicapai tetapi aku tahu langit itu sentiasa ada di situ untuk alam sejagat. Aku suka melihat langit. Tenang setenang hatiku sekarang ini dan hati sendiri hanya diri sendiri yang tahu. Aku kembali berenang ke dasar mencari teman yang lain, esok pasti akan aku melihat langit itu lagi.


Aku melihat terumbu karang, sekumpulan kecil ikan berenang berkejaran sesekali bertempiaran bila seekor ikan dewasa melalui kawasan itu dan memberi amaran. Namun kembali semula untuk bermain. Aku terus berenang melihat rumpai-rumpai air yang segar, namun kawasan persekitarannya yang sedikit kotor membuatkan ramai ikan-ikan di situ tidak selesa. Pasti akan aku adukan tentang perkara ini.

Aku kembali ke ruang beradu ku. Baru ku kemas ruangku malam tadi, Sebelum ini bersepah seperti kawasan sampah. Gara-gara tidak berkesempatan kerana mengendalikan acara minggu lalu, tempat beradu sekadar menjadi tempat tidurku.

Jangan baca lagi cerita ini, sudah sampai ke kemuncak yang bosan, Aku tidak tahu apa lagi yang aku harus ceritakan. Jujur, walaupun aku seekor ikan sepat namun aku sedikit tertekan dengan tekanan. Mungkin tekanan dasar laut yang dalam. Satu persatu elemen tekanan datang kepadaku saat aku dalam tekanan bersendirian.

Aku sedar ini pilihan aku, namun aku juga perlukan rakan dan sokongan untuk berjuang. Aku bersendiri, hakikat melaksanakan tugas rakan yang lain. Tidakkah dia sedar sebenarnya aku sedang melakukan tugasnya? dan aku diancam bahaya? Tidakkah kamu mahu membantu aku? Sepi, sesepi suasana di sini saat ini.

Ahh, biarkan. Mungkin dia ada masalahnya sendiri. Aku juga perlu laksanakan. Terpaksa mengetepikan masalah ku sendiri. Aku juga bermasalah. Semua di kehidupan di laut yang berfikiran juga mempunyai masalah masing-masing. Aku cuma mahukan sedikit kesedaran dalam diri kamu. Jantina bukanlah satu ukuran dalam menjalankan tugas.

Sampaikan salam takziahku pada dirinya.

-Pencari Si Bodoh Sepat-

No comments:

-Paparan Terhangat-

Para Pujangga